Koleksi Edisi Terhad Wangian L’Occitane Musim Perayaan 2012

Assalammualaikum uols,

Tup tup dah nak akhir tahun dah ni. Banyak la Mega Sale, End of Year Sale dan macam-macam lagi sale. Tapi bagi penggemar wangian macam aku ni. Wajib la cuci mata untuk wangian next year. Aku jarang guna wangian yang sama setiap tahun. Tetapi tidak mustahil wangian yang sebelum-sebelum ini kembali menjadi pilihan hati beberapa tahun akan datang. Ikut mood. Hehehehe.

Jenama terkenal seperti L’Occitane memang terkenal dengan produk penjagaan diri di seantero dunia. Produk L’Occitane ni diperkenalkan oleh kawan aku yang sering ulang alik dari Malaysia ke New York untuk urusan kerja. Lepas tu buah tangan dia mesti wangian dari L’Occitane. Sekitar tahun 2007 camtu la. Now dah duk kat Malaysia dah dia. So, bila L’Occitane dah ada cawangan di KLCC, mudah lah kami nak shopping. Hehehe.

Untuk kali ini, L’Occitane mengeluarkan dua wangian baru iaitu Magical Leaves & Marvellous Flowers. Bezanya untuk kedua-dua wangian ini adalah Magical Leaves ni dari bauan daun-daun Verbana dan Hazel. Manakala bagi Marvellous Flowers pula bauan dari estrak bunga dan buah-buahan.

 

Magical Leaves

 

Wangian dari L’Occitane Magical Leaves sesuai untuk lelaki dan perempuan kerana ia memiliki bauan Citrus – Gourmand. Estrak dari Citrus Fruit Cocktail memberi bauan yang segar dan selesa.

 

1. EAU DE TOILETTE (Limited Edition – 10ml spray, RM95)

2. HAND CREAM (Limited Edition – 30ml tube, RM38)

3. EXFOLIATING SHOWER GEL (Limited Edition – 200ml tube, RM84)

4. BODY MILK (Limited Edition – 250ml bottle, RM116)

5. PERFUMED SOAP (Limited Edition – 50g soap, RM21)

 

Marvellous Flowers

 

Wangian dari L’Occitane Marvellous Flowers pula sesuai untuk wanita. Kerana bau bunga dan buah yang sangat menampilkan ciri-ciri kewanitaan terserlah. Campuran dari estrak roses, peonies, white wood, musk. pink grapefruit dan red berries. Hehehehe.

 

1. EAU DE TOILETTE (Limited Edition – 75ml spray, RM184)

2. INTENSE EAU DE TOILETTE ROLL-ON (Limited Edition – 10ml roll-on, RM95)

3. SHIMMERING OIL  (Limited Edition – 75ml bottle, RM110)

4. BODY CREAM (Limited Edition – 250ml jar, RM158)

5. HAND CREAM (Limited Edition – 30ml tube, RM38)

6. SHOWER GEL (Limited Edition – 250ml bottle, RM79)

7. PERFUMED SOAP (Limited Edition – 50g soap, RM21)

 

Selain dari memberli setiap satu seperti diatas, L’Occitane  juga menawarkan set hadiah yang sesuai untuk diberi kepada sahabat atau kekasih uols.

 

So, apa pilihan korang? Hehehe. Apa yang pasti aku suka sangat wangian dari rangkain Magical Leaves sebab aku memang penggemar bauan citrus. Hehehe..

xoxo!

7 comments on “Koleksi Edisi Terhad Wangian L’Occitane Musim Perayaan 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge