Selera Timur Tengah di Marosh Restaurant, BB Park

Seringkali saya menonton Spice Routes di TV3 dan beberapa kali menelan air liur disebabkan enaknya makanan Middle Eastern ni. Senang cerita makanan dari timur tengah. Saya pula manalah berkesempatan untuk ke negara-negara luar seperti Turki untuk menikmati makanan tersebut. Alhamdulillah saya berada di Malaysia dan kebanyakan restoran arab banyak dan mudah didapati terutamanya di Bukit Bintang.

Kali ini food review bersama 5 sekawan iaitu Christine from Moola, Emily dan bf dan Mike Tan from Malaysia.com.

Marosh-Restaurant-1

Buat kali pertamanya saya merasai makanan arab dan  perasaan teruja tak berhenti sebab orang arab ni rajin betul menghiasi makanan mereka dengan hiasan ukiran timun, tomato, lobak merah dan lemon.

Marosh Restaurant terletak di BB Park yang sememangnya terkenal dengan lokasi perlancongan. Kadang-kadang seperti gathering para pelancong apabila dapat menikmati makanan dari negara mereka sendiri sedangkan mereka berada di Malaysia. Hehehe.

Jom food review selera timur tengah. 🙂

Marosh-Restaurant-Roti-ArabRoti Arab ini dimasak mengguna dapur batu. Ia dimasak fresh apabila ada customer. Enak dimakan waktu suam-suam. Jika roti ini dimakan ketika sejuk ia masih tidak liat, tetapi nikmat berlainan sedikit. Saiz roti arab ni sebesar tapak tangan aje.. FREE untuk pelanggan yang makan di Marosh Restaurant kerana ia sesuai dimakan dengan aneka Salad.

Marosh-Restaurant-Mix-Appetizer-LMix Appetizer Large ini benilai RM 42 kerana terdapat 6 jenis aneka Salad serta special sauce. Ia terdiri daripada Tobbolah, Mutabal, Hommos, Fattosh, Mix Pickle dan Grape Leaf. Ini semua nama menu arab, pasti uols tertanya-tanya apa benda la ni kan.

Toballah adalah sayuran campur bawang dan tomato yang dipotong dadu. Digaul dengan perahan lemon. Daun tu kalau tidak silap itu adalah daun pudina. Tapi entahlah. Rasa macam mint gitu. Gambar Toballah seperti diatas sebelah kiri. Senang cerita seperti kerabu daun pudina. Hehehe.

Mutabal pula timun dan terung. terung dijadikan sauce seperti mayonis. Gambar seperti diatas. Nampak ada timun tu? Itulah Mutabal. Kalau order berasingan RM 16 sahaja.

Hommos pula adalah lobak merah dalam bahasa arab. Sauce yang digunakan adalah dari kekacang. Rasa kekacang dapat digambarkan apabila cicah roti arab bersama sauce tersebut. Ini boleh tahan sedap juga. Hehehe. Kalau order berasingan RM 14 sahaja.

Fattosh pula adalah salad yang mengandungi buah zaitun, sayuran dan special sauce seperti yougurt. Makanan ini enak kerana ada taburan keropok garing di atasnya. Nampak buah zaitun di gambar? Itulah Fattosh. Jika tergigit buah zaitun sebijik tu, masam giler!!!

Mix Pickle dan Grape Leaf digabungkan sekali. Gambar diatas, kalau anda dapat lihat daun yang dibalut rapi itulah Grape Leaf. Ia sesuai dimakan sekali dengan Mix Pickle. Jika anda tahan masam anda sangat sesuai makan menu ni. Hehehee. Mix Pickle dijual RM 11 dan Grape Leaf dijual RM 14 jika anda ingin pesan menu ini berasingan.

Jika anda suka kesemua menu diatas, lebih jimat menikmati Mix Appetizer Large yang bernilai RM 42 tu aje. Boleh makan untuk 6-8 orang. 🙂

Marosh-Restaurant-Fried-KubaFried Kuba ni adalah deep fried bebola daging. Lapisan luar adalah borgul iaitu tepung beras dan isi dalamnya adalah kambing cincang. Rasa rempah yang seimbang dengan daging kambing sememangnya sedap dan rangup. Saya suka! Fried Kuba ni seeloknya belah dua dan kongsi, agar anda tidak terkejut dengan rasa sengatan rempahnya. RM 20 sahaja.

Marosh-Restaurant-Mandy-LambMandy Lamb adalah hidangan paling saya suka. Beras yang digunakan adalah beras basmathi. Rasa nasi tidak terlalu kuat rempahnya seperti nasi beriyani. Macam nasi hujan panas gitu. Daging kambing panggang yang lemak dan lembut membangkitkan selera. Sauce cili yang diadun seperti sauce nasi ayam ternyata ngam sangat dengan tekak Melayu! Sememangnya lazat. Hidangan ini sesuai untuk 1-2 orang kerana nasi yang banyak. RM 35 sepinggan dan kongsi memang sagat berbaloi.

Marosh-Restaurant-Mandy-ChickenMandy Chicken pula hidangan yang kontra dari Mandy Lamb, cuma yang sama adalah sauce dan jenis beras. Kali ini nasi adalah nasi beriyani, ayam paggang yang dipotong 1/2. Setengah ekor ayam sangat besar. Tambahan pula dimakan dengan nasi. Hidangan ini sesuai untuk 1-2 orang. RM 33 sahaja.

