Lokasi Baru Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, Shah Alam

Anuar Zain sememangnya penyanyi yang versatil dan mempunyai karisma beliau tersendiri sehinggakan ramai dikalangan peminatnya terdiri dari pelbagai bangsa. Permulaan karier seninya telah membuka mata ramai pendengar dengan lunak suaranya. Bak kata ibu saya, tiada pengganti Anuar Zain walau macam mana pun usaha bakat muda untuk menjadi seperti Anuar Zain mahupun memiliki nada suara seperti beliau.

Terkenal dengan lagu Bila Resah pada tahun 1998 dan membuka mata peminat wanita dengan lagu Keabadian Cinta pada tahun 2002. Walau dimana tahun beliau diangkat, yang pasti tahun 1998 itu saya di darjah 5! Sekarang saya sudah berumur 26 tahun. Saya lah anak kecil yang mengikuti perkembangan Anuar Zain.  Oh Abang Anuar Zain!!! Jika kita bertanya kenapa ramai peminat perempuan minat sangat dengan Anuar Zain? Jawapannya adalah cara beliau menyampaikan lagu-lagu beliau sangat jujur. Sangat menusuk ke hati sanubari. Arggghhh… Ia sukar digambarkan!

Pada 4 Februari 2013, saya telah menghadiri sidang media Konsert Anuar Zain yang bakal diadakan pada 16 Februari 2013.

PC-Konsert-Anuar-Zain-2

Konsert : Anuar Zain – Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari
Tarikh : Sabtu, 16 Feb 2013
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam
Masa : 8.30 malam
Pengurus Konsert : Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia
Tarikh Jualan Tiket : 12 tengah hari, 12th Disember 2012
Jualan Tiket : RM698 (Platinum), RM598 (Gold), RM398 (Silver), RM298 (Bronze), Palladium A & B (Habis)
Ejen Tiket : Ticket Charge (www.ticketcharge.com.my) +603 9222 8811
Kaunter Tiket Exchange : Stadium Malawati , 2pm onwards, 16th Feb
Tiket VIP : Marctensia +603 2092 1199

Anuar mengumumkan ketika sidang media akhir Konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari bahawa konsert mega itu beralih lokasinya ke Stadium Malawati, Shah Alam. “Dengan unit teknikal dan produksi konsert tambahan pula sambutan ulang tahun ke- 30 saya dalam industri muzik bersama peminat, kerana skala yang sebegitu besar, adalah satu perkara yang agak mustahil untuk kami mengemaskan lokasi secepat mungkin bagi memberi laluan untuk majlis yang berlangsung esoknya. Secara logistiknya juga, kami tidak boleh berada di lokasi asal terlalu lama sebagaimana yang telah terancang awal. Daripada menunda tarikh persembahan dan menghampakan semua peminat saya, pihak kami telah menemukan satu lagi lokasi yang serasi dengan tuntutan produksi dan apa yang paling utama, kita raikan malam tarikh 16 Februari dengan gemilang seperti yang dijadualkan sebelum ini”

Anuar dalam siaran medianya juga memohon maaf bagi pihak pengurusan konsert, Anuar Zain Network dan Universal Music Malaysia atas kesulitan yang berlaku akibat perubahan lokasi konsert. Anuar juga menjelaskan pihak pengurusan dan warga kerja TicketCharge berjanji akan menyusun semula semua pemilik tiket mengikut susun atur terkini lokasi.

Warga kerja Ticket Charge kini sedang melaksanakan susun atur tersebut dan bermula 6 Februari (Rabu), wakil dari TicketCharge akan menghubungi semua pemilik tiket yang telah membuat pembelian sebelum ini.

Tiket baru bagi lokasi terkini bakal dibuka untuk pengambilan di pejabat urusan
TicketCharge bermula pada tarikh 6 Februari dan anda juga boleh mendapatkannya di Stadium Malawati pada hari konsert berlangsung. Kaunter penjualan tiket tambahan juga dibuka bermula jam 2.00 petang pada tarikh yang sama. Pihak pengurusan konsert dan TicketCharge amat-amat menghargai kerja sama semua pihak dalam melaksana dan menjayakan perubahan yang sedang berlaku. Semua atau sebarang pengumuman juga info terkini tentang konsert boleh anda dapati dengan memantau info di facebook Anuar Zain FB Page dan laman sesawang TicketCharge di:

www.facebook.com/anuarzainnetwork
www.ticketcharge.com.my
TicketCharge Hotline: +603 9222 8811
VIP Tickets: Marctensia +603 2092 1199

Pihak pengurusan akan memastikan semua pemilik tiket dipandu arah ke kerusi mereka dengan tertib dan teratur, dan Anuar juga berharap agar anda semua memahami betapa dia mahu semua yang hadir menikmati serta meraikan detik berharga bersama ketika berlangsungnya konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta Dan Sanubari.

Anuar juga berharap agar isu pertukaran lokasi tidak mengaburi kisah konsertnya kelak dan dia amat-amat menghargai serta berterima kasih dengan sokongan yang diberikan oleh Media Prima, sebagai media rasmi konsert – TV3, NTV7, Hot FM, Berita Harian dan Harian Metro. Media Hiburan dan Budiey.com juga terlibat sebagai media rasmi untuk konsert ini.

Anuar mengakhiri sidang medianya dengan senyum penuh keyakinan seraya berkata, “fokus kini adalah bagaimana menjayakan konsert dan sambutan ini sebagai satu memori indah bagi saya dan buat peminat tersayang. Bagaimana ia menjadi satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan. Siapalah saya tanpa peminat dan saya sangat-sangat teruja menantikan detik pertemuan kita!”

PC-Konsert-Anuar-Zain-3Walau ada perubahan lokasi, peminat pastinya tiada masalah untuk datang ke Stadium Malawati, Shah Alam kerana kemudahan parking yang banyak dan Anuar Zain lebih dekat dengan peminatnya. InsyaAllah. 🙂

PC-Konsert-Anuar-Zain-4

 

Inilah lelaki itu.. Anuar Zain

PC-Konsert-Anuar-Zain-1

 

Bergambar dengan bunting poster pun jadi lah, sebab saya segan pula nak bergambar dengan Anuar Zain, Karisma dia buat saya respek dia.. Arghhh… One day, pasti bergambar dengan beliau. 🙂

xoxo!

sign5.png

3 thoughts on “Lokasi Baru Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, Shah Alam”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.