P1 MiFi MX230 Di Kuantan Dan Bentong Pahang

      Tiada Ulasan pada P1 MiFi MX230 Di Kuantan Dan Bentong Pahang

Assalammualaikum uols,

Seronok bila dapat menggunakan perkhidmatan yang amat laju! Actually aku saja-saja je bawa modem MX230 balik kampung suami untuk majlis sambut menantu. Naik pelamin kali ke dua. Hehehe.

Lokasi aku menggunakan MiFi MX230 kali ini adalah Perumahan Taman Permatang Badak Damai, Kuantan, Pahang dan Bentong Town, Pahang. So aku cerita pasal penggunaan di Kuantan.

Rombongan aku dari Kuala Lumpur ada yang datang awal sehari dan ada datang pada hari majlis. Dari KL kalau ke kawasan negeri lain untuk beberapa hari mesti bosan tahap dewa apabila tiada liputan wifi di dalam rumah. So, inilah masanya aku buat MLM ngan sedara mara aku. Kehkehkeh. Ishh takda lah MLM, adik-adik sedara aku duk searching wifi connection.

Kata mereka nak cuba nasib kot kot ada wifi rumah mana-mana yang boleh masuk. Amboii.. Kemain cita-cita. Sekali keluar “P14G-SPOT-2020F6” di smartphone mereka, tetapi mereka tak tanya aku password. Duk spot check bilik pengantin kot kot ada modem ke kan. Mereka tak jumpa! Kahkahkah!  Selepas waktu makan malam, dah duduk depan tv tu kan. Baru la mereka ramai-ramai bertanya.

Adik Sedara : “Kak Ayu ada wifi ke kat rumah ni?”

Aku : “Ada, kenapa nak guna ke?”

Adik Sedara : “Mana boleh hidup tanpa internet akak, kami nak main fb dan twitter kat ipad 2, i pad 1, samsung s3, gsamsung galaxy note, 4 blackberry dan sony experia”

Aku : “amboi kemain banyak smartphone. akak bg password ni, siapa cepat dia dapat guna. heheheehe.. sebab wifi ni boleh guna utk 8 device, satu device adalah laptop suami akak. 1 lagi device blackberry akak, so 2 kuota dah digunakan. ada lagi 6 kekosongan! siapa cepat dia dapat! hehehe.”

Adik sedara : “hah!! cepat lah bg password utk ipad 2 ni dulu. hehehe”

So bila dah berebut-rebut ni, boleh lah aku review kebagusan MiFi MX230 ni. Aku guna MiFi MX230 untuk 7 device tanpa plug in ke usb laptop suami aku, ternyata bateri bertahan ngam ngam 6 jam penggunaan. Tapi memang panas la modem tu. Aku ada juga compare dengan penggunaan hanya 1 device iaitu blackberry aku sahaja, sama juga bateri MiFi MX230 bertahan selama 6 jam juga. So, anggaran masa penggunaan sama sahaja.

Ini tandanya aku benar-benar di kuantan, gambar wedding aku jelah sebagai witness aku berada di kuantan pahang.

Hari Ahad 2 Dec 2012 aku balik ke KL, dalam jam 2.30 petang bertolak dari Kuantan, Pahang. Masa perjalanan kat atas highway memang tiada coverage. Tapi bila aku dah start masuk simpang ke Bentong Town, 4G menunjukkan led warna hijau. Pergghhh.. Kat Bentong pun ada liputan!

Gambar witness di hadapan Bentong Bus Station. Hehehe. Takda lah korang kata aku tipu pulakan. Lampu LED menunjukkan semua warna hijau! Hoyeh!

Aku ke Bentong sebab nak makan malam dekat kedai bapak aku. Restoran Hajra tepi jalan depan Bentong Bus Station tu Restoran Bapak aku berkonsepkan kedai mamak. Hehehe. So duduk melepak kat situ bersama sedara mara.

Makan malam ada macam-macam aku makan, tapi itu dalam blog post food review le. Hehehe. Ni hah pesta durian! Aku memang pelahap bila jumpa durian. Nyum Nyum!

Adik sedara aku semua gambar takda yang senonoh, semua duk ber facebook, twitter dan intagram.

Bagus betul bila memiliki P1 MiFi MX230. Memang ternyata To-Go!

Korang boleh dapatkan MiFi di http://p1.com.my/mifi

xoxo!

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge