Ketahui Penjagaan Kulit Sensitif Di Avène Skincare Beauty Workshop

Assalammualaikum | Good Day  uols,

 

Jenama Avène sangat terkenal seantero dunia sehinggakan kebanyakan acara untuk beauty blogger mesti setiap dari kami membawa satu botol kecil Avène Thermal Spring Water. Produk ATSW (Avène Thermal Spring Water) aku ketahui pada tahun 2005 sewaktu menunggu panggilan untuk sambung belajar di Universiti. Masa tu aku kerja separuh masa di Watson’s KLCC sebagai Sales Coordinator. Disitu terdapat satu kaunter Avène. Aku rajin bertanya dekat promoter tu apa benda produk yang dia sedang promote tu kan. Sikit demi sedikit aku tahu la apa kebaikannya tetapi aku tidak membeli. Sebab tidak pernah terfikir pun keberkesanannya. Hehehe. Lagi pula baru habis SPM, mekap pun jarang-jarang guna. Kononnya dah anggap kulit muka ni dah ok sangat. Perasan.. Hahaha!

So bila dah usia mencecah 25 tahun ni. Aku pun mula lah nak tahu pasal rangkaian produk Avène. Permulaannya aku cari Avène Malaysia di Facebook. Setelah LIKE fan page, baru la aku tahu ada Avène Skincare Beauty Workshop. Cepat-cepat PM pihak Avène untuk menyertai. Dengan hanya RM 20 sahaja aku bayar untuk menyertai Avène Skincare Beauty Workshop. Mana ada benda free sekarang ni. Tapi bagi aku berbaloi sangat lah dengan yuran RM 20 tu. Di Avène Skincare Beauty Workshop korang akan dapat door gift berbentuk Avène Skin Lotion, Key Chain, Goodies Bag dan voucher RM 20.

Door Gift dari Avène

Bila dah join Avène Skincare Beauty Workshop ni mestilah organiser sediakan barang-barang untuk uols cuba produk mereka kan. Ada pencuci muka, lotion, moisturizer, sun block dan macam-macam lagi.

Sebelum uols diberi peluang untuk buat sama-sama cara penjagaan kulit menggunakan produk Avène, uols akan diberi penerangan satu persatu dari mana asalnya produk tersebut dan apa yang sesuai untuk kulit uols.

Miss Pentiaux Frédérique

Speaker yang diterbangkan dari France. Miss Pentiaux Frédérique | International & Development Product Manager at Naturactive, Pierre Fabre Laboratories.

Avène Skincare ni adalah keluaran Pierre Fabre, so uols jangan confuse pula. Hahahah.

Kulit sensitive ni bukannya untuk orang yang memiliki kulit bermasalah tu je. Ia merangkumi kesemua jenis kulit. Even kulit muka uols normal kan, actually ia juga sensitif  bila dimamah usia. Cewahh.. Bila uols kerap guna skincare yang menggunakan banyak bahan kimia tu, tidak mustahil muka uols ada iritasi. Sama ada ia kerap atau tidak je rasa iritasi tu.

Untuk pengetahuan uols, ATSW (Avène Thermal Spring Water) adalah air dari pergunungan Avène dan cara Pierre Fabre Laboratories mendapatkan air ini adalah secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa pengankutan untuk bawa masuk air itu tetapi melalui saliran. Ibarat macam ada telaga di dalam Pierre Fabre Laboratories. Hehehe.

Aku memiliki kulit normal dan kemerah-merahan. Ada redness di sekitar pipi tu. So, penjagaan kulit muka untuk aku adalah seperti susunan program penjagaan dibawah ini.

 

Product Testing & Pampering Session

 

Pampering Session lead by Shannon from Avène Malaysia

Produk penjagaan kulit Avène yang di recommended oleh Miss Pentiaux Frédérique. Hehehe.

Diantara beauty blogger yang join. Hehehe.

 

Skin Analyst Session

 

Kalau uols tak berapa pasti cara penjagaan kulit dengan produk Avène, skin analyst session ni akan beri uols jawapan tepat untuk tambah ilmu penjagaan kulit uols.

 

Avène Product Promotion

 

Kali ini jualan produk Avène dari Watson’s. Harga promosi sama seperti di kedai Watson’s juga kot. Tapi walau apa pun worth it la juga sebab ada voucher RM 20 tu juga. Hehehe.

 

Photo Photo

 

Rabiatul dan Miss Pentiaux Frédérique.

Rabiatul with Jaclyn | Avène Malaysia FB Admin

Avène  Haul

 

Inside Avène Goodies Bag

From left : Extremely Gentle Cleanser, Micellar Lotion, Moisturizing Lotion, ATWS, Whitening Essence Sensitive White, Light Hydrating Cream, Sunblock Emulsion SPF 50, Facial Mask and Manicure Sets.

Manicure Sets

Kali ini aku beli ATSW (Avène Thermal Spring Water) yang bernilai RM 110. Satu kotak tu ada 2 botol ATSW 300 ml dan Moisturizer. Pembelian RM 100 keatas dapat toiletries bag. Hehehehe.

Okaylah, secara rumusannya produk Avène ni sesuai sangat untuk orang Malaysia yang duk didalam cuaca yang tak seimbang ni. Tambahan musim tengkujuh ni kan.

Kebanyakan rangkaian produk Avène beri kesan sejuk dan segar pada muka. Kalau uols ragu-ragu berkenaan produk Avène, silalah join next Avène Skincare Beauty Workshop. Info terkini Avène Skincare Beauty Workshop boleh diketahui di Avène Malaysia Facebook.

xoxo!

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 comments on “Ketahui Penjagaan Kulit Sensitif Di Avène Skincare Beauty Workshop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge