Kedai Kopi Pak Din, Kampar, Perak

      5 Comments on Kedai Kopi Pak Din, Kampar, Perak

Kebiasaan orang Malaysia ni kalau sarapan pagi, pastinya Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kerabu dan Nasi Dagang. Hehehe. Kali ini saya nak ubah selera dengan mencuba menu aneka mee. Mee yang sedap tau. Bukan sebarang mee. Hehehe.

image

Mee Kari – Kedai Kopi Pak Din

Mee Kari dari Kedai Kopi Pak Din tidak menggunakan santan yang banyak, just nice. Bebola ikan, Fish Cake, Taugeh, Tauhu Goreng dan sedikit bawang goreng dah membuatkan anda kenyang!

image

Mihun Kari – Kedai Kopi Pak Din

Mihun Kari juga menggunakan bahan asas sama seperti Mee Kari. Cuma apabila menggunakan mihun, kuah tak berapa serap tapi masih lazat!

image

Mihun Goreng – Kedai Kopi Pak Din

Mihun Goreng style masakan cina iaitu kurang minyak. Sekali selak mihun goreng yang sedang panas ada keluar bau harumm daaa.. perghh..

image

Mee Kicap – Kedai Kopi Pak Din

Ini adalah favorite saya, mee kicap dan soup yong tau fu. Kebiasaan saya makan dengan Pan Mee. Kali ini dengan mee kuning. Soup pula memang ngam dengan mee kicap saya. Layan!

image

Teh Tarik – Kedai Kopi Pak Din

Teh tarik RM 1. Murah kan? Rasa teh zaman dulu-dulu. Sedapp.. Rindu masa dulu tetiba. Hehehe.

image

Kedai Kopi Pak Din

Taukeh kedai (bukan Pak Din ni..). Peramah sangat! Pak Din dah lama meninggal, perniagaan ini disambung oleh isteri, anak-anak dan sedara maranya. Opah Uda. 🙂

Kedai Kopi Pak Din terletak di Pekan Kampar. Kalau anda sudah berada di pekan Kampar, cari simpang ke Pejabat Pos, confirm jumpa. Takpun tempat beli tiket bus kat Pekan Kampar tu. Dah dekat sangat dengan lokasi Kedai Kopi Pak Din.

Kedai Kopi Pak Din

Selamat Mencuba!

xoxo!

sign5.png

5 comments on “Kedai Kopi Pak Din, Kampar, Perak

  1. zaiful

    first bawa wife mkn kt sini,wife pelik tgk mi kari ni.bila dia rasa,wow mabeles giler sampaikan skrg setiap kali blk kg mesti wajib kena mikari pak din.anak lak siap tapau kuah nk hirup kt umah.x puas mkn kt kedai.

    Reply
  2. zaza

    hoho teringat mase student dolu2… sebelum gi tuisyen pekena laksa kat kedai Pak Din… pergh memang marvelous la… dah lame tak pegi situ…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge