Smartphone Terkini Dari Huawei Dan Percutian Ke Dubai

      1 Comment on Smartphone Terkini Dari Huawei Dan Percutian Ke Dubai

Assalammualaikum uols,

Huawei Device Malaysia sememangnya terkenal dengan peranti modem. Paling jelas adalah modem broadband yang digunakan oleh Telco di Malaysia. Seperti modem Maxis, DiGi, dan Celcom Broadband.

Huawei mengadakan kempen pengaktifan pengguna ‘Ascend to New Heights’ di Malaysia dengan acara terbuka di Taman Tasik Titiwangsa dari 21-23 Disember 2012. Pada pembukaan rasmi acara ini, Huawei telah melancarkan tiga smartphone baru dan mengumumkan Midland Network Sdn Bhd sebagai rakan kongsi terkini bagi memperluaskan pengedaran peranti pintar Huawei di Malaysia. Ramai media yang hadir ketika sesi Media Launch. Siap ada Lucky Draw lagi. Tapi saya tidak berapa nak “lucky” la. Huwaaa..

Huawei Ascend to New Heights 2

Mr Wong Wey Hwa dari Country Director Huawei Consumer Business Malaysia sewaktu memberi ucapan dan taklimat berkenaan Huawei Ascend to New Heights Event.

Huawei Ascend to New Heights 4

 

Huawei Ascend to New Heights 6

(Dari kiri) Mr Tang Siew Wai, Regional Marketing Director Huawei South Pacific; En. Ahmad Bin Khalid, Director Midland Network Sdn Bhd; Mr Wong Wey Hwa, Country Director Huawei Consumer Business Malaysia; Mr Lee Fook Sin, Director Midland Network; Mr Victor Raj General Manager Midland Network

 

Kini Huawei melangkah setapak lagi dengan mencipta Smartphone yang mampu dimiliki oleh anda semua. Seriously ia sangat murah dan affordable.

Huawei Ascend to New Heights 22

 

Ascend D1 Quad – Telefon pintar terpantas yang dikuasakan oleh pemproses K3V2 teras-quad 1.4GHz Huawei dalam rekabentuk paling kompak di antara semua telefon pintar bersaiz 4.5 inci. Ascend D1 quad memperluaskan alam kemungkinan bagi pengguna dengan sistem operasi Android 4.0 (boleh dinaiktaraf ke Jelly Bean) dan sistem pengurusan kuasa proprietari Huawei yang menyediakan sehingga 30% penjimatan tenaga. Harga RM 1,239.

Huawei Ascend to New Heights 19

Ascend G600 – Saiz skrin LCD IPS HD 4.5 inci dan resolusi piksel 960 x 540 dengan Kaca Corning® Gorilla®, telefon pintar ini menawarkan kejelasan visual di atas teras-dual dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.0. CPU teras-dual 1.2GHz dengan bateri Li-Polimer 1930mAh peneraju industri memastikan Huawei Ascend G600 boleh dicas sepenuhnya selama empat jam, dikuasakan dalam lima saat, teknologi penjimatan kuasa Huawei, dan lebih daripada 15 hari standby mode. Harga RM 799.

Huawei G330

Ascend G330 – Ini merupakan telefon pintar mampu dimiliki yang menggabungkan rekabentuk nipis lagi anggun dengan pemproses teras-dual 1.0 GHz berkuasa yang memaksimumkan prestasi pengkomputeran. Ia juga mencirikan paparan 10.16-cm (4 inci) WVGA TFT, bateri lithium-ion 1.500 mAh yang memberikan banyak kuasa untuk sesi sembang, telefon dan rayauan jangka lama serta pemproses teras-dual 1.0 GHz berprestasi tinggi dengan 512 MB RAM/4 GB ROM dan resolusi paparan sejelas kristal. Harga RM 599.

Huawei Ascend to New Heights 8

Dari kiri En. Ahmad Bin Khalid, Director Midland Network Sdn Bhd; Mr Lee Fook Sin, Director Midland Network; Mr Wong Wey Hwa, Country Director Huawei Consumer Business Malaysia. Gimik perlancaran Huawei Ascend To New Heights!

Huawei Ascend to New Heights 11

Tinggi setinggi impian Huawei!

Diantara aktiviti yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa bersempena Huawei Ascend To New Heights adalah menaiki belon udara panas, fotografi jumpshot, Lompat Trampolin dan Cabaran Perlumbaan.

Huawei Ascend to New Heights 13

Fotografi jumpshot! Aku lompat acah-acah je. Gila korang, boleh keguguran nanti. Hahahaha!

Ada 4 booth dibuka, diantaranya adalah Booth Registration, untuk claim mystery gift iaitu Highlighter dari Huawei! Hehehe! Comel! Booth Experience Zone pula uols boleh try semua device dari Huawei. Ada Tab dan Smartphone! Murah!!!!! Urgghh! Lepas tu ada Booth Racing Challenge dan last but not least ada Booth Photo. 🙂

Huawei Ascend to New Heights 16

Huawei Ascend to New Heights 27

Huawei Ascend to New Heights 25

Booth Photo ni aku minta mereka print dua photo sewaktu Jumpshot Photography.

Huawei Ascend to New Heights 24

Hahahahaha.. Ada juga kenangan untuk dibawa pulang dari Huawei Ascend to New Heights event.

Kempen ‘Ascend to New Heights’ yang dibuka kepada orang ramai, menawarkan lebih 2,000 hadiah termasuk Hadiah Utama berupa pelancongan dibiayai sepenuhnya untuk dua orang ke Dubai (penginapan 4H3M di hotel mewah 5 bintang disertai penerbangan helikopter sekitar bandaraya, lawatan eksklusif ke bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa, lawatan ke tempat bersejarah Dubai dan Pengalaman Padang Pasir). Kempen ini adalah mercutanda penting dalam usaha giat syarikat ingin mendekati pengguna secara langsung.

Sehingga 31 Disember 2012, pengguna boleh terus menyertai peraduan belon udara panas  ‘Ascend to New Heights’ di laman web www.AscendToNewHeights.com untuk merebut peluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk telefon pintar dan peranti Huawei, kemeja T, pemacu USB dan tiket wayang.

Untuk lebih info, follow dan like Huawei Device. 🙂

Facebook : www.facebook.com/HuaweiDeviceMY   (Malaysia)

Twitter : www.twitter.com/HuaweiDevice

YouTube : www.youtube.com/user/HuaweiDeviceCo

Flickr : www.flickr.com/huaweidevice

Website : www.huaweidevice.com.my

P/S : Memandangkan Huawei menggunakan OS Android dan murah pula tu! InsyaAllah Ascend G600 akan aku sambar Januari 2013!

xoxo!

sign5.png

1 comment on “Smartphone Terkini Dari Huawei Dan Percutian Ke Dubai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.