Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim, Perak

Dalam minggu ni, saya outstation dalam negara. Walaupun FAM Trip anjuran Tourism Malaysia Perak ni hanya 3 hari, tetapi kepulangan ku ke Kuala Lumpur disambut pula dengan Malaysia Social Media Week. Selama seminggu fokus kepada dua agenda ini dan alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Cuma.. blog ini bersawang sedikit. Sikit je. Hahaha.

Sebelum cerita panjang, saya lebih suka review satu persatu apa yang saya lihat, rasa dan nikmati sewaktu percutian tersebut. Terutamanya tempat menarik dan makanan!

Kali ini koleksi makanan adalah dari makanan laut. Semuanya segar dari Restoran Garden Seafood.

Garden-Seafood-4

Garden-Seafood-3

Garden-Seafood-2

Garden-Seafood-1

Menu Makanan Kami RM 300 untuk 10 orang (1 meja bulat)

Garden-Seafood-Thai-Chicken-And-Nyonya-Chicken

Menu ini merangkumi 3 jenis hidangan ayam yang di pelbagaikan. Ada kerabu ayam, ada ayam masak pedas dan ayam roasted.

Garden-Seafood-Sweet-And-Spicy-Prawn-with-Dumpling

Hidangan ini disediakan bersama roti, sangat sedap. Kerana Restoran ini menggunakan udang segar. Sos special yang digunakan juga sesuai untuk dicicah bersama roti. Yummeh!

Garden-Seafood-Sizling-Siakap

Ikan kerapu masak begini sangat sedap. pedas, masam, manis semua ada. Ikan pula digoreng rangup. Salah satu menu 5 bintang untuk saya. 🙂

Garden-Seafood-Kailan-Special

Sayur ini dimasak garing. Tetapi bagaimana mereka memasaknya sehingga jadi begini. Sedap dan lazat. Agaknya kalau saya masak kering macam ni, pasti dah hangus. Hahahha.

Garden-Seafood-Honey-Sotong

Menu sotong ini simple je. Tapi sekali ngap. Ternyata membuatkan anda ingin makan lagi! Sedap tak terkira. Sotong segar dan manis madu yang just nice. 🙂

Garden-Seafood-Guava-Juice

Juice Jambu Batu yang sesuai bagi cuaca yang panas begini. Perggghhh.. Satu jug pun boleh setel dalam masa 10 minit. hahaa.

Garden-Seafood-Fish-Ball-Bayam-Soup

Soup ini sesuai diminum bagi melancarkan peredaran darah anda, ramuannya seperti ada rempah khas. Tetapi tekak saya rasa lada hitam aje. Hahaha.

Garden-Seafood-Broccoli-With-Crab-Meat-Sauce

Isi ketam yang dimasak bersama broccoli serta berkuah pekat begini sangat sedap juga.  Tetapi perut dah penuh.. Makan tak habis.. Hahaha.

Alamat Restoran Garden Seafood

7-8 & 9A, Jalan Wangsa Utama
Taman Wangsa
35900 Tg Malim
Perak

Tel : 05-458 3398

Restoran Ini Halal

Selamat mencuba!

xoxo!

sign5.png

 

10 comments on “Restoran Garden Seafood, Tanjung Malim, Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge