Halim Othman – Dulu Kini Selamanya

Kalau nak di ikutkan, dah lama juga saya mengikuti perkembangan penyampai radio popular iaitu Halim Othman. Dah berabad kot. Hehehe.

Permulaan saya mendengar radio adalah sewaktu mak memiliki kereta. On je radio pasti radio ERA. Masa tu radio ERA top giler. Top meletop sebab penyampai radio mereka ketika itu pandai memainkan peranan. Suara Halim Othman sangat gemersik kalbu. Digandingkan pula dengan Linda Onn lagi la syok! Cuba teka ketika itu saya berumur berapa tahun? Saya hanya berumur 12 tahun je uols! Nak lagi best apabila mak hadiahkan radio kecil jenama Philips macam alarm tu sempena UPSR dapat keputusan baik. Alarm dan juga radio?Sudah pasti saya 24 jam dengar radio. Bangun pagi dengar suara Halim Othman. Rasa macam semangat nak pergi sekolah. Harharhar.!

Dimana Halim Othman pergi, saya tukar siaran radio tu juga. Dari ERA melompat ke Sinar FM, lepas tu ke Hot FM kejap lepas tu ceria sentiasa di Suria FM. So sekarang saya dengar Suria FM. Hehehe. Linda Onn pun ada! Bagus sangat!

Dek kerana gemersik suara Halim Othman, saya vote Halim Othman untuk Anugerah Penyampai Radio Terbaik dalam Anugerah Bintang Popular dan selama 4 tahun berturut-turut Halim Othman menang! Alhamdulillah.

Kemunculan Halim Othman di Roda Impian barulah saya tahu bagaimana rupa orang yang bernama Halim Othman tu. Segak deh.. Hehehe.

Kini saya dah berumur 26 tahun, berapa pula umur Halim Othman? Dalam 48 tahun kot. Saya mengikuti kerjaya beliau dari tahun 1999 – 2013. 15 tahun dah! Perghhh.. Cepat sungguh masa berlalu.

Walaupun sering dengar suara beliau, tidak berkesempatan pun bertemu dengan Halim Othman di mana-mana event. Even saya ni blogger kan! Hehehe.

Nak dijadikan cerita, dapat juga ketemu Halim Othman sewaktu #DinnerWithShae. Masa tu saya join #DinnerWithShae secara kebetulan je. Sebab bantu abang Budiey. Abang Budiey terlalu busy membahagikan badan beliau untuk hadir event dan untuk membuat liputan artis, agaknya dah rezeki saya bantu kawan-kawan blogger. Dapat juga jumpa Halim Othman, DJ Lin dan Shae. Hehehe.

Halim-Othman-RA

Dapat bergambar dengan Halim Othman, tetapi tidak sempat nak bagi tahu bahawa saya membesar dengan suara gemersik beliau. Terima kasih HO!

Cukup besar tak gambar saya tu!? Kahkahkahkah!

Okaylah selamat bercuti semua!  Gong Xi Fa Cai

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

4 thoughts on “Halim Othman – Dulu Kini Selamanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.