IP Man The Final Fight

Lagenda Mahaguru IP Man sememangnya tidak asing lagi kerana ia telah diangkat menjadi filem dan membuatkan ramai dikalangan kita teruja dengan seni pertahanan diri Wing Chun. Dari IP Man lakonan Donnie Yen yang suatu ketika dulu membawa watak IP Man zaman muda. Kini IP Man The Final Fight adalah biography terakhir Mahaguru IP Man pada zaman 1960 dan IP Man diteraju oleh pelakon Hong Kong iaitu Anthony Wong.

Anthony Wong
Anthony Wong sebagai Mahaguru IP Man

IP Man The Final Fight adalah filem aksi yang tidak menghampakan dan lebih banyak “wow factor”! Anda akan dapat lihat dari segi grafik dan lokasi Hong Kong pada zaman dahulu yang dibina juga sangat “real”.

Hong Kong 1960
Hong Kong 1960 yang dibina khas untuk rakaman IP Man The Final Fight
IP Man
Mahaguru IP Man sewaktu tiba di Hong Kong sekitar tahun 1959

Filem ini semestinya berkisahkan biografi seorang Mahaguru IP Man tetapi di dalam filem ini banyak nilai-nilai kekeluargaan di tonjolkan dan kesabaran seorang Mahaguru yang tidak mahu menggunakan seni pertahanan diri sebagai sumber pencarian wang untuk kehidupan. Beliau lebih rela jika ada pelajar yang hadir bertanya ingin belajar, maka barulah beliau mengajar seni pertahanan diri Wing Chun.

Permasalahan pelajar apabila sudah tahu seni pertahanan diri dan mula berlagak menjadi samseng yang sememangnya Mahaguru tidak suka. “Jika saya ajar kamu berenang, adakah kamu akan berenang sejauh mungkin dan adakah kamu akan menyelamatkan orang yang tidak tahu berenang? atau kamu tolak orang lain ke dalam laut?” Kata-kata ini menggambarkan bahawa, seni pertahanan diri tak kira lah kita belajar seni pertahanan diri yang mana pun, niat adalah untuk pertahankan diri dan bantu orang dalam kesusahan. Jangan pula membuat orang lain mati pula.

Dalam filem ini juga menunjukkan walaupun ada sekolah pertahanan diri lain juga mengajar pelbagai seni pertahanan diri, jangan sesekali mecari fasal tanpa sebab. Tetapi sememangnya pelajar sekolah lain lagi samseng dari pelajar Mahaguru IP Man. Bila bergaduh sedikit, pelajar sekolah lain memberitahu kepada Mahaguru mereka bahawa pelajar Mahaguru IP Man yang mencari fasal. Dari situ jugalah Mahaguru IP Man berkenalan dengan Mahaguru Ng yang dilakonkan oleh Eric Tsang yang terkenal dengan muka gembira. Agak kelakar bila kemunculan Eric Tsang, kerana saya dibesarkan dengan rancangan lawak beliau di TVBS tu.

Eric Tsang dan Anthony Wong
Eric Tsang dan Anthony Wong / Mahaguru Ng dan Mahaguru IP Man

Selepas “berkenalan” dengan Mahaguru Ng, mereka saling membantu satu sama lain seperti di pertandingan Naga dibawah.

IP Man The FInal Fight
Sewaktu di Pertandingan Naga

Mahaguru IP Man sememangnya suka mengembara, meninggalkan anak dan isteri di Fushan. Isteri beliau datang ke Hong Kong menemani Mahaguru IP Man. Seronok melihat cara mereka melampiaskan rindu. Sampaikan tidur malam dihabiskan dengan melihat muka suami dan isteri. Masa tu saya rasa sedih pula tetiba. Hehehe. Isteri Mahaguru IP Man berada di Hong Kong agak lama juga, sehinggalah berlaku rusuhan di Hong Kong. Isteri Mahaguru IP Man pulang ke Fushan. Tetapi isteri Mahaguru IP Man meninggal dunia selepas beberapa bulan. Masa inilah Mahaguru IP Man menjadi hilang ingatan sekejap. Tidak kenal pelajar dan ambil masa lama untuk pulih kerana sedih kehilangan isteri tercinta.

Anita Yuen
Puan IP Man / Anita Yuen

Mahaguru IP Man menyuruh anak beliau merakam seni pertahanan Wing Chun. Video itulah kita semua lihat pada masa kini. Sedih pula.

Mahaguru IP Man sewaktu merakamkan seni pertahanan diri Wing Cun menggunakan blok kayu
Mahaguru IP Man sewaktu merakamkan seni pertahanan diri Wing Cun menggunakan blok kayu

Ada banyak lagi cerita di dalam filem ini, dari segi pelajar yang membuka sekolah Wing Chun tanpa diberitahu bahawa berhadapan dengan sekolah Mahaguru IP Man. Tetapi Mahaguru IP Man rilek je. Jadi, saya tidak mahu rosakkan mood anda untuk menonton filem IP Man The Final Fight.

Selamat menonton! Pasti anda suka!

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

9 thoughts on “IP Man The Final Fight

    Syukri Tahir

    (May 16, 2013 - 2:42 pm)

    aksi ninja atau kungfu best belaka… phewww
    Syukri Tahir´s last blog post ..Cara Kenali 24 Ciri-Ciri Orang Mencintaimu Dalam DiamMy Profile

    Sherry

    (April 21, 2013 - 9:55 am)

    I want ask my bro if he watch movie this already or not

    penaberkala

    (April 19, 2013 - 8:14 pm)

    uishh, dah tengok ke filem ni?
    banyak tak aksi kungsu?
    mesti tak banyak macam filem2 awal dulu kan?
    penaberkala´s last blog post ..SARAWAK CULTURAL VILLAGEMy Profile

    Sherry

    (April 4, 2013 - 7:45 am)

    Hehe.. Chinese kungfu
    Sherry´s last blog post ..How to Comfortably Find Single Seniors in Your AreaMy Profile

    Nurul

    (April 2, 2013 - 12:18 pm)

    Dasyat lah sampai kena bina set baru.. mesti byk modal dipakai untuk filem ni kan.. Suka tgk bandar dia tu, memang betul2 macam zaman org2 lama… Cantik..
    Nurul´s last blog post ..Wordless Wednesday : Udang Tempura, Saya Berjaya!!My Profile

    Blair

    (March 30, 2013 - 2:57 pm)

    Wow, they must have poured a lot of moolah into making that set! I watched the previous movies starring Donnie Yen… such a shame that he’s not in this version!

    And it was nice meeting you at the Salvatore Ferragomo event ^^

    Sherry

    (March 28, 2013 - 3:13 pm)

    No watch this yet, son no interest

    Ladfe Amir

    (March 28, 2013 - 11:46 am)

    bruce lee ada ke dalam filem ni sebagai murid Grandmaster Ip Man.

    masa Ip Man2 bersaing dengan Iron man2 kat pawagam..semua puji Ip Man2 jauh lebih baik moralnya berbanding Iron Man2.

    Memang filem Ip Man memperkenalkan kita kepada Grandmaster Ip Man dan Wing Chun.
    Ladfe Amir´s last blog post ..Jangan Ganggu TidurkuMy Profile

    syu90

    (March 28, 2013 - 10:51 am)

    x minat sgt movie mcm nie..dlu ada tgk jgk drama dia..
    syu90´s last blog post ..Pencarian Bloglist Blog Bila Jari Mula MenaipMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.