Makeup Pengantin Ronasutra, Elianto, Loreal Dan Maybelline

Assalammualaikum uols,

Baru-baru ini pada 1 Dec 2012 berlangsungnya majlis sambut menantu untuk diri ku di Kuantan Pahang. Al maklumlah suami ku orang pahang. So bersanding buat kali kedua le. Hehehe. Seronok juga sanding dua kali ni. Hahaha.

Persiapan persandingan di Kuantan semuanya ditanggung oleh keluarga suamiku. Sehinggakan aku rasa serba salah sebab persalinan, pelamin, meja makan beradab dan catering mereka dah sponsor. So aku pun mengasahkan bakat adik ipar aku si fatin untuk jadi photographer dan pada sesi outdoor pula fatin dan akak dia nana pula beraksi jadi photographer. Alhamdulillah mereka ni mahu bantu aku. Kehkehkeh. Abang dan kakak ipar aku pula sibuk menguruskan catering dan tetamu. Manakala ayah dan ibu sambut tetamu. MasyaAllah bila kerja kahwin begini aku rasa seronok pula adik beradik ramai macam ni. Hehehe.

Apa yang aku contribute adalah dengan menawarkan perkhidmatan makeup untuk muka aku sendiri. Kehkehkehkeh. Tak payah la nak bazir wang RM 400 untuk makeup pengantin kan. Aku pun belasah je makeup tu sebenarnya. Mungkin Allah s.w.t bantu aku bila aku sibuk memikirkan eye shadow warna apa sesuai. Pada mulanya nak guna warna biru, tp baju dah grey. Akhirnya aku menggunakan rona purple dari eye shawow Elianto.

Layankan gambar-gambar dibawah ini dulu. Nanti aku story macam mana aku buat. Hehehe.

 

Apa yang aku lakukan adalah :

1. Spray Avene Thermal Spring Water sebelum makeup. Tekap-tekap air tu selepas seminit guna tangan korang aje.

2. Sapu Base dari Ronasutra

3. Buat shading skit-skit dengan bedak Ronasutra

4. Sapu mineral powder Ronasutra yang ikut warna cerah sedikit dari skin korang. Blend kan dimuka. Ratakan.

5. Sapu Eye Primer dari Elianto agar kelak eyeshadow tahan lama

6. Sapu eye shadow Elianto dark blue kat lapisan lipatan mata tu.

7. Sapu eye shadow Elianto purple kat arch mata tu. blend sikit-sikit.

8. Guna eyeliner warna hitam.

9. Tampal bulu mata palsu

10. Lukis kening shin chan guna Loreal pen. Ikut arch kening korang tanpa cukur k. Aku tak cukur kening pun.

11. Sapu blusher Ronasutra Warm Pink kat apple chick tu ye.

12. Lipstick Maybelline

Voila siap..

Bila tengok kat gambar macam ok je kan. sehinggakan aku lupa nak mancungkan hidung ku. Ah takpelah, ini pun dah cun kan. hehehe.

xoxo!

17 comments on “Makeup Pengantin Ronasutra, Elianto, Loreal Dan Maybelline

    1. rabiatul adawiyah Post author

      gadisBunga > formulasi kalau ditingkatkan sikit apa salahnya, yang penting halal. lagi pula masa dulu harga below rm 100. boleh je afford. sebab sesuai dengan kulit orang Malaysia. so teruskan mengguna Ronasutra no matter what happen. Awak pergi beli base dia. Saya siap beli warna gelap utk buat shading. Nanti saya blog. Sekarang ni tiada masa.. wuwuuwu..

      Reply
  1. gadisBunga

    nice make up!

    saya peminat ronasutra. tapi frankly formulation lama adalah yang terbaik, betul2 tahan lasak di muka saya yang cepat berminyak dan berpeluh ni.

    tapi, walau sekarang dah tukar formulation, bedak ni masih feveret saya dan yg terbaik dalam kelasnya. cuma dah kurang lasak di kulit muka saya. sayang sikit…
    gadisBunga´s last blog post ..A durian a day keeps the craving awayMy Profile

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Pia > actually saya nak warna hujung-hujung dekat arch, sekali tak balance sebab bulu tebal.. bulu kening dah hitam, tu yg nampak hiam legam. padahal pensel kening loreal tu warna coklat. hahahaha!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge