Cloud Atlas

      9 Comments on Cloud Atlas

Pagi nan indah begini saya review filem terbaru saya tonton. Filem tersebut adalah Cloud Atlas. Saya dapat special screening dari NuffnangMY. Actually masa tonton trailer filem ini, saya masih tidak faham apa lah yang dimaksudkan dengan Cloud Atlas. Sekejap tunjuk orang Persian, lepas tu macam mahluk asing pun ada, tiba-tiba tunjuk zaman teknologi tinggi pula. So, disebabkan blur tahap dewi tu. Saya sertai contest Nuffnang dan tonton malam tadi filem Cloud Atlas.

Cloud-Atlas-Poster

Poster dekat atas tu pun dah menggambarkan pelbagai zaman, tapi saya masih tak faham sehinggalah sudah menonton filem ini malam tadi. Kehidupan ini kita yang corakkan, dari kita lah membentuk masa depan. Jika kita menegakkan kebenaran dan membuat kebaikan, kita juga akan dibalas dengan kebaikan untuk meneruskan kehidupan dengan cara baru.

Cloud-Atlas-Time-Frame

 Ihsan dari google

Carta diatas cukup menggambarkan, jika Moyang kita baik, pada next generation pun pelapisnya baik dan begitu juga sebaliknya. Jika yang jahat ingin berubah jadi baik pun ada, asalkan kuat semangat kerana banyak kebencian orang lain apabila kita ingin berubah.

Filem ini hanya dibarisi beberapa orang pelakon sahaja dan membawa watak untuk 6 cerita berbeza zaman. Dengan makeover muka mereka, costume lagi. Saya tak sangka mereka boleh buat muka seperti Korean looks. Argghh.. Hampir jatuh cinta! Sekali pelakon mat salleh yang ditampal silikon di muka untuk menunjukkan impak Korean! Bukan hanya wajah Korean je mereka boleh buat, wajah orang zaman dulu pun boleh. Fantastik betul filem ni. Berapa juta lemon lah pelaburan untuk filem ni.

Cloud-Atlas-Cast-Infographic

Pelakon dan Watak :

Actor “The Pacific Journal of Adam Ewing” (1849) “Letters from Zedelghem” (1936) “Half-Lives: The First Luisa Rey Mystery” (1973) “The Ghastly Ordeal of Timothy Cavendish” (2012) “An Orison of Sonmi~451” (2144) “Sloosha’s Crossin’ an’ Ev’rythin’ After” (2321)
Tom Hanks

 

Dr. Henry Goose Hotel Manager Isaac Sachs Dermot Hoggins Cavendish Look-a-like Actor Zachry
Halle Berry

 

Native Woman Jocasta Ayrs Luisa Rey Indian Party Guest Ovid Meronym
Jim Broadbent

 

Captain Molyneux Vyvyan Ayrs N/A Timothy Cavendish Korean Musician Prescient 2
Hugo Weaving

 

Haskell Moore Tadeusz Kesselring Bill Smoke Nurse Noakes Boardman Mephi Old Georgie
Jim Sturgess

 

Adam Ewing Poor Hotel Guest Megan’s Dad Highlander Hae-Joo Chang Adam / Zachry Brother-in-Law
Doona Bae

 

Tilda Ewing N/A Megan’s Mom, Mexican Woman N/A Sonmi~451, Sonmi~351, Sonmi Prostitute N/A
Ben Whishaw

 

Cabin Boy Robert Frobisher Store Clerk Georgette N/A Tribesman
James D’Arcy

 

N/A Young Rufus Sixsmith Old Rufus Sixsmith Nurse James Archivist N/A
Zhou Xun

 

N/A N/A Talbot / Hotel Manager N/A Yoona~939 Rose
Keith David

 

Kupaka N/A Joe Napier N/A An-kor Apis Prescient
David Gyasi

 

Autua N/A Lester Rey N/A N/A Duophysite
Susan Sarandon

 

Madame Horrox N/A N/A Older Ursula Yosouf Suleiman Abbess
Hugh Grant Rev. Giles Horrox Hotel Heavy Lloyd Hooks Denholme Cavendish Seer Rhee  Kona Chief 

Sumber ehsan Wikipedia Cloud Atlas

“The Pacific Journal of Adam Ewing” (1849) ini mengisahkan seorang peguam yang hidup dengan kehidupan atasan dan ketika itu orang kulit hitam kasta rendah. Orang kulit hitam sering dijadikan hamba dan dihukum. Adam berkahwin dengan anak orang kebesaran, beliau menjadi peguam kepada keluarga tersebut. Sewaktu pelayaran pulang selepas mendapat contract, macam-macam perkara berlaku. Seorang hamba bernama Autua senyap-senyap masuk dalam kapal pelayaran untuk mengikut Adam, ingin menjadi kawan dan ingin bekerja sebagai kelasi kapal first class. Adam sebagai peguam memainkan peranan untuk memujuk kapten kapal menerima orang kulit hitam sebagai crew. Bapa mertua mengupah seorang doktor untuk membunuh Adam secara perlahan-perlahan menggunakan racun. Autua sentiasa memerhati Adam dan mendapat tahu Adam diracun dan segera menyelamatkan Adam. Kerana Adam telah membantu Autua dan mereka bertanggungjawab dalam persahabatan, mereka menjadi kawan baik. Selepas Adam mengetahui helah bapa mertuanya, dia segera membawa isteri memulakan hidup baru walaupun dia hanya seorang peguam. Dia cekal ingin memulakan hirarki baru dalam peradaban dunia kemanusiaan.

“Letters from Zedelghem” (1936) berkisar berkenaan Robert yang ingin belajar untuk menjadi musician yang berjaya dengan menuntut ilmu dengan orang tua yang berjaya. Tetapi dipergunakan. Sixsmith pula pasangan kekasih yang menjadi saintis. Kedua-dua mereka mati dengan tragis kerana desakan kehidupan. Bagi saya part ini sedih kerana usaha keras mereka hanya untuk kepentingan orang lain. Walaupun mereka gay, tetapi cara mereka memberi kasih sayang tu buat aku menitiskan air mata saat Robert memerhati Sixsmith dari jauh kemudian membunuh diri di bilik. Dia frust dengan kehidupan.. Mereka percaya kehidupan selepas kematian akan pertemukan mereka kembali. ;(

“Half-Lives: The First Luisa Rey Mystery” (1973) ini kesinambungan dengan kisah Robert dengan Sixsmith juga, cuma yang ini kehidupan selepas kematian Robert. Apa perkara Sixsmith buat setelah kematian Robert. Sixsmith meneruskan kehidupan menjadi saintis untuk teknologi nuklear Amerika. Isu berlaku apabila rahsia besar teknologi nuklear itu disimpan oleh Sixsmith dan beliau dibunuh. Wartawan orang kulit hitam menegakkan keadilan setelah mengetahu kerja kotor di Swankelle. Sesiapa yang tahu rahsia ini bakal dibunuh oleh pembunuh upahan.

“The Ghastly Ordeal of Timothy Cavendish” (2012) pula berkisar orang tua yang menjadi writer dan famous setelah menjual buku kawan beliau selepas suatu tragedi. Cerita ini semakin best selepas beliau dihantar ke rumah jagaan orang tua yang paling tak best. Jumpa kawan yang sekepala ingin melarikan diri dari rumah terssebut. Cerita in memang kelakar. Banyak ketawa. Sebab orang tua buat perangai, bayangkanlah macam mana pemikiran mereka. Tak tahu kereta start style hybrid, lepas tu terhegeh-hegeh nak lari. Nyanyuk lagi tu.

“An Orison of Sonmi~451” (2144) pula berkisar Sonmi yang menjadi pelayan. Kehidupan teknologi tinggi di New Seoul. Semua guna teknologi Samsung! Samsung pun masuk sekali dalam filem. Hehehe. Masa ni makeover muka pelakon memang terbaik. Kehidupan hamba di New Seoul dan Old Seoul memang gempak dalam cerita ini.

“Sloosha’s Crossin’ an’ Ev’rythin’ After” (2321) Selepas peredaran zaman dan kehidupan, maka kehidupan lagi satu tercipta. Kita duduk pula di planet lain kerana tidak tahan dengan kehidupan bumi yang kacau bilau.

Fahamkan cerita ini, kerana ia banyak mesej. Nak tahu siapa pengarah filem ini? Tiga orang yang sangat banyak idea. Tak tahulah macam mana mereka boleh come out dengan filem begini, pelakon yang sama, watak berlainan, makeover yang heavy dan costume gempak!

Tom-Tykwer-Lana-Wachowski-Andy-Wachowski

Tom Tykwer, Lana Wachowski dan Andy Wachowski

Lana Wachowski dan Andy Wachowski ni dulu buat filem The Matrix tu. Itukan filem Science Fiction. So combined dengan Tom Tykwer ni, watak zaman dulu-dulu lagi naik dan meriah. Kolubrasi yang mendatangkan hasil!

Selamat menonton!

xoxo!

sign5.png

 

9 comments on “Cloud Atlas

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Sherry > watch it first, then you can understand more than keep confusing! LOL!

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      BelogPenaMaya > Menarik dan mengarut, masa mula-mula start movie ni saya kerut-kerut dahi apa jadah la cerita ni. kejap zaman itu, tahun ini. bukannya macam cerita biasa kita lihat yang tahun berlainan akan berterusan ceritanya, ini dia patah balik. continue blik pada tahun asal. seriously tengok movie pun thrill. hahaha.

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      kifli > ko perli akak le tu.. cerita ni banyak ceritanyer.. akak pun tak tau nak explain macam mana kat reader. I know! I know!. hahahah!

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge