Pregnancy 101 : Ovulasi Dan Kehamilan

      28 Comments on Pregnancy 101 : Ovulasi Dan Kehamilan

Hehehe.. Hari ini tetiba nak share berkenaan topik begini. Info Kesihatan bak kata doktor perbidanan peribadi saya.

Selepas nikah, pastinya excited untuk menanti perkabaran kehamilan dan sememangnya dinantikan oleh setiap pasangan yang sudah berumahtangga di dunia ini. Yelah, biar ada seorang anak dulu, manakala untuk anak seterusnya boleh dirancang. Sebab faktor ekonomi dan perhatian kepada anak perlu di ambil berat. Jika saya ibu bapa muda yang aktif bekerja untuk kukuhkan kewangan keluarga, anak seterusnya ON aje.

Lagi satu, masyarakat sekarang ini juga sibuk nak bercerita jaga tepi kain orang tentang kesuburan sesebuah keluarga baru. Yelah, kalau belum mengandung lagi pasti ada je mulut-mulut “longkang” yang bersuara. Itu baru masyarakat, dikalangan ahli keluarga juga berlaku. Membeza-bezakan dikalangan adik beradik ipar duai kan.. Hmm.. Lumrah kehidupan. Jangan marah kalau si empunya badan enggan pulang ke kampung mertua. Saya ingatkan perkara begini berlaku di rancangan bual bicara Wanita Hari Ini sahaja, tetapi realiti pun ada. Semoga sahabat wanita saya di luar sana kuat semangat. 🙂

Okay, berbalik kepada tajuk Ovulasi dan Kehamilan. Saya akui saya mula ambil berat kitar haid saya 2 bulan sebelum saya bernikah. Persediaan lah konon-kononnya. Tapi ada juga terlupa. Hahaha. Tetapi nasib baik zaman saya ni dah ada apps dari Android Play Store. Saya download WomanLog Calendar. Apps ini PERCUMA, jika anda ingin berbayar pun ada WomanLogPro Calendar. Bagi saya apps ini sangat membantu, sebab saya lebih banyak masa bersama telefon pintar.

Bila ada apps ini, saya tahu bila waktu subur dan waktu haid seterusnya tanpa terkejut-kejut macam zaman sekolah dulu tatkala kebocoran berlaku. Hahahhaa! Walaupun kempen komuniti oleh Kotex semasa saya sekolah dulu siap bagi buku untuk saya catat waktu haid semua tu, saya tidak amalkan. Jadi bila apps dah beri peringatan waktu haid bermula dan waktu ramalan ovulasi, silalah bersedia. Samada ingin mengandung atau tidak. Kedua-duanya perlu di ambil perhatian. Hehehe.

Kehamilan bagi pengalaman saya pula. Saya tidak pernah terfikir pun bahawa saya akan hamil cepat sangat, sehinggakan saya tidak tahu bahawa saya hamil. Saya tahu saya hamil apabila saya mengalami simptom loya muntah dan pening kepala. Tetapi bila simptom itu dah berkurangan, saya terlupa bahawa saya hamil. Saya pergi kerja seperti biasa, lasak sana sini dan akhirnya tumpah darah. Bagi saya Allah s.w.t akan memberi yang lebih baik dan saya mula muhasabah diri. Lagi pula saya sering sibuk dan ekonomi kewangan pasangan baru berkahwin tunggang langgang sikit. Waktu itu juga ada musibah berlaku. Hmm.. Ilmu pengetahuan amat penting bagi yang berumahtangga. Bahan bacaan perlu ditambah dan rajin google forum yang membincangkan isu kekeluargaan dan kehamilan.

Saya juga seperti anda yang memiliki banyak UPT (Urine Pregnancy Test) di rumah. Dari jenama Watson’s, Guardian, Deep N Tell dan paling mahal Clear Blue. Hahaha. Bila dah berlaku tumpah darah, saya sering juga buat UPT apabila haid lambat sehari tetapi keputusan UPT negatif. Sekarang saya dah pandai sikit, melalui bahan bacaan saya kumpulkan dari blog dan forum. Jika ingin buat UPT, lebih elok selepas haid lewat seminggu. Jika masih negatif, jumpa doktor untuk lakukan ultra sound. Tetapi disarankan ultra sound dilakukan pada usia kandungan 8 minggu bagi mengenalpasti sama ada anda mengandung atau tidak. Pemeriksaan ultra sound ini untuk memastikan kedudukan kandungan dan mengetahui sama ada kandungan anda jenis apa. Mungkin di luar rahim atau ekoptik /kandungan anggur atau molar / keguguran. Harap-harap normal lah hendaknya. 🙂

Manakala jika UPT positif, boleh la berjumpa doktor. Kebiasaan doktor akan tanya, bila tarikh hari pertama bagi haid terakhir anda. Ada wanita yang blur dengan soalan ini, mungkin kerana simpton kehamilan membuatkan mereka blur. Hehehe.

Sebagai contoh, lihat kalendar kesuburan dibawah. Hehehe.

mensturation february 2013 calendar

mensturation march 2013 calendar

Soalan doktor, “bilakah tarikh pertama bagi haid terakhir anda?” Anda perlu jawab “12 February 2013“. Kerana kiraan waktu kelahiran akan dimulakan dari tarikh tersebut dan perbezaan hari hanya 1 minggu awal atau lambat sahaja. Memang la bukan tarikh yang tepat, tapi ia bagus untuk persediaan si ibu.

Untuk menentukan anda mengandung pula begini caranya. Pada kalendar bulan March 2013, kitaran haid anda bermula pada 12 March 2013 tetapi darah haid tiada. Kalau diikutkan perkiraan dah lewat, pada hari ini (14 March 2013) haid sudah lewat 3 hari. Jadi, jangan excited dulu. Tunggu lagi 4 hari. Cukupkan 7 hari, kemudian baru buat pemeriksaan UPT dengan rangkaian UPT test anda miliki. Hahaha.

Tahniah jika anda mengandung! Jika keputusan negatif, silalah berjumpa doktor untuk lakukan ultra sound. Peringatan, lakukan ultra sound pada minggu ke-8 ye.

Kiraan minggu mengandung pula bukan dari tarikh pertama haid seperti 12 February 2013 – 19 February 2013 dah 1 minggu. Masa tu persenyawaan belom berlaku. Hahaha. Kebanyakan wanita selepas 2 atau 3 hari dah rasa bersih dari darah haid baru mereka manja-manja mendekati suami.

Jadi, untuk mengetahui berapa minggu anda mengandung. Ambil tarikh pertama bagi haid terakhir, iaitu 12 February 2013. Kira 14 hari selepas tarikh tersebut. Maka pada 26 February 2013 adalah bermula anda boleh kira berapa minggu kandungan anda.

 

Trimester Pertama
 
Bulan Pertama
26 Feb 2013 – 5 Mar 2013 : 1 minggu
5 Mar 2013 – 12 Mar 2013 : 2 minggu
12 Mar 2013 – 19 Mar 2013 : 3 minggu
19 Mar 2013 – 26 Mar 2013 : 4 minggu
 
Bulan Kedua
26 Mar 2013 – 2 April 2013 : 5 minggu
2 April 2013 – 9 April 2013 : 6 minggu
9 April 2013 – 16 April 2013 : 7 minggu
16 April 2013 – 23 April 2013 : 8 minggu (waktu sesuai untuk lakukan ultra sound)
 
Bulan Ketiga
23 April 2013 – 30 April 2013 : 9 minggu
30 April 2013 – 7 Mei 2013 : 10 minggu
7 Mei 2013 – 14 Mei 2013 : 11 minggu
14 Mei 2013 – 21 Mei 2013 : 12 minggu
 
Trimester Kedua
 
Bulan Keempat
21 Mei 2013 – 28 Mei 2013 : 13 minggu
28 Mei 2013 – 4 Jun 2013 : 14 minggu
4 Jun 2013 – 11 Jun 2013 : 15 minggu
11 Jun 2013 – 18 Jun 2013 : 16 minggu
 
Bulan Kelima
18 Jun 2013 – 25 Jun 2013 : 17 minggu
25 Jun 2013 – 2 July 2013 : 18 minggu
2 July 2013 – 9 July 2013 : 19 minggu
9 July 2013 – 16 July 2013 : 20 minggu
 
Bulan Keenam
16 July 2013 – 23 July 2013 : 21 minggu
23 July 2013 – 30 July 2013 : 22 minggu
30 July 2013 – 6 Aug 2013 : 23 minggu
6 Aug 2013 – 13 Aug 2013 : 24 minggu
 
Bulan Ketujuh
13 Aug 2013 – 20 Aug 2013 : 25 minggu
20 Aug 2013 – 27 Aug 2013 : 26 minggu
27 Aug 2013 – 3 September 2013 : 27 minggu
3 September 2013 – 10 September 2013 : 28 minggu
 
Trimester Ketiga
 
Bulan Kelapan
10 September 2013 – 17 September 2013 : 29 minggu
24 September 2013 – 1 Oktober 2013 : 30 minggu
1 Oktober 2013 – 8 Oktober 2013 : 31 minggu
8 Oktober 2013 – 15 Oktober 2013 : 32 minggu
 
Bulan Kesembilan
15 Oktober 2013 – 22 Oktober 2013 : 33 minggu
22 Oktober 2013 – 29 Oktober 2013 : 34 minggu
29 Oktober 2013 – 5 November 2013 : 35 minggu
5 November 2013 – 12 November 2013 : 36 minggu
 
Persediaan Bersalin.  Good luck!
12 November 2013 – 19 November 2013
 

Ada juga kiraan doktor dari tarikh hari pertama bagi haid terakhir anda. 12 February 2013 – 14 March 2013 bersamaan 4 minggu lebih. Tetapi sebaiknya anda catat tarikh haid pertama dan kira sampai 14 hari. Sebenarnya 14 hari selepas haid juga adalah hari anda subur. Subur sangat-sangat tau. Hehehe.

Penulisan ini hanya perkongsian saya sahaja. Anggap ia sebagai ilmu. Semoga ia membantu kita semua. Amin.

xoxo!

sign5.png

 
 
 

 

28 comments on “Pregnancy 101 : Ovulasi Dan Kehamilan

  1. Roses

    aku lmbt haid 6 hari sudah . bulan 10 tu keguguran 7-10-16 . n then dtg prio blik 4-11-16. genap 28 hari cycle. skg xdtg lg .. hm , risau . tp agak mustahil jga kan kalau mgndung .

    Reply
  2. Alice

    Sy bsama dgn suami sy pd bulan 4 dan ada mgalami haid mcm biasa tp pd bulan 5 sy blum haid lg..ada mslah hormon ke tu?

    Reply
  3. Mila

    Saya nak tanya,selepas bsama suami dan bberpa mggu slpas itu sy ada priod…tp pd bulan strusnya blum ada lagi lah..mgkin lmbat atau ada mslah hormon?

    Reply
  4. Nur

    Salam sis sy confius..first day dtg period 30-11-2015 tarikh sepatutnya dtg period sepatutnya date 30-12-2015 ke? Sekarang dh 5-1-2016 xdtg pn period last bulan 11 tu 8-11-2015 dtg blan jugak kira bulan 11 2x dtg period..pening jugak hubby dok tnya pregnant ke?dh cek upt ke x?

    Reply
  5. fiza

    As salam. Nak tanya la sis. Sy ni 1st day untuk last period 12.n0v.2015. So td check alhamdulilah. . .preggy. .doctor tanya. Hari 1st last period .sy jawb 12. N0v. Tp sy rasa kalo kt bg tarikh 2 mcm x logik plak doc kate dh 6 week start dr tarikh 12.n0v. Kan kita bru je peod xkn la kira dr start period (12.n0v.)
    So ble nk wat buku nanti sy nk bg tarikh 19.n0v.2015. Iaitu seminggu dr tarikh 1st last peod. boleh ke mcm 2. Sebb masa anak 1st sy overdue.dr due date 6.9 overdue sampai 15.9 bby xnk kuar n sy xrasa sakit pun.memang x sampai masa lg sy rasa.dh xpasal kne bedah. .aish. .

    Reply
    1. Ruby Post author

      Salam Fiza, Estimate Due Date tu hanya jangkaan dari doktor je. Bila nak bersalin tu pun saya sendiri tak pasti, sebab urusan Allah s.w.t. Saya lagi la bersalin awal 32 minggu. Even normal labour tapi siksanya nak kena suntikan dexa dan hold baby. Tapi still baby nak keluar juga. Hahaha. Jadi, sebagai ibu hamil. Kita kena sentiasa ready. Standby je sebarang kemungkinan. Agar kita bersedia, mungkin masa bersalin kita tiada siapa-siapa yang faham situasi. Jadi, kita sendiri kena kuat demia anak. Enjoy your pregnancy k. Tak perlu risau bagaimana dan bila akan bersalin. InsyaAllah semuanya akan baik.

      Reply
  6. NHumaira

    good info . I just nk tnya . I kawen 28/2/2015 lagi 10 hari je lagi nak period . 10/3/2015 da mula period da . Abis pd 14/3 . So lately nie asyik pening jeee . 23/3 da mula muntah2 sakit pinggang bila pergi klinik doktor just ckp perut masuk angin jee . Selera mkn pown da berkurangan . Xpuas hati dgn klinik tu balik beli plak UPT bila i check negatif plak . Keliru laaa . Ada kah itu tanda2 pegnen ye ?

    Reply
  7. Hidayah

    Salam sis nk tnye sy baru kawin bln 12/12/2014 dh time tuh sy baru hbs period kire time subur so sy konon2 nk bunting pelamin tp alangkah kecewanye pada 11/1/2015 dan hbs pada 16/1/2015 skrang nie sy masih tgu period bln nie..sy xde la pelik2 cume kerap sakit perut pinggang..dn kerap rase letih dn xbermaya dh bpe kali check upt hasil nye negatif..perlu sy tgu 2minggu lagi dan check semula

    Reply
    1. Ruby Post author

      Hidayah, akak rasa macam peknen je tu. pastikan tak makan makananan tajam (nanas), pedas dan sangat manis ke. aktiviti lasak pun jangan buat. mana la tau kot kot peknen. jadi, dah berjaga-jaga awal skit. akak dulu tak tau peknen, dah melompat dan hiking. terus miscarriage. sebab tak expect pun hamil. huhu. jaga pemakanan dan aktiviti. teruskan folic acid. 🙂

      Reply
  8. jack

    Selamat Pagi…
    keliru sangat sya.. first haid pada 18/10/2014 sehingga kini belum haid2 lg. Sya sda pergi jumpa doktor buat ultra saund ttp keputusan yg d beri doktor agak mengecewakan.. tiada sebarang gambaran kantung janin. Malahan doktor tu bagj sya ubat norethisterone 5mg..
    jack´s last blog post ..Revolusi Blog Ruby.MyMy Profile

    Reply
  9. zura

    Kalau period sy bulan 10 kuar pada 25.10.13 kering pada 31.10.13 ,bulan 11 xde smpai harini 16.12.13 pun xde mcm mane nk kire ye,perlu ke sy bjumpe doktor

    Reply
    1. Ruby Post author

      Zura jumpa doktor, nanti doktor ajar macam mana nak kira semua tu. download apps womanlog kat google play store agar boleh kira cycle haid dengan lebih mudah. kalau boleh kiraan dah start dr ogos, september dan oktober lagi bagus. so boleh tahu normal cycle dan kesuburan. 🙂

      Reply
  10. Nurul

    Mulut2 lonkang tu memang dah normal dalam kehidupan.. Pekakkan dan tulikan telinga jer.. kalau kita ambik kisah dgn kata2 org sampai bila pun kt x berjaya.. betul tak.. tq for the info Ruby.. 🙂
    Nurul´s last blog post ..Holiday LangkawiMy Profile

    Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Oneblogsocial > tulah kekadang tak tentu juga. cuma kiraan ni untuk beri si ibu lebih bersedia. hehee.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge