Pemenang dan Persembahan di Bella Awards 2013

Buat julung kalinya, Bella Awards telah diadakan di Malaysia. Nama Bella ni sangat sinonim bagi wanita. Terima kasih kepada pihak NTV7 kerana sudi menjemput saya selaku Glitters. Bukan Media ye, tetapi Glitters. Malangnya pakaian ku tidak la se-Glitters nama itu. Hahahaa.

Anugerah Bella Awards ini berlangsung di Royale Chulan Kuala Lumpur. Memandangkan pada jam 10 pagi saya ada Beauty Workshop bersama L’occitane di Pavilion KL. Jadi saya pun plan my journey pada hari tersebut dengan baiknya. Memandu kereta ke Pavilion KL dan parking disana. OMG! Mahal parking di Pavilion KL. Tetapi flate rate RM 15 sahaja. So dari 10 pagi sampai 2.30 petang di Pavilion KL. Lunch semua sekali siap. Kemudian pergi Royale Chulan, jam 3 petang sampai dan ada Press Conference. On time sampai uols! Flate rate parking Royale Chulan RM 8 sahaja. Alhamdulillah. Jimat! 3 petang sampai 12 tgh malam. Bayangkanlah.!

Gambar sewaktu Press Conference bersama Maliq & D’Essentials, Rossa dan Ronan Keating.

Bella-Awards-2013-1

Maliq & D’Essentials

Bella-Awards-2013-3

Rossa

Bella-Awards-2013-2

Ronan Keating

Bella Awards 2013 menampilkan acara fashion dan paling best host Bella Awards ni memperagakan pelbagai pakaian dari top designer. Tiap darinya sangat exclusive. Awal acara di serikan dengan Fashion Rocks Rising Star yang saya kagum dengan penampilan Nasha Aziz, Amber Chia dan Soo Wncci. Cantiknya!!

Bella-Awards-2013-4

Daphne Iking, Hand Isaac, Elaine Daily dan Vanessa Chong

Bella-Awards-2013-5

Dr Premitha Damodaran sewaktu menerima Bella Beautiful Award

Bella-Awards-2013-6

Joe Flizzow dan Rossa sewaktu menyanyikan lagu Katakan, dan kemudian lagu Hey Ladies. 🙂

Bella-Awards-2013-8

Jason Lo dan Amber Chia sewaktu menyampaikan anugerah. Secocok mereka berdua ni. Dua-dua suka ketawa dan buat org ketawa.

Bella-Awards-2013-9

Maliq & D’Essentials sewaktu menyanyikan lagu Pilihanku dan Terlalu. Best juga lagu mereka ni. Mantap penyampaian lagu tersebut. Saya suka.

Bella-Awards-2013-11

Argghh Fazura bersama Alex Yoong! So charming are they! Arggghh!!

Bella-Awards-2013-12

Persembahan dari Gary Chaw. Beliau menyanyikan lagu Close To You dengan baik sekali. Meremang bulu roma. Feeling feeling sekejap. Hahaha.

Bella-Awards-2013-13

Bella-Awards-2013-14

Persembahan Mantap dari Mizz Nina! Lincah sungguh sewaktu menyanyikan lagu Summer Burning! Bukan ke Nina ni sedang pregnant? Mesti sihat dia ni. Mudah bersalin. Hehehe. I love you Nina!

Bella-Awards-2013-16

 Dato’ Ruby Khong sewaktu menerima anugerah Bella Award (Highest Award). Tahniah Dato’!!

Senarai Penuh Pemenang Bella Awards 2013

Bella On-Screen Award (Public Voting)
Debbie Goh
 
Bella Beautiful Award
Dr. Premitha Damodaran
Bella Business Award 
Dato’ Rosaline Genendra
 
Bella On-Stage Award (Public Voting)
Dato’ Siti Nurhaliza
 
Bella Creative Award
Low Ngai Yuen
 
Bella Sport Award (Public Voting)
Cheong Jun Hoong
 
Bella Mars Award (Appreciation Award)
Dato’ Jimmy Choo
 
Bella Heart Award
Dato’ Ruby Khong
 
Bella Style Award
Gillian Hung
 
Bella Radio Award
Fara Fauzana
 
Bella Award (Highest Award)
Dato’ Ruby Khong
 

Tahniah kepada semua pemenang dan calon! Walaupun tidak menang, mereka yang menjadi pemenang adalah mewakili kita semua iaitu insan bergelar wanita. Dengan adanya anugerah sebegini, mata kita lebih jauh melihat ketelusan dan kasihnya hati seseorang wanita. Saya tidak menyangka ramai wanita melakukan kerja amal sehinggakan tercipatnya Bella Awards buat kali pertamanya.

Jumpa anda semua di tahun hadapan!

xoxo!

sign5.png

 
 

 

 

 

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

8 comments on “Pemenang dan Persembahan di Bella Awards 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge