Scented Vanity Trove February 2013 Debut Trove

Wanita atau lelaki pasti suka produk penjagaan diri, tidak kira dari skin care, hair care atau pun hygiene. Kali ini VanityTrove tiba di rumah menggunakan perkhidmata Kangaroo Ekspress. Sebelum ini saya menerima VanityTrove melalu event Pink Carpet pada awal January 2013 yang lalu.

Ini adalah “debut trove” kerana pada bulan ini adalah sambutan Tahun Baru Cina dan juga Hari Kekasih. Walaupun saya tidak menyambut kedua-dua keraian. Tetapi ia tidak membataskan saya memiliki VanityTrove “debut trove” yang hanya bernilai RM 60 .

image

Actually ramai bertanya kepada saya apa sebenarnya Beauty Box ni? Ada banyak company dah di Malaysia menawarkan perkhidmatan seperti ini. Ada mahal, ada murah. Bergantung apa jenis produk yang company itu ingin provide. Beauty box dari VanityTrove ini adalah a bunch of sample kecil-kecil dan disertai dengan produk bersaiz asal dari berlainan brand. Ia menggalakkan kita mencuba dahulu sample, apabila ia sesuai dengan skin care, hair care atau basic routine kita, secara automatik kita akan membeli produk tersebut dengan saiz besar.

Cara Beauty Box ini juga membantu banyak retailer kecantikan mempromosi produk mereka walaupun secara mata kasar tidak ramai pengguna yang ringan tulang untuk mencuba tester di pasaran walaupun diberi secara percuma.

RM 60 anda akan mendapat sample kecil-kecil, produk kecantikan bersaiz asal dan voucher pembelian.

image

image

image

Setiap bulan anda kan menerima kad seperti ini. Di dalam kad ini ada senarai produk yang anda terima dengan lebih detail beserta harga. Memudahkan anda, jika berminat membeli dalam saiz besar.

Senarai produk yang saya dapat untuk beauty box bulan February 2013 adalah seperti berikut :

1. ORIKS Voucher (Purchase Wild Ginseng Twister Essence get 1 unit Wild Ginseng Stemcell BB Cream for FREE (worth RM 108/unit)

2. ORIKS Wild Ginseng Stemcell (Callus) Essence Twister B.B Cream (2 ml x 2 tube)

3. ORIKS Wild Ginseng Stemcell (Callus) Twister Essence (5 ml x 1 tube)

4. b.liv by cellnique Blackheads Sebum Gel (3 ml x 1 tube)

5. System Professional Smoothen Shampoo (30 ml x 1 tube)

6. System Professional Smoothen Mask (30 ml x 1 tube)

7. Benefit The POREfessional (7.5 ml x 1 tube)

8. Di Palomo Tuscan Rose Moisturising Body Wash (25 ml x 1 tube)

9. 2 pieces Almond Chocolate candy. Hehehe.

 

Berikut adalah harga pasaran produk dalam bentuk saiz asal. 🙂

image

image

image

Harga asal Wild Ginseng Stemcell Essence Twister BB Cream bernilai RM 108 (35ml)

image

Harga asal Wild Ginseng Stemcell Twister Essence RM 218 (35 ml)

image

image

 Harga asal System Professional Smoothen Shampoo RM 65 (250 ml)

VanityTrove February 2013

Harga asal System Professional Smoothen Mask RM 100 (200 ml)

VanityTrove February 2013

Harga asal b.LIV Off with those heads Blackheads Sebum Gel RM 139 (30 ml), RM 179.90 (45 ml)

VanityTrove February 2013

 Harga asal Benefit POREfessional rm 115 (22 ml)

VanityTrove February 2013

Harga asal Di Palomo Tuscan Rose Moisturising Body Wash RM 69 (250 ml)

VanityTrove February 2013

Selepas cuba sample, saya berminat untuk memiliki set penjagaan diri dari Di Palomo Tuscan Rose Hand & Body Lotion dan Body Wash yang bernilai RM 69 setiap satu. Hehehe. Wangi..

Masih tidak teruja dengan Beauty Box dari VanityTrove? Jom daftarkan diri anda yang cantik wangi ni di www.vanitytrove.com/my

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Scented Vanity Trove February 2013 Debut Trove

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.