Gangster Celop

      7 Comments on Gangster Celop

Pada 7 Februari 2013 saya berkesempatan menghadiri Tayangan Perdana Filem Gangster Celop di Cathay e@curve. Dah lama tak menonton filem yang membuatkan saya ketawa berdekah-dekah. Bukan nak ketawa saja-saja, tetapi disebabkan filem Gangster Celop yang sememangnya lawak dan relax untuk ditonton.

Poster-Gangster-Celop

Rasa seperti rombakan karakter dan watak di dalam filem ini bakal memberi impak kepada lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli. Mereka bakal menambah  portfolio bagi memeriahkan industri seni tanah air dengan hasil lakonan di dalam filem Gangster Celop.

Dimana lagi kita boleh lihat pelakon Kamal Adli melakukan adengan berdangdut dan menyayi lagu dangdut dan bertudung comel?

Manakala dimana pula kita boleh melihat karakter Syamsul Yusof yang terkenal dengan ka-macho-an tu menjadi seorang mat jiwang feeling feeling drama cinta ngan Keknis tu. Pakai tudung dan berbaju kurung memang karakter berani weh.. Mekap lagi.. Hahaha!

Sinopsis filem Gangster Celop

Mengisahkan dua orang rakan yang tinggal di rumah kebajikan melarikan diri. Mereka ibarat adik beradik iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang terhutang budi dengan Ayahanda Mat Jambu (Yus Jambu) kerana memberi air slurpee 7-eleven tu semasa mereka dijumpai hampir kena belasah kerana mencuri ayam goreng. Dek kerana terhutang budi, mereka dibesarkan oleh Mat Jambu untuk menjadi Gangster. Ada satu situasi mengakibatkan Aman dan Adam disumbatkan ke dalam penjara selama 5 tahun, gara-gara bergaduh dengan Man Cirit (Azad Jazmin).

Selepas keluar penjara jumpa balik dengan Ayahanda dan mereka diberi tugas baru untuk menjaga Suzana (Keknis @ Hanis Zalikha). Aman dan Adam nak cuci tangan taknak jadi Gangster dah, tapi dapat tugasan baru. Anak gangster pula cun. Secara automatik mereka terima “job” jadi babysitter tu. Hahahaaha!

Macam-macam perkara berlaku, saksikan keseluruhan filem Gangster Celop di pawagam. 🙂

Gangster-Celop-8

Jom tonton filem ini di pawagam berdekatan anda pada 21 Februari 2013.

Macam-macam adengan kelakar dan lawak. Anda bakal gelak besar. Dari frame gambar si Yus Jambu dengan isteri dia tu dan pengulas berita “TV ku, TV mu jua”. Aishh.. Memang tak boleh duduk diam saya di dalam panggung.

Saya sentiasa menantikan “more and more”, filem ini beri saya ketawa sampai akhir filem. Susah nak dapat filem yang sampai ke penghujungnya ketawa aje. Ketawa berdekah-dekah pula tu.

Kerjasama Excellent Pictures dan Skop Productions ni memberi impak yang mantap kepada industri. Filem bernilai RM 1.7 juta ini bakal menggegarkan panggung pada 21 Februari 2013 di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Tahniah kepada Ahmad Idham yang berjaya mengarah filem ini sebaik mungkin dan Yusof Haslam yang sentiasa membuka peluang kepada syarikat perfileman lain untuk berkolubrasi. 🙂

Barisan pelakon filem Gangster Celop adalah Kamal Adli, Syamsul Yusof, Hanis Zalikha, Yus Jambu, Azad Jazmin, Usop Wilcha, Reen Rahim dan ramai lagi.

Facebook : FilemGangsterCelop

xoxo!

sign5.png

7 comments on “Gangster Celop

    1. rabiatul adawiyah Post author

      hunny kitty > bacalah sayang oi… macam mana nak bagi email.. adoiyai. ada contoh atas tu isi je sama macam tu. jawapan awak apa.. tiket ada lebih. semua yang sertai contest dapat tiket ni. ok?

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge