The Last Stand

| |

 

 

Assalamualaikum semua,

Kali ini saya dapat tonton The Last Stand di TGV One Utama, The last stand ini mengisahkan seorang boss pengedar dadah yang terlepas dari FBI, manakala di sebuah pekan yang berhampiran dengan sempadan Mexico seorang sheriff bernama Ray menjaga keamanan pekan tersebut.

Last-Stand

Usaha FBI untuk menangkap Gabriel Cortez hanya sia-sia kerana Cortez mempunyai strategi untuk dia meloloskan diri. Dengan mempunyai kereta yang pantas, Cortez ingin menunjukkan kemahirannya membawa kereta. Sebelum Cortez sampai di Sommerton, FBI melarang Ray berbuat apa-apa tetapi kuncu-kuncu Cortez telah menaikkan kemarahan Ray. Mereka telah membunuh seorang anak buah Ray. Ray bersama geng-gengnya membuat rangcangan untuk menghalang Cortez untuk masuk ke Sommerton.

last-stand

 

 

 

Sheriff Deputy menguji senjata.

the-last-stand

Ray berperang dengan kuncu-kuncu Cortez di bandar jagaannya

Dapatkah Ray menghalang Cortez masuk ke pekannya yang aman damai?? Jom saksikan okay. Filem ini penuh aksi dan komedi. Memang Menarik jadi saya bagi 8.0/10.

Pada pendapat saya, filem ini berjaya dari segi aksi dan komedi kerana Arnold berjaya membawa wataknya dengan begitu cemerlang walaupun sudah berumur.

 

xoxo!

sign5.png

Previous

P1 MX20 package plan

Lokasi Baru Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, Shah Alam

Next