Marosh-Restaurant-Marrosh-SaladMarrosh Salad pula adalah salad yang terdiri dari pelbagai sayuran. Ada lada benggala, lobak merah, lemon, daun salad, tomato, timun jepun, buah zaitun, cheese dan special sauce. Bernilai RM 18 dan boleh makan untuk 5-6 orang. Kuantiti banyak dan memang banyak laaa.. Kami pun tak habis.

Marosh-Restaurant-Yogurt-EranKami mencuba minuman yang di syorkan oleh pengusaha restoran. Minuman yang tiptop di Marosh Restaurant adalah Yogurt Eran. Sebutan Eran adalah Airannn.. Saya duk sebut Eran mereka tak faham, sekali Airannn la sebutannya. Yogurt ni memang berbeza sangat dan memang tekak melayu takleh terima. Ibarat minum air laut. Hahaha. Ia yogurt yang rasa masin serta mint. Bayangkan segelas minuman masin diteguk. Arggghh.. Sendawa kuat la nampaknya. Tetapi jika anda ingin cuba minuman ini, disarankan share dengan 4 orang pun dah ok. Confirm boleh habis dan tidak membazir.

Marosh-Restaurant-3Inilah dia pengusaha Marosh Restaurant, Encik Osama. Beliau sentiasa ada di restaurant dan jika anda ingin mencuba pelbagai makanan timur tengah, beliau boleh terangkan dan recommend menu  mana perlu anda cuba. Top makanan di sini adalah Mandy Lamb. 🙂

Lokasi Marosh Restaurant :

Marosh-Restaurant-Map

Marosh Restoran
001R, BB Park, 
Jalan Bukit Bintang,
55100,
KL City, Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Cuisine : Lebanese, Arabic
Waktu operasi : 10 pagi – 2 pagi
Booking0321415167
Restoran ini HALAL.
 
 

P/S : Saya masih tertanya-tanya kenapa orang timur tengah suka makanan masam dan masin. Adakah ia sesuai untuk cuaca disana atau ia mengekalkan kadar isotonik dalam badan?

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5.png

 

 

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

11 thoughts on “Selera Timur Tengah di Marosh Restaurant, BB Park

    Little Puteri

    (July 20, 2013 - 5:33 am)

    wah… nampak menarik.. tak sabar nak gi buka petang ni 😉 … kepada yg nak cuba juga… leh la beli coupon buffet ramadhan kat mydeal yer
    Little Puteri´s last blog post ..K.Rogers Butter CookiesMy Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (July 21, 2013 - 4:56 pm)

      Little Puteri > selamat berbuka puasa dan menjamu selera. 🙂

    Sherry

    (March 4, 2013 - 11:58 am)

    Oh yes ah, must share then i cannot if eat alone. Lol dear no fan of this food. He no try before.

    Sherry

    (March 4, 2013 - 6:39 am)

    Saw got Arab food in food court midvally but no try yet.
    Sherry´s last blog post ..Listen Giveaway!My Profile

    Sherry

    (February 28, 2013 - 1:54 pm)

    Wow roti arab, i no try before. Looks so yummy, wanna try some day

      rabiatul adawiyah

      (March 4, 2013 - 9:39 am)

      Sherry > Love it, and banyak giler kuantiti! Kena share, if not membazir.

    Nurul

    (February 22, 2013 - 6:20 pm)

    Semuanya nampak sedap dan menyelerakan.. sapa peminat makanan dari padang pasir ni mesti suka.. Nurul yg kurang sikit food mcm ni sebab pedas dan penuh dengan rempah ratus.. hehehehe
    Nurul´s last blog post ..Lasertag With RedmummyMy Profile

    syu90

    (February 20, 2013 - 8:34 pm)

    nmpak mcm sedap..suka jugak mkn nasi arab nie..tp sekali sekala je la..hrga bleh thn..
    syu90´s last blog post ..Mini Giveaway by FDMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (February 21, 2013 - 10:12 am)

      syu90 > makanan di restauran arab ni saiz hidangan besar dan banyak. even mahal, ia boleh makan sampai 4 org sepinggan. Melayu mana ada makan banyak sangat. So, bg saya ia berpatutan juga. Cuma bila pergi restauran arab tu mesti tanya apa taste setiap menu. most of it masam masin. kurangkan mencuba benda yang lebih kurang seperti salad tu. dia punya salad macam2 jenis. tapi rasa yang sama. sebab special sauce yang sama. hehehe.

    hazman aka species1980

    (February 20, 2013 - 4:36 pm)

    Menarik nie…. harga agak pricey mungkin sebab area BUKIT BINTANG kot…. kalu portion banyak kira okey la tu….
    hazman aka species1980´s last blog post ..HAZMAN vs FOOD – Royal Arabic Restoran Mikraj NilaiMy Profile

      rabiatul adawiyah

      (February 20, 2013 - 4:38 pm)

      Hazman > ni boleh bawak satu family. Kita bukan makan segunung kan. Memang sesuai untuk makan beramai-ramai if not membazir je.. 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.