Gila-Gila Remaja 2

      3 Comments on Gila-Gila Remaja 2

Filem Gila-Gila Remaja pada suatu masa dahulu adalah filem yang menaikkan nama pelakon seperti Faizal Hussein dan Rosyam Nor. Mereka waktu itu muda sangat. Diantara pelakon yang berjaya menarik perhatian jiwa gadis-gadis comel Malaysia. Hahaha.

Gila-Gila-Remaja-Poster

Pada 20 March 2013 saya telah hadir ke sidang media Gila-Gila Remaja di Cathay e@curve. Disini, banyak info berkenaan filem saya dapat dengan lebih jelas. Diantara pelakon yang hadir adalah Faralyna Idris, Fizz Fairuz dan Satiya. Manakala pengarah Encik Naga (F.D.A.M), Dr. Jaya Shanker dan tetamu kehormat YBhg Encik Nasir Dato’ Ahmad Nawab juga turut hadir.

Gila-Gila Remaja 2

Sidang Media Gila-Gila Remaja 2

Pelakon Malaysia

Dari Kiri En Naga, Dr Jaya Shanker, Encik Nasir Dato’ Ahmad Nawab, Faralyna Idris, Fizz Fairuz, Satiya

Kini Filem Gila-Gila Remaja 2 pula muncul dengan 100% jalan cerita yang berbeza seperti Gila-Gila Remaja 1996 dahulu. Nama filem diambil sebagai Gila-Gila Remaja 2 kerana ingin berkongsi dengan penonton bagaimana kehidupan remaja. Seperti biasa, alam percintaan, kolej dan kekeluargaan di angkat di dalam filem ini.

Sinopsis filem ini adalah kisah percintaan tiga segi remaja yang mengakibatkan pergolakan persahabatan, kekeluargaan dan dendam. Afiq (Hairul Azreen) pemuda yang berasal dari keluarga kaya dan meminati sukan permotoran motor cross. Musuh ketat si Afiq ni adalah Kris (Hanis Kamal) kerana Kris meminati Erna (Bella Dally) iaitu teman wanita Afiq pada mulanya. Kemudian kehadiran pelajar baru iaitu Lisa (Faralyna Idris) membuatkan Afiq mula menyukai Lisa. Perkara itu dihidu oleh Erna dan beliau mula merancang sesuatu selepas tersebarnya cerita percintaan diantara Afiq dan Lisa. Kris yang sememangnya tidak menyukai Afiq dipergunakan oleh Erna yang kononnya akan menerima Kris sebagai kekasih. Abang Lisa (Fizz Fairuz) sering menasihati Lisa agar berhati-hati tetapi sering dimanjakan oleh abang saudara Lisa (Taiyuddin Bakar). Pelbagai insiden berlaku dan pastinya anda semua teruja dengan lakonan bersungguh-sungguh mereka ni.

Bagi saya jalan cerita filem ini sangat menarik, kerana pemilihan pelakon yang tepat. Penghayatan watak dan aksi yang dilakukan membuatkan saya teruja. Cuma menjadi permasalahan dalam filem ini adalah bahagian suntingan. Muzik sentiasa berkumandang dan sangat menganggu perhatian penonton. Manakala suntingan babak diantara satu situasi ke situasi lain agak bercelaru. Sayanglah bila watak dan eksperisi muka dah tip top tetapi suntingan tidak berapa kena.

Komen saya berkenaan filem ini telus kerana ia adalah tanda saya sokong industri perfileman Malaysia. Tambahan pula filem Gila-Gila Remaja ini diarah oleh pengarah yang sama pada tahun 1996. Jadi, untuk tahun 2013 kelainan perlu ada dari segi suntingan.  Teguran membina dari saya. 🙂

Walau apa pun filem ini bagus. Para pelakon utama dan pelakon tambahan memberi jiwa yang bagus dalam filem ini. Tahniah Lackshaea Productions!

Gila-Gila Remaja 2

Rabiatul Adawiyah bersama Satiya (Baby Face)

Gila-Gila Remaja 2

Rabiatul Adawiyah bersama Faralyna Idris

xoxo!

sign5.png

 

3 comments on “Gila-Gila Remaja 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge