McDonald’s Prosperity Gives Back

      3 Ulasan pada McDonald’s Prosperity Gives Back

Siapa yang tidak pernah menikmati menu McDonald’s sebelum ini? Saya dari kecil sudah makan McD, selalunya waktu abah dan mak gaji, pasti pergi McDonald’s untuk makan nugget dan main di playground yang ada air cond. Lagi satu selamat sikit bila nampak anak-anak bermain sambil mak abah makan. Kalau playground terbuka selalunya mak dan abah ikut je kemana saya berlari. Kesian mak abah. Hehehe.

Favorite lokasi McD masa kecil adalah di Bangsar. Banyak permainan dan seronok. Bila dah dewasa ni saya kerap Drive Thru sahaja. Masa dah penuh dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Drive Thru penyelamat perut dari berkeroncong.

Baru-baru ini McD telah mengadakan kempen Prosperity Gives Back. Matlamat kempen ini bagi membantu rumah-rumah kebajikan yang terpilih dengan bantuan kewangan. Setiap RM 1 dari pembelian Prosperity Meal akan disalurkan kepada rumah kebajikan. Ia adalah langkah untuk merapatkan hubungan McD dengan masyarakat.

Prosperity-Gives-Back-3

Prosperity-Gives-Back-7

Prosperity-Gives-Back-6

Untuk memeriahkan lagi usaha murni, McDonald’s telah memilih tiga jurucakap iaitu Leya (HotFM), Phat Fabes (FLY FM), Nicholas (One FM) dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran sukarelawan dari kalangan artis iaitu Julie Woon & Megan Tan (8TV Quickie), Dennis Lau (Violin artis), Chelsia Ng (pelakon dan penyanyi) dan kehadiran Ronald McDonald’s maskot!

Prosperity-Gives-Back-1

Acara pembelian Prosperity Meal ini diadakan di McDonald’s Kota Damansara bagi mewakili kesemua restoran McDonald’s yang lain. Lokasi yang stratergik kerana amat dekat dengan rumah saya dan mudah untuk para tetamu hadir kerana McDonald’s di Kota Damansara juga jauh dari kesibukan trafik. 🙂

Acara Prosperity Gives Back ini adalah tahun ketiga diadakan yang pada dulunya pada tahun 2011 berjaya mengumpul RM 286,000 dan wang tersebut berjaya diagihkan kepada 44 buah rumah kebajikan. Manakala bagi tahun 2012 pula McDonald’s berjaya mengumpul RM 395,828.80 dan sekali berjaya mengagihkan kepada 52 buah rumah kebajikan.

Prosperity-Gives-Back-4

“Saya ingin mengucapkan terimakasih kepada rakyat Malaysia yang telah menunjukkan sokongan mereka kepada usaha Prosperity Gives Back – A Weekend Of Sharing. Kerja amal bermula dengan menyumbang kepada masyarakat setempat kita dan Prosperity Gives Back telah memudahkan rakyat Malaysia untuk berbuat demikian,” kata Sarah Casanova, Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia dan Pengurus Serantau McDonald’s Malaysia & Singapura.

Prosperity-Gives-Back-11

Julie Woon sewaktu acara Prosperity Gives Back, saya ambil Julie sebagai contoh sukarelawan bekerja sebagai McD CREW. Setiap sukarelawan akan merasa menjadi juruwang, penyedia makanan, memasak burger, mengambil order di drive thru dan memberi makanan kepada pelanggan di drive thru. 🙂

Prosperity-Gives-Back-2

Alhamdulillah Acara Prosperity Gives Back berjalan lancar pada 19 dan 20 Januari 2013 yang lalu. Untuk tahun 2013 berapa pula McDonald’s dapat kumpul ye????

Ada juga pendapat yang bertanya why not start dengan RM 2 pula. Tetapi bagi saya la kan, saya nak RM 1 tu jadi trending untuk McDonald’s kerana RM 1 tu sangat sinonim dengan prosperity. Dengan hanya sedikir wang, kita dapat bahagiakan mereka yang memerlukan dan bersedekah kepada rumah kebajikan.

Sila layari www.mymcd.com.my/prosperity untuk membaca kisah-kisah yang menyentuh hati ini.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Kempen Prosperity Gives Back dan Prosperity Burger McDonald’s di http://www.facebook.com/My.McDonalds

xoxo!

sign5.png

3 comments on “McDonald’s Prosperity Gives Back

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge