Melawat Sekitar Cameron Highlands Dengan Kang Holiday

Assalammualaikum uols,

Aku skip dengan cerita kecantikan dan kesihatan lah hari ni, sebab nak kongsi pasal tempat menarik semasa aku honeymoon hari tu. Hehehehe.

Honeymoon hari tu actually pada tarikh 12 November hingga 14 November 2012. Just nak share tempat menarik dengan uols, tidak lebih dari itu. 🙂

Sepanjang percutian ini, aku pergi ke cameron highlands menggunakan bas vip couch je. Tapi nak melawat kawasan sekitar Cameron Highlands macam mana pula? Nak sewa kereta dan motor macam mana pula kan. Bukannya aku biasa drive kawasan bukit dan sempit macam cameron ni.

Sebelum ke Cameron Highlands aku ada google beberapa travel agent yang ada. Banyak juga travel agencies menawarkan pakej yang lebih kurang je. Harga pun sama. So aku cari travel agent yang dekat dengan hotel aku je lah. Jalan beberapa tapak dari Camellia Budget Inn dah sampai ke Travel agencies Kang Holiday. RM 25 untuk satu orang. So total RM 50 lah.

Nak booking Countryside Tour better awal sehari dua, sebab memang full kalau booking pada hari kejadian. Nasib baik aku booking malam pertama sampai kat Cameron Highlands.

Pakej Countryside Tour

Starting time: 8.45am and 1.45pm

Tour details:

  • Tea Plantation
  • Tea Factory Tour
  • Rose Garden
  • Butterfly Farm
  • Bee Farm
  • Market Square
  • Buddhist Temple
  • Strawberry Farm

* price exclude entrance fees
* visit to 8 places

 

Rose Garden

 

Entrance fees untuk Rose Garden ni kalau tidak silap aku RM 5. Just ada pelbagai jenis adik beradik rose kat dalam tu. Kalau korang naik tinggi-tinggi lagi, ada permandangan cantik Cameron.

Ladang Teh Boh & Melawat Kilang Teh Boh

 

Ladang Teh Boh Sungai Palas ni paling terkenal dan paling adventure perjalanannye. Kalau tak biasa jalan bukit-bukit ni, mau terbabas korang. Sampai kat kilang Teh Boh korang boleh tengok cara proses daun teh, beli produk Boh dan paling best menikmati Teh Boh di Cafe mereka tu. Angin sejuk-sejuk minum teh panas. Pergghhh. Layan!

Bee Farm

 

Bee Farm banyak jual souvenir. Kalau nak tengok lebah kena turun bawah. Ada banyak sarang mereka. Takut juga bila pergi dekat-dekat.

Square Market

 

Square market ni kat sebelah Bee Farm je. Terung kat sini besar kepala aku pun ada. Sihat-sihat betul sayuran dan buah-buahan kat Cameron ni. Suami aku pula dah lapar, beli mushroom goreng. Banyak jenis pula tu cendawan goreng tu. Kami beli yang mana biasa makan aje. Karang pening kepala tak boleh nak layan percutian ni nanti. hahahaa!

Butterfly Farm

 

Butterfly farm ni aku tak masuk, tapi aku habiskan duit aku kat souvenir shop sebelah tu. Sebab mak aku nak jem strawberry, family mertua aku nak teh berperisa strawberry. Kalaua tiada kenderaan, better beli waktu melawat kawasan ni. hehehe.. 🙂

 

S Corner (Strawberry and Mushroom)

 

S Corner ni ada jual souvenir macam bantal dan key chain murah-murah. Aku beli bantal strawberry yang panjang untuk letak kat belakang kereta. hehehe. meriah weh.. Buah Strawberry kat sini manis.. Nyum Nyum!

 

Buddhist Temple

 

Voila selesai separuh hari melawat Cameron Highlands!!

Bila join travel agent, tak payah fikir nak kemana dan dimana. Duduk diam-diam dalam van, tup tup dah sampai. Hehehehe.

Akan tetapi yang membuatkan trip ni lagi best adalah tourist guide aku tu. Uncle Daniel ni memang terror lah. Dia parking van tepi lereng bukit ladang teh yang memang takda siapa akan stop. Lereng bukit tu ada daun teh yang segar dan memang sesuai untuk di petik. View cantik sangat lagi tu. Hehehe.

Naik Van persiaran seramai 10 orang memang best sebab semua tourist dari luar negara ada. Tukar-tukar cerita pasal negara yang mereka pernah lawat dan comment mereka tentang Malaysia. Ada yang dah berada di Malaysia selama 3 minggu dan Cameron Highlands destinasi terakhir sebelum mereka ke Thailand pula. Wah syok betul life mereka. Hehehe.

So, selamat bercuti untuk anda semua. Waktu cuti sekolah ni bawa anak-anak ke Cameron pun best juga. Hehehe.

Tips Country Side Tour adalah “bawalah botol air sendiri kerana susah nak jumpa kedai jual minuman. Kalau ada pun mahal”.

xoxo!

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

11 thoughts on “Melawat Sekitar Cameron Highlands Dengan Kang Holiday

    mamat

    (October 4, 2013 - 8:53 am)

    assalam..nk tye nie..

    perjalanan balik mcm ne?..i mean balik ke rumah..tiket bas dh booking pegi dan balik ea…bp ye price tiket kt CS Travel & Tours…

      Rabiatul Adawiyah

      (October 4, 2013 - 12:09 pm)

      mamat > beli tiket perg balik. bleh check di HENTIAN BAS JLN DUTA. 🙂

    penaberkala

    (April 12, 2013 - 7:44 pm)

    cantik…
    rasa macam nk gi nanti
    nk gak ada gambor kat ladang teh tu

    ermm, tunggu honeymoon la, eh!
    penaberkala´s last blog post ..MALINDO AIR INAUGURAL FLIGHT MEDIA : KUCHINGMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (April 13, 2013 - 11:37 am)

      PenaBerkala > Kalau pergi Cameron, lebih baik guna van travel agen. Mereka selamber parking kat kaki bukit tu. Padahal banyak kenderaan keluar masuk. Macam mengganggu lalu lintas. Tapi mereka selamber je.

    penaberkala

    (April 11, 2013 - 7:49 pm)

    tak pernah lagi snap gambar di ladang teh
    walaupun dah pergi cameron highlands dah dekat 5-6 kali
    LOOSER!
    aih,kena pergi lagi skali ni semata-mata nk gi ladang teh, haha
    penaberkala´s last blog post ..WeChat : THE NEW WAY TO CONNECTMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (April 12, 2013 - 3:21 am)

      PenaBerkala > oi orang sakit pinggang naik van pelancong. Duk tepi tingkap duk tangkap gambar. Cantikkan.. :p

    syu90

    (March 31, 2013 - 7:39 am)

    besnye Cameron..tringat msa pegi hari tu..ada jgk tmpt yg x smpt sggh..
    syu90´s last blog post ..Pencarian rakan beloglist April & Mei by cik akakMy Profile

    Ina

    (January 12, 2013 - 4:01 am)

    Sis, nak tanya. how much kalau guna pakej CS Tour? Kalau guna Kang Holiday tu, RM50 each person ea? Transport untuk ke CH sendiri kan? Then kat sana baru ada transport disediakan right? Sorry banyak tanya. Actually tengah plan trip dengan kawan. Bajet student je sebab kitorang saja nak jalan-jalan kat sana. Kebetulan terjumpa blog akak ni.
    Ina´s last blog post ..New Year, New Blog, New Day. New Life.My Profile

      rabiatul adawiyah

      (January 14, 2013 - 12:13 am)

      Ina > saya guna CS Tour untuk perkhidmatan bas aje. Manakala Kang Traveller tu untuk perkhidmatan van melawat sekitar Cameron Highland RM 25 per person je. 🙂

    rabiatul adawiyah

    (December 4, 2012 - 3:10 pm)

    Anuar > sejuk sampai ke tulang.. hhehehehe.

    Anuar

    (December 4, 2012 - 3:00 pm)

    Bestnya dapat Honeymoon dekat Cameron Highland.. Tempat menarik.. Sejuk.. Destinasi terbaik untuk berhoneymoon… 😉
    Anuar´s last blog post ..Menjadi Juara SEO Dan Rahsia Kejayaan Penulis BlogMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.