Ronasutra Mineral Makeup Kemasan Natural

Assalammualaikum uols,

Kali ini nak kongsi dengan uols tentang Mineral Makeup yang memang kebanyakan wanita gojes mencari. Yelah, selalu kalau search dekat google atau tonton video di youtube, pasti mineral makeup dari luar negara sahaja. Dan harga sangatlah mahal. Kalau uols orang kaya boleh la nak order seberang lautan sana. Hahaaha.

Tapi sebagai wanita yang duduk di Malaysia yang bercuaca musim tengkujuh ni, mineral makeup dari seberang laut pun tak sesuai juga kalau tak kena gaya. Belum pasti tekstur dan kandungan adalah untuk wanita berkulit Asia ni yang kerap berpeluh. Kehkehkeh..

Ronasutra ni memang aku pernah nampak di farmasi. Saje-saje belek produk dari syarikat tu. Tapi sudah tentu la dalam kepala ni duk fikir sama ada betul ke 100% mineral? Baca ingredient kat kotak tu memang sikit je list dia. Antaranya Mica, Titanium Dioxide, Zinc Oxide, Boron Nitride, Yellow Iron Oxide (c1 77491), Red Iron Oxide (C1 77492).

Dekat atas tu aku dah link kan info bahan-bahan yang digunakan oleh Ronasutra ke website yang menerangkan lebih terperinci apa kegunaan bahan tersebut dan adakah ia sihat untuk kulit muka kita. Aku memang suka buat research pasal kosmetik, sebab unik betul bila bahan-bahan ini digabungkan dan menjadi mekap.

So nak dijadikan cerita, 7 November 2012 beberapa hari sebelum hari pernikahan ku.. Kihkihkih. Pihak Ronasutra hantar email invitation untuk aku join “pampering session with Ronasutra“. Rasa macam nak melompat pun ada. Yelah aku memang nak beli mineral powder dari Ronasutra tup tup ada trial session ni lagi lah aku berkobar-kobar suka.

Sebelum apa-apa aku show off gambar before dan after makeup. Hahaha.

Sebelum nak jadi cantik macam gambar kat atas tu, kena lah make up serta belajar bagaimana untuk aplikasikannya. Lepas ni boleh la pakai sendiri dan cantik natural walau keluar ke pasar. Hehehe. Perkara macam ni serious tau, kekadang bila waktu aku tak make up lah jumpa kawan-kawan kat pasar, kat petrol station. Suddenly je!

Perghh dengan pashmina tak berpin, sekali jumpa kawan-kawan blog. Dan kekadang jumpa pula client! Adoiyai. So sebelum keluar rumah, belajar la make up. Even nipis, memadai dari muka kusam berminyak. Hehehe.

Sesi make over oleh juru solek terohor Lyana Dee. Dalam email invitation dah beri tahu awal-awal supaya aku kena datang tanpa mekap. Wuwuwuwu. Pakai moisturizer je lah. Hehehehe.

 

Cara-cara aplikasi Ronasutra Make Up.

1. Mineral Powder – Base

2. Mineral Powder – 2 in 1 Foundation and Powder

3. Mineral Powder – Blusher

Walahhh..  Aplikasikan eye liner/mascara dan lipstick. You are done!

 

 

Puan Audri Zin (Pengarah Produk dan Pembangunan Ronasutra), Rabiatul & Lyana Dee (Jurusolek Tersohor).

 

Mineral Powders dari Ronasutra

 

Ronasutra Mineral Powders – Base (Sangat Baru dan Belum keluar di pasaran :p )

 

Ronasutra Mineral Powders – 2 in 1 Foundation & Powder

Terdapat 5 jenis warna yang sesuai untuk kulit orang asia. Especially kulit orang Malaysia ni. Putih kita ada yang putih langsat, ada yang putih kemerahan. Kalau nak kategorikan kulit putih pun hanya omputeh je la yang putih. Even gadis cina pun tak putih kan, tapi skin color mereka putih kekuningan macam pearl. So, warna kulit kita semua sangat subjektif lah. Apa-apa pun uols kena pandai blend warna mineral powders kalau nak warna tu sebiji cam warna natural kulit uols.

 

Warna yang sesuai untuk aku adalah warna Natural Buff. Selain warna Natural Buff, ada Honey, Cream Peach, Sawo Yellow dan Mocha yang bernilai RM 48 setiap kotak. Kalau uols suka blend warna untuk dijadikan shading semua tu, better uols beli yang 5 warna satu box RM 58. Untuk kegunaan sendiri memang jimat banyak ringgit!

Ronasutra Mineral Powders – Cheek Color Blushers

 

Ronasutra Blusher mempunyai 5 jenis warna. Tapi dalam banyak-banyak warna tu, Warm Pink juga pilihan hati ku! Hehehehe. Blusher ni bernilai RM 38 sahaja.

 

Ronasutra Kabuki Brush

Selama aku dalam industry beauty blogger, aku tak reti langsung nak beli Kabuki Brush ni. Sebabnya aku risau tentang halal bulu berus tu. Aku kan orang Islam, bab bulu-bulu ni sensitif dan perlu di ambil berat. So bila Ronasutra mengeluarkan Kabuki Brush, aku adalah orang yang gembira sekali! Halal dan Selamat. Kabuki Brush dari Ronasutra bernilai RM 38 satu. Untuk aku, aku ada dua Kabuki Brush. Satu untuk bedak, satu untuk blusher. Hehehehe.

Bagusnya Ronasutra ni, mereka mengeluarkan mineral makeup sekali dengan brush. Ada sesetengah produk menggalakkan kita mencari sendiri brush untuk aplikasikan make up mereka. So, apa guna keluarkan produk tetapi menyusahkan pengguna kan? Well… Well done Ronasutra.!

Selain Kabuki Brush, Sponge pun ada jual juga. RM 5 sahaja. But sponge tak berapa sesuai untuk muka aku ni. Aku kena guna Kabuki Brush juga, baru rasa rata je make up kat muka ni. Hehehe.

Untuk uols yang mencari make up yang tipis tetapi menampakkan kesan yang cantik serta boleh dibawa sembahyang, cubalah Ronasutra. Ronasutra juga make up yang tahan selama 16 jam. Butiran bedak tu pun tak terlalu halus sehingga boleh masuk ke liang pori muka anda. Ia hanya kekal di luaran kulit dan kalau malam selepas event tak sempat mandi and cuci make up tu pun takkan menimbulkan seketul dua jerawat kat muka uols pada keesokan pagi.. Hahaha.

Actually aku aplikasikan Make Up Ronasutra ni sewaktu hari pernikahanku. Nikah 1o pagi, so aku suruh MUA aku datang untuk mekap resepsi je. Untuk nikah ni aku lebih suka nampak natural dan paling penting muka tidak berminyak. Lihatlah hasilnya..

Maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di www.ronasutra.com

Ingin membeli secara online ? Jom ke sini estore.ronasutra.com

Untuk melihat gambar inspirasi solekan cekidout facebook.com/Ronasutra.Official.Fan.Page

 

So selamat mencuba!

 

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

21 thoughts on “Ronasutra Mineral Makeup Kemasan Natural

    Cik Jaja

    (September 6, 2017 - 3:18 pm)

    Macam nak kene cuba nie pasai sume orang puji ronasutra best ?

    nurmisnan

    (March 20, 2014 - 9:04 am)

    Comel lote… kak nowa pun pakai ronasutra.
    Senang berwuduk

      Ruby

      (March 21, 2014 - 12:18 pm)

      kak nowa. sapa sapa pakai ronasutra memang cun gilo…

    faizah yahya

    (December 15, 2012 - 11:08 pm)

    saya pun pakai ronasutra gak.. hahahah.. tp teringin nak guna blusher daripada ronasutra..

      rabiatul adawiyah

      (December 15, 2012 - 11:45 pm)

      Faizah Yahya > cubalah bluser ronasutra tu, nanti kalau nak gi beli blusher. Awak beli kabuki brush lg satu tau. nanti takde la share ngan face powder punya. merah pula muka nanti. hehehehe…

    boni kacak

    (November 23, 2012 - 5:53 pm)

    wah..nampak perbezaaanya… apa produk yang awak gunakan??hahaha.tiba2 tanya soalan bengong kan?hehehehehe

      rabiatul adawiyah

      (November 24, 2012 - 1:34 am)

      Boni > gatai le tu soklan ulang-ulang ni. hehehe.

    pahan

    (November 23, 2012 - 2:32 am)

    kesan make up ni kadang-kadang menarik gak kan.hehe
    pahan´s last blog post ..Minda terapung bermandi idea berprestasi tinggiMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 24, 2012 - 1:33 am)

      pahan > kesan apa? kesan pakai mekap menjadi cantik gojes ke? hehehehe.

    puanbee

    (November 22, 2012 - 11:09 pm)

    jauhnya shah alam tu haaa
    puanbee´s last blog post ..Percubaan Pertama Buat Tart Telur – Buruk!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 11:10 pm)

      Hehehe.. Itu yang memang confirm ada kak. Tempat lain ada juga, depend kepada roadshow kak.. hehehe.

    Nurul

    (November 22, 2012 - 5:07 pm)

    Suka tgk akak.. light2 jer makeup dia.. natural beauty.. 🙂
    Nurul´s last blog post ..iPhone 5 gadget impianMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 11:06 pm)

      Nurul > Hehehe.. Natural beauty kan sedap mata memandang. Lagi pula cuaca panas, cair je nanti. Hehehe. So pakai light2 aje. 🙂

    eypul d'lover

    (November 22, 2012 - 5:04 pm)

    mmg best pkai ni… lg lme pkai .. npk natural… dlu pkai.. lpas tu stop.. ni nk pkai blik…

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 6:42 pm)

      Eypul > Ronasutra pun ringan je bila diaplikasikan kat muka. Memang patut u continue pakai balik. Hehehe.

    Anuar

    (November 22, 2012 - 3:16 pm)

    Harga produk ni berpatutan.. boleh dibawa sembahyang pula tu.. Sangat sesuai untuk kegunaan orang Islam.. Ada produk untuk kaum lelaki tak? hehehe.. 😉
    Anuar´s last blog post ..Tolong.. Bantulah mereka di GAZA!!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 4:58 pm)

      Anuar > lelaki pun boleh guna. Tiada masalah. Kan saya baru bernikah, sekarang ni rajin saya pakaikan ronasutra powder ke muka suami sebelum dia pergi kerja. hehehehe.

    sweetkurma

    (November 22, 2012 - 2:50 pm)

    bestnya kalau ada orang tolong make-up kan

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 3:02 pm)

      Sweetkurma > memang tersangatlah best. bila dah selesai make up rasa nak lagi. saya tertidur masa Lyana Dee ni mekap. Ingatkan mekap lama cam mekap wedding tu. Sekali 30 minit pun tak sampai. hehehe.

    puanbee

    (November 22, 2012 - 2:36 pm)

    akk memang teringin nak try ronasutra ni , belum tiba masa nak beli bedak lagi ..tungggu stok habis heee
    puanbee´s last blog post ..Percubaan Pertama Buat Tart Telur – Buruk!My Profile

      rabiatul adawiyah

      (November 22, 2012 - 2:57 pm)

      Puan Bee > Hehehe. Nanti akak pergi Shah Alam Mall tu, ada kiosk. Lagi mudah nak pilih warna apa yang sesuai sebab ada Jurusolek sekali. Hehehe.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.