Manjakan Diri Anda Sebelum Hari Bahagia Tiba di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre

Zaman sekarang, wanita dan lelaki mengutamakan penjagaan diri dari dalam dan luaran. Pilihan mereka pastinya Spa yang selesa dan servis yang tip top. Saya ingin kongsikan pengalaman saya pertama kali manjakan diri di Spa. Betul, ini adalah pertama kali saya manjakan diri di Spa.

Anjung-Jelita-Spa-7

Saya tidak akan ke Spa jika tiada yang bercerita keseronokan dilayan bagai puteri raja. Even uols puteri raja gopal sekali pun, rambut anda di bersihkan oleh dayang-dayang tau. Heheheehe.

Alhamdulillah saya mempunyai seorang rakan yang menceburi bidang perniagaan Spa. Keberanian beliau dan kecantikan wajah beliau membuatkan saya ingin mencuba servis dari Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. Nama beliau adalah Bella, dulu beliau aktif dalam dunia blogging ni. Pertama kali jumpa beliau di Konsert Paramore tahun 2010 dan persahabatan itu berterusan sehingga hari ini.

Saya kunjungi Anjung Jelita Spa & Beauty Centre beberapa hari sebelum pernikahan. Nasib baik masih ada slot. Yelah, kebiasaan Spa penuh dengan booking pelanggan. Lagi pula last minute. Hehehe. Terima kasih Bella..

Lokasi Anjung Jelita Spa & Beauty Centre terletak betul-betul depan lebuhraya SILK.

Anjung-Jelita-Spa-1

Alamat : 115-1A & 1B (1st Floor), Block G, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, Kajang, 43000 Selangor, Malaysia

No tel : 03-8736 4412

Blok G ni berada di bahagian paling hujung la juga. Parking mudah dan banyak! Senang je nak datang sini. Dulu saya datang guna jalan dalam pekan Kajang. Sekarang dah pandai, guna Highway aje. hehehehe.

Welcome to Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. Musik yang relax, haruman spa yang nyaman. Bagaikan di syurga.. Gitu..

Anjung-Jelita-Spa-6

Anjung-Jelita-Spa-5 Anjung-Jelita-Spa-11 Anjung-Jelita-Spa-9

Jom manjakan diri anda dengan pakej pengantin “Serikandi Hati” yang bernilai RM 455

 

Anjung-Jelita-Spa-2

Setibanya anda di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre, anda akan diberi masa 15 minit untuk merendam kaki agar anda dapat relax dan tenang. Lupakan trafik jem, lupakan masalah anda. Just ikut je apa yang pakej sediakan. Tak payah pening kepala nak tahu selepas ni kena buat apa kan. Ambil pakej, semua dah tersedia untuk anda nikmati aje. 🙂

Kemudian anda akan dibawa ke sebuah bilik untuk salin pakaian anda. Pakai kain batik berkemban. Wiwit. Selesanya… Bersiap sedia untuk Traditional Massage selama 1 jam!

Anjung-Jelita-Spa-3

Di ruang ini anda akan diurut-urut seluruh badan. Sedap gila adik tu urut badan ku. Bayangkanlah, saya dah la plus size. Adik tu kurus je. Dia punya effect massage pergghh.. sampai ke tulang rasa. Rasa urat-urat dah mengembang dan darah mengalir dengan lancarnya. Lepas dah urut, jom ke bilik sauna. Sauna selam 30 minit. Ni sauna dalam bilik tau, buluh style.. Mmmm.. Selesanya..

Dah selesai sauna, Full Body Scrub (Yogurt) pula, ambil masa dalam 45 minit juga nak sapu rata. Untuk scrub ni sapuan dia tak kekuat macam mengurut tu, just manja-manja je sapuan kat kulit seluruh badan.

Selesai Full Body Scrub, mandi bunga la pula.. Yahooo.. I like..

Anjung-Jelita-Spa-4

 

Mandi bunga dalam 45 minit, sebelum mandi saya ada diberi sehelai kertas untuk bacaan doa. Itu adalah tips dari ibunda Bella. Dahulukan dengan membaca surah Al-Fatihah dan doa Nabi Yusuf a.s. Selesai mandi bunga, uols bersihkan diri dari kelopak bunga tu di ruang mandi seperti dibawah.

Anjung-Jelita-Spa-10

 

Selesai bahagian badan, jom manjakan muka uols yang tumbuh jerawat dek stress dengan persiapan perkahwinan. Hehehe.

Anjung-Jelita-Spa-8

Saya memang tidak berapa arif tentang pemilihan pakej facial muka, tetapi khas untuk hari bahagia Anjung Jelita Spa & Beauty Centre sudah sediakan pakej Relaxing Facial (24 k Gold). Relaxing Facial (24k Gold) ni lebih memberi wajah uols glowing.  Macam berseri-seri gitu.

Permulaan facial dimulakan dengan cleanser, lotion, remove white head/blackhead, relax your face dan sunblock di akhirnya. Tidak berapa pasti apa yang diaplikasikan kerana semua bahan organik buatan sendiri dan bau yang tenang buat saya tertidur. Hehehe. Relaxing Facial (24k Gold) ni ambil masa 1 jam juga lah.. Hehehe.

So total keseluruhan saya bermanja di Spa lebih kurang 5 jam. Hehehe. Selesa, seronok dan bertenaga kembali.

Bagi anda yang berminat nak berSpa lepas ni, boleh lah berkunjung ke Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. Spa ini khas untuk kaum wanita / hawa / perempuan / gadis sahaja. Jika anda ingin datang dengan seseorang berjantina lelaki dan mereka ingin menemai anda, silalah batalkan niat itu. Kerana tidak dibenarkan. Spa ini hanya untuk perempuan sahaja. Bagi keselesaan pelanggan lain juga. Ada juga pelanggan wanita yang gemar berlegar-legar dengan berkemban ke ruang tamu. Lagi pula 5 jam tunang / abah / abang / adik lelaki nak tunggu ke? Mereka pasti bad mood dan mood anda selepas bermanja dan relax di Spa kembali stress apabila melihat wajah masam mencuka si peneman. Hahahaha.

Untuk booking sila hubungi  Anjung Jelita Spa & Beauty Centre melalui facebook AnjungJelita atau twitter @AnjungJelita

Selamat berspa. Manjakan diri anda sekali dua minggu agar mental anda seimbang. LOL! 🙂

xoxo!

sign5.png

 

 

9 comments on “Manjakan Diri Anda Sebelum Hari Bahagia Tiba di Anjung Jelita Spa & Beauty Centre

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Anuar > best sangat. Balik rumah pun boleh sambung buat kerja gubah hantaran dengan selesa. Sebelum tu ruby lesu dan idea gubah hantaran asal yang ado je.. hahahaha.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge