Penjagaan Muka Immortelle Brightening L’occitane

Penjagaan Muka dari L’occitane sememangnya terkenal dari tahun 1976. Mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2003 dengan butik pertamanya adalah di Suria KLCC. Kehadiran L’occitane telah memeriahkan koleksi penjagaan muka wanita di Malaysia.

Loccitane-Immortelle-Brightening-5

Kita bernasib baik kerana dianugerahkan iklim tropika sepanjang tahun. Namun, ini bermakna kita sentiasa terdedah kepada pancaran sinar matahari terik yang boleh menyebabkan kulit kusam, cepat tua, bintik gelap dan pigmentasi. Kita semua tahu bahawa di Asia, kecantikan kulit diukur daripada kejernihan, kecerahan dan kelicinan, dan itulah sebabnya sehingga sekarang, wanita sentiasa mencari cara semula jadi yang selamat untuk memiliki wajah yang bukan sahaja sihat dan cantik berseri, tetapi pada masa yang sama menghindarkan tanda penuaan. Malah, pada 2012, permintaan bagi produk penjagaan kulit dwiperanan telah melambung, terutama sekali di rantau Asia-Pasifik. Pertumbuhan dua angka ini jauh mengatasi kadar pertumbuhan global 9.4% bagi produk pemutihan dan anti penuaan *.

Justeru, kepakaran L’OCCITANE membantu memudahkan perjalanan anda untuk mencerahkan kulit dengan ciri-ciri unik Immortelle Essential Oil dan Bellis Perennis (juga dikenali sebagai White Daisy). Miliki kulit lebih cerah, lebih muda dan lebih sekata dengan tiga tambahan baru kepada koleksi ini:
Brightening Foaming Cleanser, Brightening Mist dan Brightening Hand Care SPF20

Pakar Pencerahan: Immortelle & Bellis Perennis (White Daisy)
Untuk Menjadikan Kulit Tampak Muda, Berseri & Sekata
 

Sejak bertahun-tahun lamanya, Immortelle Essential Oil telah digunakan secara tradisi kerana ciri-ciri anti keradangan, serta keupayaan untuk mengurangkan kesakitan, menenangkan dan merangsang pengeluaran sel kulit baru tanpa memburukkan keadaan kulit. Bunga Immortelle yang halus dan berwarna keemasan mekar di tengah-tengah Corsica, sebuah pulau Perancis di Laut Mediterranean. Pokok-pokok bunga ini tumbuh melata di Maquis (kawasan pulau yang harum semerbak – di mana terdapat banyak tumbuhan hijau malar yang lain). Nama Latin, Helichrysum, bermakna ‘matahari keemasan’, dan seperti namanya, bunga ini tidak pernah pudar atau layu,
walaupun selepas dipetik. Sebelas tahun dahulu, L’OCCITANE berjaya membongkar rahsia dan mempatenkan kuasa anti penuaan Immortelle Corsica yang luar biasa, berasaskan ramuan aktif yang menyimpan rahsia kemujarabannya.

Pada 2010, rangkaian Immortelle Brightening menggabungkan Immortelle Essential Oil dengan Bellis Perennis (juga dikenali sebagai ‘bunga cahaya’, atau White Daisy). Ciri-ciri kesegaran Bellis Perennis pula digunakan secara meluas dalam ubat herba. Pada zaman Rom purba, doktor bedah yang mengiringi tentera Rom ke medan perang mengarahkan hamba abdi mereka mengutip
berguni-guni bunga daisi ini untuk mengekstrak patinya, yang digunakan untuk menyembuhkan luka terkena tusukan pedang dan tombak. Dalam penjagaan kulit, ekstrak White Daisy digunakan untuk mengurangkan kemunculan bintik gelap dan pigmentasi, dengan demikian membuat kulit tampak muda, lebih berseri dan lebih licin.

Manfaat Immortelle Berprestasi Tinggi

Memberi nafas baru kepada kulit** untuk melicinkan kedutan kulit
Menggandakan pengeluaran kolagen 6 kali
Meningkatkan peredaran mikro 2 kali
Meningkatkan perlindungan daripada radikal bebas 82%

Manfaat White Daisy Berprestasi Tinggi

Bertindak dengan tiga langkah*** dalam pengeluaran melanin, untuk membantu mengurangkan kemunculan tanda pigmentasi dengan ketara.

Sebelum: Mengehadkan pengeluaran enzim bagi sintesis melanin 50%
Semasa: Mengurangkan aktiviti enzim ini 30%
Selepas: Menyekat pemindahan melanin ke permukaan kulit 70%

Membiarkan Cahaya Menyerlahkan Keremajaan Kulit…

3 Tambahan Baru untuk Rangkaian Penjagaan Muka Immortelle Brightening

Dirumus dengan Kemujaraban & Ketepatan Piawaian Yang Sama Seperti Kebanyakan Krim Anti Penuaan Paling Mustajab

 

Cara Penjagaan Muka Menyeluruh Menggunakan Immortelle Brightening L’occitane bersama skincare expert – Ms Jenny Yap!

