Cekal Hati Pelayan Restoran McDonalds

      9 Comments on Cekal Hati Pelayan Restoran McDonalds

Malam tadi selepas tayangan perdana Gila-Gila Remaja 2 di Cathay e@curve sekitar jam 12 tengah malam macam tu. Tiba-tiba perut teringin nak makan Double Beef McPepper™ di McDonalds di Ground Floor tu.

Sewaktu ke kaunter, tiada customer dan staff di kaunter hanya seorang dan yang lain-lain sibuk melakukan kerja pembersihan. Saya dilayan baik sekali. Sambil boleh bergurau dengan pelayan tersebut. Gadis kecil yang berkulit cerah. Sewaktu menyediakan pesanan saya, beliau mendapati Twister Fries sudah masuk angin dan tidak sedap. Mungkin sebab saya customer tengah malam dan tiada customer lain datang sebelum saya. Jadi beliau bertanyakan kepada staff yang memasak Twister Fries tersebut, “sudah berapa lama?”. Rakan beliau memberitahu sebeum jam 12 tadi. Jadi beliau pun segera memberitahu saya, “Akak tunggu 2 minit ya, saya mahu goreng yang baru”. Saya pun cakap “ok, masak sedap-sedap ye”. Sebab saya faham tidak semua orang suka Twister Fries kan. Tapi French Fries McD dah habis dah. Hehehe.

Sementara menantikan Twister Fries yang baru, gadis itu membuang Twister Fries yang sudah lemau. Tiba-tiba ada suara garau-garau lembut menyapa adik tu. “Kenapa buang fries tu, dekat Afrika susah nak dapat dan orang Afrika lagi susah dari kita”. Saya yang disebelah bersama suami sambil menunggu, agak terkejut kerana tiba-tiba masuk dah ada customer membebel macam tu tanpa tahu apa sebab gadis itu membuang fries tersebut.

Disebabkan di dalam kitchen tu agak bising sedikit, gadis itu tidak berapa jelas dengan apa yang dikatakan oleh saudara tadi dan saudara tadi mengulangi persoalan tentang pembaziran dari McDonalds. Tanpa sempat gadis itu menerangkan, beliau pangkah lagi. Sambil mencari komuniti untuk menyokong kata-kata belaiu la kononnya. Saya dan suami segera buat tidak tahu dan gadis itu segera bertanya “Your Order Sir?”.

Ingatkan masuk McD dah set dalam kepala nak makan apa, beliaun membuat pesanan pun lama! Dah selesai ambil order, gadis itu segera menyediakan apa yang patut dan tiba-tiba lelaki tersebut bertanyakan “berapa lama saya perlu tunggu?”. Ehhh.. Saya dengan suami di sebeleh ni punya order pun belum selesai, kau yang baru datang dari planet mana dah memekak dari awal lepas tu tanya bila kau punya boleh siap???

Dan sekali lagi gadis tu ke kaunter untuk bertanyakan “ya sir, apa yang boleh saya bantu? saya kurang jelas tadi.” Lelaki itu terus beremosi “u tak dengar ke? i tanya berapa lama lagi i punya nak siap? i ada movie nak tengok ni.”. Gadis itu menjawab dengan baik sekali “Maaf, saya memang ada masalah pendengaran dan tidak berapa jelas tadi. Cuma 2 minit sahaja lagi encik”. Kemudian gadis itu segera menyediakan saya punya pesanan. Dalam hati saya berkata, kalau dah tahu ada movie malam ni. Makan la pop corn, sibuk nak makan McD. Lepas tu dtg lambat. Serve you right! Hmmm.. Dan terdengarlah suara garau-garau lembut membebel seorang diri. “I cannot accept people yang ada masalah pendengaran kerja sebagai pelayan restoran, menyusahkan customer nak cakap banyak kali”. Husband saya dah rasa nak bagi penumbuk je kat lelaki tu, but saya cakap jangan di alayan PONDAN kekwat tu.

Sewaktu gadis itu memberi semua pesanan saya, saya ucapkan terima kasih. Tetapi mata beliau tidak mahu pandang saya. Namun saya katakan kepada gadis itu, “sabar ye dik”. Terus dia pandang saya, tetapi mata sudah berkaca berlinangan air mata.

Insiden ini berlaku dalam masa 5-7 minit di kaunter, dari saya masuk kedai, membuat pesanan, mendengar PONDAN membebel dan seterusnya menerima pesanan.

Kenapa masih ada lagi manusia bergelar PONDAN yang poyo? MasyaAllah seriously saya terkilan, kerana saya mempunyai kawan-kawan lembut sebegini ramai sangat. Mereka baik-baik dan sangat gentleman. Hormat orang sekeliling dan saya selesa bersama mereka. Tetapi pondan malam tadi, saya tidak tahu beliau dari planet mana.

Saya juga penah bekerja di bahagian F&B sama seperti gadis itu. Saya faham perasaan beliau, terikat dengan quote “customer always right”, managment SOP dan HACCP. Bagi saya, beliau tidak melayan argument PONDAN itu sudah cukup bagus. Kalau diikutkan saya masa kerja dulu ada juga bergaduh dengan customer. Hahaha! Nasib baik la Store Manager saya baik! Field Manager pun sporting. CCTV lah penyelamat saya dan CCTV lah menjadi bahan bukti, saya juga staff yang bagus. Huhuhu. Rugi la mereka berhentikan saya kerja kerana customer bodoh kan. Tapi itu dulu. Masa mula-mula mencari pengalaman.

Diharap gadis itu tabah. Penulisan ini jika dibaca oleh Golden Arches Restaurants Sdn Bhd, silalah buat kelas “cekal hati”. hehehe.

xoxo!

sign5.png

9 comments on “Cekal Hati Pelayan Restoran McDonalds

    1. rabiatul adawiyah Post author

      Nurul > tulah, dah le penat keje dari siang. bila nak closing shift ada pula drama swasta kena layan. sian kan..

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      mrpolie > sabar separuh dari iman. hehehe.. cabaran bekerja hadap muka customer cam tu le…

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      KiD > pengalaman tu le membuatkan kita faham rasa malu dan bengang bila customer poyo kan. hmmm…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge