Busana Pengantin Dari Kedai Jahit Sapurah

Assalammualaikum uols,

Dah lebih dari sebulan barulah entry-entry keramat ni keluar. Kahkahkah. Majlis perkahwinan aku berlangsung 10.11.12 hari tu, 1.12.12 pula sambut menantu. Back to back memang busy lah.

Cerita baju pengantin aku ni agak tragis juga. Dalam seminggu aku siapkan baju ni. Masa aku buat preparation dulu baju pengantin aku adalah busana muslimah cam banyak beaded tu. Tapi mahal pula cas sewa, so aku ni bukannya artis nak pakai baju mahal kan. Bila aku tahu mahal tu pun lagi seminggu nak majlis. Huru hara tetiba. Bayangkan semuanya tunggang langgang bila lagi seminggu nak majlis lah banyak benda tak prepare.

Dengan izin Allah s.w.t aku masih lg mempunyai wang sekitar RM 1k dalam pocket, apa lagi pergi start kereta untuk beli kain kat Jakel. Sekitar RM 550 jugalah aku setel untuk kain ela dan baju melayu.

Gaun Perkahwinan RA 1
Gambar ini sewaktu di Jakel.

Gaun Perkahwinan RA 3

So, hasil dari beli kain sampai beratus ringgit itu. Hahahaha.

Aku menggunakan khidmat jurujahit dari Kg Kerinchi, dah biasa jahit baju dengan makcik tu dari kecil lagi. Alhamdulillah menjadi juga baju kahwin aku tu. Siapa lagi nak jahit baju pengantin untuk masa seminggu? Hehehehe. Kalau makcik tu amik kain aku, wedding aku for sure aku kawin pakai baju nikah sepanjang hari. Hehehehe.

Ini adalah baju kurung moden yang aku sendatkan sikit bajunya dan labuh kan kain seperti gaun pengantin. Hehehehe.

Gaun Perkahwinan RA 6
Dari kiri Zaty, Rabiatul, Ieda dan Ami. Antara orang yang awal datang menyelinap ke bilik pengantin. Hehehe.

xoxo!
sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Busana Pengantin Dari Kedai Jahit Sapurah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.