Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam

Assalammualaikum uols,

Wah ini post hampir basi. Tapi aku nak juga tulis! Hahahaa! Actually pada 7 Disember 2012 yang lepas aku berjaya menjejakkan kaki ke Shah Alam setelah satu tahun tidak kesana. Email dari pihak PR yang gojes si Choon tu siap cakap Plaza Shah Alam ajeeeeee… Dia tak tahu yang aku ni forever dah tak ingat dimana lokasi Plaza Shah Alam.

So disebabkan aku nak pergi Shah Alam, aku siap menginap di rumah mak aku pada malam sebelumnya. Suami aku sekali aku hangkut ke Damansara! Hahahaha! Sebab aku nak gi Shah Alam guna Lebuhraya Guthrie! Ohsemmm.. Nasib la suami kata OK!

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 2

Perasmian Kaunter Kecantikan Ronasutra ni seperti biasa la, ofkoz ada kempen untuk tarik pengguna tegar Ronasutra datang ke Kaunter Kecantikan yang baru ni. Ada kempen “OLD for NEW“. Which is mereka yang ada bekas bedak Ronasutra yang dah habis tu boleh redeem bedak yang baru! Ramai juga yang hadir, al maklumlah hari Jumaat kan. Staff office semua rehat dua jam. Manakala ramai juga student dari UiTM Shah Alam duk pusu-pusu redeem bedak.

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 4

 

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 3

 

Diantara rangkaian produk Ronasutra.

Sesi Meet & Greet bersama duta Ronasutra pun berlangsung daari jam 11 pagi hingga 3 petang macam tu. Ada dua sesi, sesi pertama 11 pagi – 1tengahari bersama dengan Lynda Roslan. Manakala sesi kedua 1.30 petang – 3 petang bersama Vanidah Imran.

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 5

Sesi menjawab soalan kuiz pun ada. Soalan berkenaan Ronasutra punya produk lah kan. Aku ni pun saja nak bagi hype dengan sibuk menjawab soalan. Padahal aku ni media. Hahahahaa!!!

Dapat jawab soalan, dapat la voucher RM 50! Hah!1 more Kabuki Brush leeeee.. Hehehehe..

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 6

Sebagai Beauty Blogger dan kekadang media. Dapat produk Ronasutra sebagai complimentary. 3 produk uols! I love Ronasutra. Dah le produk bagus, dapat free pula tu. Buat masa ni aku dah ada 2 Kabuki Brush, 2 Mineral Powder, 2 Mineral Blusher dan 3 Mineral Base. Urgghhh.. Ohsemm. Suka! Suka!

MakeOver session, ini adalah sesi yang ramai wanita suka! Malah Puan Audri Zin, Pengarah Produk dan Pembangunan Ronasutra pun turun padang buat make over kepada wanita yang bertuah. Pemenang dari contest Murai pun ada juga. Untungnya!

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 10

 

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 11

 

Nak lihat kecantikan natural dari duta Ronasutra? Seriously cantik mulus gebu je kulit Lynda Roslan dan Vanidah Imran. Lynda Roslan menggunakan Mineral Powder “Natural Buff“. Manakala Vanidah Imran menggunakan Mineral Powder “Honey“.

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 13

 

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 9

 

Lynda Roslan dan Rabiatul. Hehehehe.

Pembukaan Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam 15

Vanidah Imran dan Rabiatul

So, kepada yang nak dapatkan produk Ronasutra, silalah ke :

Kaunter Kecantikan Ronasutra, Tingkat 1, Plaza Shah Alam (dulu nama plaza Massalam eh??), Seksyen 9, Shah Alam.

Like : Ronasutra.Official.Fan.Page

P/S : Nanti kaunter kecantikan Ronasutra akan dibuka di The Curve dan Publika pada tahun 2013! Nantikannya! Dekat le dengan rumah aku di KL dan mudah le wanita-wanita KL/Damansara nak melaram produk Ronasutra. Hehehehe.

xoxo!

sign5.png

 

 

1 thought on “Kaunter Kecantikan Ronasutra Plaza Shah Alam”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.