MAMA

| |

Menonton movie horror sememangnya jarang dilakukan oleh saya yang penakut. Bukan takut apa, cuma takut ia terbawa-bawa ke dalam diri. Sebelum tidur, sewaktu lampu di tepi katil sudah ditutup, saya pasti tebayang-bayang hantu dalam filem horror menjelma. Arghh.. Mulalah perasaan takut menyelubungi diri dan segera menarik selimut menutup seluruh badan. Saya fikir, apabila selubungkan diri akan menghilangkan ketakutan sehingga tertidur. Tetapi tidak! Hantu itu menjelma dalam mimpi pula. Ah sudahhh! Penakut sangat dah ni. Wuwuwuwuwu..

MAMA-Film MAMA-Film-1

MAMA-Film-2 MAMA-Film-Victoria-And-Lily

Filem MAMA sememangnya filem horror yang menggunakan teknik grafik berkomputer yang mantap! Filem ini menunjukkan perubahan diri seseorang yang akan berubah ketika sudah mati dan apabila roh tidak tenteram, proses pereputan yang sedang berlaku kepada si mati berlaku. Walaupun menjadi hantu atau roh yang tidak tenteram, filem ini berjaya mengikut keseluruhan  perubahan bentuk badan orang yang sudah mati!

Membuat kajian terhadap sesebuah filem sememangnya saya suka. Teknik CGI mereka aplikasikan sangat “awesome” sehinggakan saya memberi 10 bingtang untuk filem ini kerana penggunaan teknik grafik komputer dalam filem MAMA. Penonjolan watak hantu MAMA juga agak lama, dan ini sememangnya sangat “best”. Kebanyakan filem horror hanya suasana gelap dan terkejut-kejut. Malah, hantu juga tiada dan ada juga filem yang membuat ending filem tersebut hanya imaginasi orang gila. Argghh.. Hampa!! Tetapi untuk filem MAMA anda pasti tidak menyesal.

Sinopsis filem ini atau jalan cerita bagi saya ada relevannya. Si ayah stress sehingga menembak mati 2 ahli perniagaannya dan membawa lari dua orang anak kecilnya (Victoria dan Lily), memandu di dalam keadaan merbahaya sehingga accident masuk ke dalam gaung, berlari bawa dua anak kecil untuk mencari tempat berlindung di sebuah kabin kerana musim sejuk ketika itu.

Si ayah cuba membunuh anaknya tetapi gagal kerana hantu MAMA menyelamatkan kedua-dua anak kecil itu. Selama 5 tahun kanak-kanak itu tinggal bersama MAMA dan selama itulah bapa saudara (Uncle Luke) mereka mencari.

Apabila ranger hutan terjumpa bangkai kenderaan dan kabin tersebut, mereka menjumpai kanak-kanak tersebut masih hidup tetapi keadaan kedua kanak-kanak tu sangat tragis. Mereka agresif dan hanya merangkak seperti haiwan. So journey filem ini bertambah best apabila sesi kaunseling bersama Dr psychology yang cuba mengkaji kisah kedua kanak-kanak ini. Siapa MAMA? Adakah orang gila? Ada kisah tragis pernah berlaku sekitar kawasan perumahan itu ke tidak? Kanak-kanak tu makan apa? MAMA tinggal dimana? Kisah MAMA tu pula disebabkan apa jadi roh yang berkeliaran?

Untuk selebihnya silalah ke panggung berhampiran. Saksikan MAMA. Seriously filem hantu paling saya suka dalam hidup saya.

P/S : Terima kasih kepada NuffnangMy dan TGV kerana memberi peluang kepada saya sekali lagi untuk menonton Premiere Screening. 5 tahun menonton wayang FREE bersama Nuffnang. Alhamdulillah. 🙂

xoxo!

sign5.png

Tags
Previous

Time To Get DATA

P1 MX20 package plan

Next

12 thoughts on “MAMA”

    • Sherry > i love to watch this movie coz of the special effect. CGI, Graphic and Multimedia things. It’s awesome!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.