Ms Jenny Yap

Ms Jenny Yap

Sebelum anda memulakan rutin penjagaan muka, pastikan tangan bersih. If outstation atau lokasi nak cuci muka tu fasiliti biasa-biasa, silalah bawa wet tisu atau L’occitane Cleansing Refreshing Cloth seperti di bawah. 🙂

L'occitane Cleansing Refreshing Cloth

1. L’occitane Cleansing Refreshing Cloth

Cuci muka dengan double cleansing. Pertama cuci dengan Milk Makeup Remover.

Loccitane Cleansing Milk

2. L’occitane Milk Makeup Remover 200ml – RM 99

L'occitane Brightening Foaming Cleanser 125ml - RM103

3. L’occitane Brightening Foaming Cleanser 125ml – RM103

Untuk menjaga kulit anda setiap hari tanpa mengeringkannya. Formula lembut tanpa sabun ini bertukar daripada krim menjadi busa pekat yang berkesan menanggalkan mekap dan kotoran.

Kesan: Wajah segar berseri, sedia untuk menyerap khasiat kebaikan produk penjagaan kulit Immortelle Brightening yang lain.

Loccitane Brightening Water 200 ml -

4. Loccitane Brightening Water 200 ml – RM 107

Penyegar tanpa alkohol yang membuat kulit terasa bersih, licin, segar dan berseri.

Cara Menggunakan: Basahkan pad kapas dengan Brightening Water dan sapu pada muka dan leher pada waktu pagi dan malam.

Loccitane-Immortelle-Brightening-6

Loccitane Brightening Essence 30 ml

5. Loccitane Brightening Essence 30 ml – RM 229

Serum pekat ini menyerap ke dalam lapisan kulit untuk menanggalkan dan menyalirkan kelompok pigmentasi, agar wajah lebih muda berseri.

Cara Menggunakan: Panaskan produk dalam tapak tangan dan tekap perlahan-lahan pada seluruh muka, dengan tumpuan kepada bahagian berpigmentasi. Gunakan selepas penyegar, sebelum pelembap.

Loccitane Brightening Essence

L’occitane Brightening Essence

Loccitane-Immortelle-Brightening-4

L'occitane Brightening Moisture Mask 125ml -

6. L’occitane Immortelle Brightening Moisture Mask 125ml – RM 263

L'occitane Brightening Mist 100 ml -

7. L’occitane Brightening Mist 100 ml – RM 71

Produk menyenangkan dan mesti dimiliki yang ini mudah diselitkan ke dalam beg tangan untuk memastikan penghidratan kulit. Kabut tanpa alkohol ini juga boleh disemburkan ke atas mekap agar tahan sepanjang hari.

Kesan: Kulit serta-merta terasa segar semula, dan juga tampak lebih lembut dan lebih cerah.

L'occitane Brightening Moisture Cream 50ml -

8. L’occitane Brightening Moisture Cream 50ml – RM 226

Tekstur gel yang menyegarkan segera meresap tanpa memberatkan kulit. Pelembap ini membantu melicinkan kedutan, menjadikan warna kulit lebih sekata dan mencerahkan wajah.

Cara Menggunakan: Urut sedikit krim pada muka dan leher, elakkan keliling mata. Akhir sekali, tekap tapak tangan anda pada pipi untuk menambah penyerapan.

L'occitane Brightening Shield SPF40 PA 30 ml -

9. L’occitane Brightening Shield SPF40 PA 30 ml –

Akhiri amalan penjagaan kulit anda dengan tabir suria yang melindungi kulit anda daripada sinar matahari dan pencemaran yang memudaratkan.

Cara Menggunakan: Titikkan tabir suria pada dahi, pipi, hidung dan dagu. Gunakan hujung jari-jemari anda untuk menyapu produk dan urut perlahan-lahan hingga meresap.

Selesai.. Muka dah cantik, sekali tangan pula tidak secantik muka. Koleksi L’occitane Brightening Hand Care SPF 20

Loccitane Brightening Hand Care SPF 20 75ml - RM 110

Loccitane Brightening Hand Care SPF 20 75ml – RM 110

Losen perlindungan tidak berminyak ini menjadikan warna kulit anda lebih sekata dan membantu mengurangkan bintik penuaan pada tangan anda. Ia juga memberi perlindungan daripada matahari.

Kesan: Kulit lebih licin, lebih lembut dan tampak lebih cerah dan lebih sekata. Disyorkan untuk mereka yang sentiasa terdedah kepada matahari atau tangan yang selalu terkena air.

Dapatkan produk L’occitane di cawangan yang berhampiran anda. 🙂

Like Facebook L’Occitane en Provence – Malaysia untuk mengetahui lebih banyak info dan aktiviti terkini L’occitane.

xoxo!

sign5.png

2 comments on “Penjagaan Muka Immortelle Brightening L’occitane

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge