Post Mortem Ijab Qabul Dan Walimatulurus 10.11.12

      10 Comments on Post Mortem Ijab Qabul Dan Walimatulurus 10.11.12

Assalammualaikum uols,

Sudah lama tidak kemaskini blog ini dan sudah seminggu diri ini bergelar isteri. Huhu…

Sebelum penulisan berkenaan DIY berkenaan majlis aku, aku nak share post mortem majlis aku yang telah selamat alhamdulillah berlangsung pada 10 November 2012 yang lepas. Secara keseluruhan aku bersyukur sangat dengan perlaksanaan majlis perkahwinan ku. Dan pasti ada juga kekurangan yang tidak dapat dielakkan tapi bila di fikir pada bahagian positifnya, ia tidak lah teruk sangat.

Bahagian catering keseluruhannya diserahkan kepada bonda ku untuk menguruskannya. Aku hanya bagi je duit hantaran. RM 5 ribu untuk belanja makanan basah. Bab ni sensitif sikit, so aku pejam mata je bagi mak aku rm 5 ribu. Bajet tetamu sekitar 500-700 orang je. Sebab tarikh aku 10 Nov 2012 tu terlalu ramai mengadakan majlis. Jangankan majlis pernikahan dan perkahwinan, tapi pertunangan dan cukur jambul pun ada juga. Redha jelah bila tetamu tak ramai. Sama ada nak tetamu ramai dengan pilih tarikh yang tak berapa glamour atau tetamu tidak ramai dengan tarikh hot cam aku. Huwaaa…

Keseluruhan jemputan melalui facebook, email dan kad yang di pos. Kad yang di pos hanya kepada mereka yang tidak pasti lokasi dan sudah tentu untuk saudara mara jauh. Hehehe.

Post Mortem Ijab Qabul Dan Walimatulurus 10.11.12 (Pengantin Perempuan)

9 pagi – Breakfast (nasi lemak + teh o) – mak sediakan

Official Photographer tiba, iaitu Diana Jamal Photography dan Putra

Videographer aku assign kat adik sedara aku. Mereka shoot je. Nanti aku sendiri edit. Hehehe.

10 pagi – Akad Nikah (dulang hantaran + pengantin + Kad Pengenalan) – aku ler. Bab ni tragis gak, sebab aku nikah kat dewan, malam sebelum tu dah datang dewan. Bunga hiasan kat hantaran dah tertanggal dan penyek dihempap dengan dulang bulat pula. Sesampainya di dewan, plug point pula tidak boleh digunakan. Kalau boleh guna, sudah aku glue gun kan bunga-bunga dari kertas crepe tu.

Pengantin pula bersiap seawal jam 8 pagi. Mekap sendiri je untuk akad nikah ni.

Sepanjang majlis akad nikah ni jangan mimpi lah nak habis sekitar jam 11 pagi dah setel. Aku punyalah risau pengantin lelaki lewat. Siap buat breakfast suruh datang awal. Sekali dah kami semua sedia kat ruang solat masjid, tok kadi pula lewat. Kahkahkah.. Sekitar jam 10.30 pagi Ijab Qabul Akad Nikah dimulakan dengan khutbah akad nikah.

Alhamdulillah dengan sekali lafaz aku bergelar isteri. Huhuhu.. Sedih sikit.

Selesai Akad Nikah ofkoz le sesi bergambar kan.. Hahaha. Part ni aku dah cam caca marba skit, kejap lari sana nak bergambar, kejap ke photographer untuk bergambar.

11.45 pagi – Preparation Walimatulurus. Masa ni tunggu MUA. MUA aku dari Rampai Sari Bridal. Bridal ni menyediakan pelamin dan make up untuk walimatulurus resepsi aku. Aku memang gilakan warna pastel, so pelamin aku warna-warna soft. Aku siap minta satu panel je pelamin sebab dewan tu dah ada stage cam design keislaman kan. So 1 panel pelamin dah sesuai sangatlah. Hehehe. Proses pasang pelamin dilakukan seawal jam 6 petang pada hari jumaat 9 Nov 2012 tu. Hehehe. Kat pelamin pula ada hiasan bunga telor yang dibuat khas oleh makteh aku. Wuwuwuwu. Meriah!

1.30 petang – Resepsi Walimatulurus memang tragis bagi aku yang kelam kelibut dek kerana paluan kompang tetiba blur. Mana taknya, pengantin lelaki dah meluru masuk ke dewan sedangkan aku ni ada di bilik persalinan menantikan paluan kompang. Bila dah ready, si suami patah balik ke parkir kereta dan aku terus berarak sekali dengan beliau. Plan A memang nak menanti ketibaan si suami di hadapan pintu dewan, tapi bila dah appearance si suami tetiba je berada di dewan. So plan B lah, aku kena berarak bersama-sama beliau. Kiranya kena guide si suami lah. Hahaha. Masa aku dah rangkul erat tangan suami ku, aku dah berjalan tersengih-sengih dan tidak sangka aku lupa membawa bunga tangan yang di sponsor oleh bridal. Fresh flower lagi tu! Adoyai.. Pengapit aku pun tak teringat dah. hahaha… Adoiyai.. Pastu dek kerana insiden tu make up dah cair kerana berpeluh. Aku dapat rasakan gambar-gambar koleksi uols menampakkan eksperesi muka yang tidak selesa. kehkehkeh. Berarak pula aku menggunakan flower girl dari Nuyul Hussin, mereka mengiringi pengantin dan menari tarian tradisional juga. Hehehe.

Bunga tangan yang tersimpan di dalam bilik. Waktu akad nikah aku lupa, waktu resepsi pun aku lupa. Hmmmm.. Pasrah..

 2 petang – Makan Beradab aku disediakan oleh pasukan rewang dari perak. Mak, Mak Su, Pak Su, Pak Cik, Mak Teh, Pak Teh, Mak Ngah, Pak Mat, Mak Andak dan dari Bentong pula Bapak Tiri aku. Makanan di meja makan beradab dan menu lauk pauk tetamu semua tu rewang dari kaum keluarga. Lazatkan. Sambil aku makan beradab ni pun ada tarian tradisional oleh anak-anak kecil Nuyul Hussin. 🙂

2.45 petang – Potong kek. Kek ini di taja oleh Kak Shima. Kakak sedara aku yang paling rapat. Hehehe. Cake yang sangat lazat dan sekelip mata dah setel. Huhuhu..

3 petang – Sesi bergambar dan beramas mesra dengan tetamu. Memang letih la.. Dengan suami ku duk mencari kawan-kawan dia aje. Wuwuuwuwu.. Aku perlahan-lahan tarik dia pergi jumpa sedara mara dan menjemput keluarga mertua ku untuk bergambar. Lepas dah bergambar, aku duk atas pelamin senyum je lah. Tiap masa bertukar tetamu yang nak bergambar.

Keluarga Pengantin Perempuan

Keluarga Pengantin Lelaki

5 petang – Majlis selesai. Hehehe. Syukur alhamdulillah selesai sudah.

 

Nantikan blog post lebih detail pada masa akan datang. Hehehe.

 

xoxo!

 

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

10 comments on “Post Mortem Ijab Qabul Dan Walimatulurus 10.11.12

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Dkna > simple itu sedap mata memandang. kehkehkehkeh.. saya simple je, janji ada. mudah untuk bergambar.

      Reply
  1. Pingback: Cabaran Dua Minggu Dari Diana Danielle | Bro Framestone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge