Marie France Bodyline – Weight Loss, Slimming and Effectiveness

Marie France Bodyline adalah salah satu pusat penjagaan badan yang kerap didengari di bibir tiap wanita apabila mengalami masalah “kurang cantik” di beberapa bahagian badan. Ada dikalangan kita wanita mengambil berat apabila ada berlaku perubahan bentuk badan, terutamanya adalah di bahagian perut, peha dan lengan. Lemak berlebihan dan mungkin perubahan badan selepas melahirkan bayi. Jadi, jalan mudah adalah menggunakan perkhidmatan pusat pengurusan badan. Ianya mudah, tidak penat dan relax.

Nak dikatakan wanita tidak bersenam dan kuat makan, itu terlalu keterlaluan kerana setiap hari kita berjalan. Pergi kerja, buat kerja rumah, menjaga anak dan memasak. Memasak pula bukannya banyak mana pun, tetapi tetap badan membesar bagai di pam pam. Hehehe.

Bentuk badan wanita sangat unik, kerana ia boleh dilentur walaupun kita sudah berumur. Jika sudah berumur dan melakukan senaman untuk kempiskan perut, bagaimanakah keadaan sit up tersebut? Mungkin menambahkan lipatan di bahagian perut. Ia seperti 6 pax tetapi menjadi hanya 3 pax seperti tayar kereta. Perkara ini saya alami kerana terlalu ingin kempiskan perut sedangkan saya tidak mampu melakukan senaman berat seperti sit up. Saya juga ingin slim tetapi masih ingin mengekalkan saiz payudara dan punggung. Saya tidak mahu slim dalam masa yang sama payudara mengecil dan punggung dan peha juga mengecil. Saya tidak kisah jika peha dan lengan berlemak, asalkan perut saya kempis. Ramping gitu.

Bagaimana ingin mendapatkan bentuk badan seperti yang kita idamkan tanpa terikut-ikut asakan juru runding yang ingin anda mengambil pakej keseluruhan penjagaan badan yang pada asalnya caj keseluruhan rm 5,000 kemudian berubah ke rm 20,000 selepas beberapa sesi. Pujukan juru runding juga mencabar keimanan, kita bukan lahir terus ada duit. Malah kita bekerja untuk kumpul duit. Setiap sen yang keluar adalah penting bagi kita sebagai insan biasa meneruskan kehidupan.

Persoalan diatas terjawab sewaktu saya menghadiri Blogger Workshop “The Woman Behind Women’s Weight Loss Journey” – Slimming Centres and Its Effctiveness” pada 31 Januari 2013 bertempat di Marie France Bodyline, KLCC.

Pengalaman saya telah membuatkan saya takut untuk ke slimming center. Malah saya takut nak jejakkan kaki dimana-mana pusat pengurusan badan. Tidak kira apa jenama sekali pun. Saya dapat rasakan ramai wanita berasa seperti saya juga. Hanya berani menjeling ke arah pusat pengurusan badan, apabila di panggil oleh juru runding, cepat-cepat saya lari. Hahaha.

Disebabkan satu pusat pengurusan badan sudah buat hal, secara automatik pengurusan badan yang lain juga terkena tempias penolakan untuk mencuba malah untuk bertanya pun saya tidak mahu!

Marie-France-Bodyline-5

Dari kiri Mrs Amy Quek Swee Li (Chief Executive Officer (CEO) of Marie France Bodyline) dan Miss Patricia (Emcee)

Kali ini Mari France Bodyline tampil menerangkan bahawa setiap pusat pengurusan bentuk badan mempunyai stratergi pemasaran lain-lain dan Marie France Bodyline juga memiliki stratergi pemasaran yang tidak membebankan wanita. Tiada extra caj selepas tamat sesi. Sebagai contoh sesi pengurusan bentuk badan anda adalah rm 2,000 dan anda tidak akan di asak untuk menambah lagi pakej jika anda tidak suarakan keinginan untuk menambah pakej. Kerana sebagai pengguna kita berhak mendapatkan perkhidmatan yang sewajarnya, jika pelanggan sendiri ingin add-on pakej baru akan dikenakan bayaran seterusnya. Juru runding tidak akan mendesak kerana tiap wanita mempunyai kebimbangan bahagian badan yang ingin “dicantikkan” berlainan. Seperti saya yang hanya ingin kempiskan perut. Tetapi sudah tentu saya akan buat ART treatment bagi tegangkan kulit saya balik. Itu dinamakan caj yang berlainan tanpa asakan juru runding, ia kemahuan dari saya sendiri. Hehehe.

Selain dari ingin tampil cantik dengan bentuk badan menawan tanpa perut berlipat. Saya juga ingin confidence dengan diri saya, agar saya selesa dengan pakaian saya. Ingin cantik untuk diri sendiri, bukan untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri. Itu matlamat saya.

Marie-France-Bodyline-6

 

Mrs Amy Quek Swee Li juga ingin melihat wanita disekelilingnya cantik dan mampu menggunakan perkhidmatan Marie France Bodyline tanpa membebankan kewangan. Kekangan masa membuatkan wanita zaman sekarang lebih suka menghabiskan masa dan wang dengan mengambil ubat perlangsingan badan yang akan memudaratkan sistem dalaman sesorang wanita. Kenapa tidak ke Marie France Bodyline untuk 3 jam sehari atau seminggu untuk manjakan diri anda? Wanita terlalu banyak perkara perlu buat, manjakan diri anda untuk redakan stress dan sekaligus tampil cantik.

Memperkenalkan ART (Acoustic Radial Therapy)

Marie-France-Bodyline-20

 

Saya pasti ramai dikalangan kita memiliki selulit. Gadis dan teruna sebelum berkahwin pun memiliki selulit. Mungkin sebelum ini anda pernah gemuk, apabila pengecutan badan berlaku, kulit pula kendur. ART ini memang sesuai untuk anda yang mementingkan keanjalan kulit. Dibahagian dalam baju boleh kita sorok, apabila selulit berada di bawah lengan, pakai tshirt pun boleh nampak. Wuwuwuwu. 🙁

Bagi anda yang baru lepas melahirkan bayi, servis kembalikan bentuk badan anak dara pun ada. 🙂

Marie-France-Bodyline-21

Mari France Bodyline KLCC Tour

Marie-France-Bodyline-8

 

Marie-France-Bodyline-9

 

Marie-France-Bodyline-10

 

VIP area. 🙂

Marie-France-Bodyline-11

 

Bilik rawatan. Sangat selesa dan tenang.

Marie-France-Bodyline-12

 

Ruang rehat dan urut. Ala-ala spa gitu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan pakej dari Marie France Bodyline, anda boleh click info dibawah :

Website : www.mariefrance.com.my

Facebook : Marie France Bodyline

Cawangan :

Kuala Lumpur

Suria KLCC – LC 407 – 408, 4th Floor, Lot C, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur | Tel : 03-2161 1895

Mid Valley – 37-G The Boulevard, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur | Tel : 03-2283 1622

Ampang – Lot 8, Level 4, Great Eastern Mall, 303 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur | Tel : 03-4253 4253

Selangor

Damansara Utama – 18G Jalan SS21/62, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor | Tel : 03-7729 8576

1 Utama – F318A 1st Floor, One Utama Shopping Centre, Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor | Tel : 03-7728 6333

Subang – 2-1 & 14-1, Jalan USJ 9/5T , 47620 Subang Jaya, Selangor | Tel : 03-8023 5233

Shah Alam – Lot 3F-11, 3rd Floor, SACC Mall, Jalan Perbandaran 14/9, Pusat Bandar Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor | Tel : 03-5510 6899

Bukit Tinggi – No 60, Lorong Batu Nilam 21A, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang, Selangor | Tel : 03-3326 2266

Sunway Pyramid – Unit No. F1-76 (1st Floor), Sunway Pyramid Shopping Mall, No.3 Jalan PJS 11/15, 46150, Petaling Jaya Selangor | Tel : 03-5636 6111

Puchong – D-1-56, 1st Floor, Block D, IOI Boulevard, Jalan Jenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor | Tel : 03-8075 4700

Penang

Gurney Plaza – 170-04-55/56/57, Plaza Gurney, Persiaran Gurney, 10250 Penang | Tel : 04-226 7415

Prai – 1797-1-03, Complex Auto World, Jalan Perusahaan, Juru Interchange, 13600 Prai, Penang | Tel : 04-507 3866

Johor

Plaza Pelangi – Lot 5.03B Level 5, Plaza Pelangi, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor | Tel : 07-333 4644

Bukit Indah – Lot F06, 1st Floor, AEON Bukit Indah Shopping Centre,
No.8, Jalan Indah 15/2, 81200 Bukit Indah, JB, Johor | Tel : 07-232 8870

Perak

Kinta City –  Lot F60A, 1st Floor, Kinta City Shopping Centre, No.2, Jalan Teh Lean Swee, Off Jalan Sultan Azlan Utara, 31400 Ipoh, Perak | Tel : 05-548 2267

Melaka

Mahkota Parade – Lot F51-55, Level 1, Mahkota Parade, No. 1, Jln Merdeka, 75000 Melaka | Tel : 06-286 4050

Pahang 

East Cost Mall – L1-43a, 45 & 46 (Level 1), East Coast Mall, Jalan Putra Square 6, 25000 Kuantan, Pahang | Tel : 09-560 9968

Sabah

Suria Sabah – Lot 2-27, 2-28, 2-28A & 2-29, 2nd Floor, Suria Sabah Shopping Mall, 1, Jalan Tun Fuad Stephens, 88000 KK, Sabah | Tel : 088-485 315

1 Borneo – Lot No. F-820, F820A & F-821A, 1st Flr, 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaiman, 88400 Kota Kinabalu, Sabah | Tel : 088-485 866

Sarawak 

Kuching – Lot 5388 & 5389 Ground Floor, Lorong Lapangan Terbang 1, 93350 Kuching, Sarawak | Tel : 082-571 011

xoxo!

sign5.png

6 thoughts on “Marie France Bodyline – Weight Loss, Slimming and Effectiveness”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.