Kasut Pengantin Murah Dan Gojes dari Payless

Assalammualaikum semua,

Bermulalah aku nak bercerita satu persatu persiapan wedding aku. Hahaha! Saje nak share, mana la tahu boleh memudahkan B2B atau pengapit ke nanti.

So, aku memang tidak menggunakan perkhidmatan bridal untuk busana pengantin aku dan suami. Bajet kecik je. So inisiatif yang aku ambil adalah beli! Nak cari tempat untuk beli kasut yang gojes meletop ni pun bukan mudah ye uols. Susah! Until aku tanya kat kawan aku yang kaki kasut iaitu Tiffany. Dia suggest aku beli kasut dekat Payless. Untuk kaki comel kemetot cam aku dan sehingga ke big foot saiz pun ada. Huwaa.. Sentap aku bila dia cakap cam tu. Hahaha

So, memula aku meng-google la payless tu. Tengok list kasut mereka. Banyak gila designer touch! Even Katy Perry pun pakai kasut yang sama!

So, google la lokasi yang paling dekat nak pergi kan. Either Paradigm Mall or Sunway Pyramid. Paradigm Mall agak dekat dengan rumah aku, so let’s shopping!

Inilah Payless Store yang terletak di tingkat 2. Floor yang paling atas sekali.

2F 05, Paradigm Mall, 1, Jalan SS 7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Sedang aku blur nak cari saiz kasut aku, terlihat mak sedang leka memilih designer handbag. Ceh.. Mak lagi advance yo! Lihatlah picture dibawah ini..

Kebiasaannya aku ni kasut semua saiz 7 je. Kaki comel. Hehehe. Tapi apabila sudah jumpa kasut idaman, ia bertukar ke saiz besar sedikit iaitu 7 1/2. Erkkk… Ada ke saiz 7 1/2 nih? Kalau kedai kasut lain ni sumpah takda. Tetapi di Payless apa saiz pun ada.. Tadaaa.. Inilah kasut idaman kalbu untuk wedding aku..

 

Brash women's kosmic platform pump

Brash women’s kosmic platform pump bernilai RM 93 sahaja!

Masa ini mulalah nak tanya pendapat mak, pendapat tauke kedai. Warna apa sesuai dan memacam lagi la aku duk tanya. Hehehe. Mood B2B kan dilayan cam princess.

First sekali aku try Brash women’s kosmic platform pump warna gold. Memang ini adalah pilihan utama! Pergghhhh nak sangat! Ngidam dari rumah tau. Pastu…

Aku cuba Brash women’s kosmic platform pump warna Silver pula. Mengancam betul la dua-dua warna ni. Hehehehe.

Memandangkan busana pengantin aku berwarna coklat gold tu. Aku diberi pandangan oleh tauke kedai dan mak yang prefer aku untuk ambil warna kontra supaya tidak nampak seperti pokok. Hehehehe.

So pilihannya adalah warna Silver!! Huwaaaa… Akan ku beli juga warna Gold tu suatu masa nanti.

So dah dapat dah kasut.. Yeehhaaaa…

 

Terima kasih kepada tauke kedai Mr Zulkifli dan rakan kerja yang sentiasa disisi bantu memikirkan mana kasut yang sesuai.. Siap tolong carikan mana kasut yang gold dust-nya tidak tertanggal dan 100% diseliputi gold dust. Hehhehe..

 

Selain dari terkenal dengan kasut dan handbag yang dari designer touch seperti dari Project Runaway 2008 Winner iaitu Christian SirianoAksesori seperti anting-anting dan cincin pun ada dijual.

So selamat bershopping semua!

xoxo!

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

25 thoughts on “Kasut Pengantin Murah Dan Gojes dari Payless

    mass

    (October 30, 2013 - 10:36 am)

    hye…..thanks dengan info yang ada….pening kepala cari kasut for wedding…..at last jumpa kat sini….nak pergi terjah payless lah lepas ni….. hihihi =)

    Nuruljana

    (July 5, 2013 - 12:27 pm)

    Thanks 4 da info dear~

      Rabiatul Adawiyah

      (July 5, 2013 - 1:22 pm)

      Nuruljana > You are welcome.

    Nia

    (July 3, 2013 - 2:44 am)

    Thnks bg info yg sgt2 best ni..I pn tgh cr wedding shoes tuk kaki big foot like me :)…ssh cr xbyk size besar.. <3

      Rabiatul Adawiyah

      (July 4, 2013 - 6:05 pm)

      Nia > dah shopping ke payless ke belum??? hehehe..

    Zizan

    (November 25, 2012 - 12:27 am)

    semoga berkekalan jodohnya…jom semarak cinta di Galeri Malam Pertama Cameron Highlands hanya di >MARDI Station CH<

      rabiatul adawiyah

      (November 25, 2012 - 9:14 pm)

      Zizan > Alaaa. saya dah pergi cameron baru-baru ni.. wuwuwuwuwu.. next honeymoon lah ye. hahahaha.

    hafizrahim

    (November 22, 2012 - 9:47 pm)

    baru tahu nama kedai ni..kalau tak sebelum ni tak tau pun even tengok gambar dah berkali-kali..hehehe
    hafizrahim´s last blog post ..Durian Crepe? Ke Durian Pancake?My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 11:07 pm)

      Hafiz Rahim > Hehehe. Kasut lelaki pun ada. Kasut keje ke, kasut jalan ka.. Semua ada. Stylo lagi tu.. Jemput datang ye.

    sumijelly

    (November 22, 2012 - 2:40 pm)

    cantik kasut nya……. nanti boleh terjah la .. bulan doblas selalu sale….hehehe
    sumijelly´s last blog post ..Bakal ditaja RM300K dan mengadakan 4 majlis pelbagai gaya – Apek & LeunieyMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 3:01 pm)

      Sumijelly > Bulan doblas.. hehehe. comelnya tulis doblas tu. Kihkihkih. Payless tu tak selalu ikut sale cam biasa tu kak. Kekadang ada buat 50% off untuk pembelian kasut ke dua. Kekadang ada buy 1 free 1. Ikut suka hati je. Kena rajin check international website mereka. 🙂

    puanbee

    (November 22, 2012 - 2:37 pm)

    cantik sangat , nanti adik akk nak kawin pun boleh terjah sana ..
    puanbee´s last blog post ..Percubaan Pertama Buat Tart Telur – Buruk!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:58 pm)

      Puan Bee > Adik nak kawen or akak nak tambah koleksi pun boleh juga! Macam-macam ada. Bukan setakat heels 5 inch tu je. Hehehe.

    sweetkurma

    (November 22, 2012 - 2:37 pm)

    wahhh cantik lah kasut tu
    lembut tak dalamnya?

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:59 pm)

      Sweetkurma > lembut kak. selesa sangat. walaupun tinggi, ia selesa. Akak boleh cuba je kat payless tu. 🙂

    Mimis

    (November 22, 2012 - 12:31 pm)

    hai.. kite penah masuk kedai ni kat Paradigm Mall.. memang gilerr tgk kasut kat situ.. mmg cantik2 belaka…
    Mimis´s last blog post ..Lima Jam Di IKEAMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:22 pm)

      Mimis > Hah betul tu. masuk payless ni sangat New York kan. Kalau ada lepas ni event gojes meletops, saya dah tahu dimana saya patut cari heels yang cantik. 🙂

    boni kacak

    (November 22, 2012 - 12:22 am)

    apa2pun , saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru. semoga berbahgia hinggalah ke akhir hayat..amin..

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:24 pm)

      Boni Kacak, terima kasih. hehehehe.. amin amin..

    pia

    (November 21, 2012 - 11:13 pm)

    maysAllah mmg gojes sgt1000x kasut itu!!!
    pia´s last blog post ..Baskin Robbins Pink DayMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:24 pm)

      Pia, very the gojes kan! In love.. la la la la..

    Anuar

    (November 21, 2012 - 11:03 pm)

    Tentu seronok bila dapat kasut yang cantik pada harga yang memuaskan… Selamat Bershopping untuk persiapan perkahwinan…
    Anuar´s last blog post ..WW : Produk Terbaru KFC?My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:23 pm)

      Anuar, terima kasih Anuar. Sekarang tengah prepare persiapan majlis sambut menantu pada 1 Disember 2012. Hehehe. Saya gunakan kasut yang sama jua… hehehe..

    wendy pua

    (November 21, 2012 - 9:40 pm)

    yes, it is nice and gorgeous! the price seem very affordable!!
    got another place for shop shoe!
    wendy pua´s last blog post ..Trax On Track 2012 Giveaway Winner Is Here!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 21, 2012 - 10:24 pm)

      wendy, yeah!! let’s shopping!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.