The Waves dan WeCARE di Resort World Genting Highlands Theme Park

Pada 23 March 2013 saya dan rakan blogger berkesempatan menonton filem Oz The Great And Powerful bersama anak-anak yatim dari Myanmar Chin Student Organization – Kiwanis, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan Kuala Lumpur (WAKE), PT Foundation dan Pasukan Genting Malaysia Berhad’s WeCARE. Kemudian kami berpeluang mencuba permainan baru di Genting Highlands Theme Park di Resort World Genting. Bertolak sekitar jam 8 pagi dari Wisma Genting dan tiba di Resort World Genting sekitar jam 9.15 pagi. Perjalanan sekitar 1 jam di manfaatkan dengan tidur di dalam bas. Hahahaha. Kemudian sarapan pagi di First World Café, roti dan sekotak susu chocolate.

First World Café

Sarapan pagi di First World Café

Selepas breakfast, jom tonton filem  Oz The Great And Powerful! Yay!

Rabiatul Adawiyah

Blogger

 

 Oz The Great And Powerful

Diantara blogger yang menyertai sesi menonton filem Oz The Great And Powerful bersama anak-anak yatim dari Myanmar Chin Student Organization – Kiwanis, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan Kuala Lumpur (WAKE), PT Foundation dan Pasukan Genting Malaysia Berhad’s WeCARE.

Oz The Great And Powerful filem yang seronok ditonton 3D. Kesan khas di dalam filem itu sangat menonjol dan kami semua dari blogger, anak-anak yatim dan team WeCare sangat teruja tatkala menonton filem ini. Cantik sungguh grafik di dalam filem  Oz The Great And Powerful. Suka tengok patung porcelain kecil tu. Comel sangat! Selepas menonton filem  Oz The Great And Powerful, kami ke  First World Café untuk makan tengahari. Makan sampai lebam. Hahahaha. Lebih kurang 2 jam kot baru semua orang selesai makan. Sedappp..

Cenderahati Tshirt

Pemberian cenderamata dari Genting Resort World.

WeCare dan blogger

Bergambar bersama anak-anak yatim dari Myanmar Chin Student Organization – Kiwanis, Pertubuhan Wanita dan Kesihatan Kuala Lumpur (WAKE), PT Foundation dan Pasukan Genting Malaysia Berhad’s WeCARE.

Selesai bergambar sakan kami diberi All Park FREE ride dari pihak Resort World Genting. Permainan pertama saya nak main adalah SPINNER! Yaayyy!

Theme Park

Tiket Complimentary dari Resort World Genting.

Sebelum nak berjimba sakan tu, harus lah ke perasmian permainan baru The Waves. Persamian berlaku sekitar jam 2 petang hingga jam 3 petang dengan memberi peluang kepada para blogger mencuba permainan ini.

The Waves Genting

Perasmian permainan The Waves

Nak tahu apa benda permainan The Waves dan apa yang best tentang The Waves? Layankan video dibawah. Best!

The Waves

Saiful Naim dan Rabiatul Adawiyah mencuba permainan The Waves

Permainan The Waves ini memberi kelainan dengan pusingan laju selama 2 minit. 1 minit pertama anda akan berpusing kehadapan dan ditutup, kemudian 1 minit kemudian anda akan berpusing mengundur ke belakang dan ditutup. Bagi yang baru lepas makan tengahari tu, bagi segala macam makanan hadam sepenuhnya baru uols main The Waves ye. Potensi untuk muntah sangat tinggi. Hahahha. Selesai perasmian, saya, suami, cik lily, mr big, kifli, kawan kifli, hanis dan adik kami pun pergi mencari permainan yang tidak ramai orang berbaris. Yelah, waktu cuti sekolah ni. Ramai pengunjung di Resort World Genting Highland’s Theme Park. Indoor atau Outdoor memang ramai pengunjung. Sehinggakan perlu beratur hampir 1 jam.

Tetapi, kami semua mencuba permainan yang tidak terlalu mencabar adrenalin pun. Hahahaha. Kami main Euro Express, Double Deck Carousel, Pirate Train dan Spinner. Kesian saya main Spinner seorang diri. Rakan-rakan lain takut.

Spinner Genting Theme Park

Rabiatul Adawiyah sewaktu bermain SPINNER. Hehehe.

Double Deck Carousel

Saiful Naim di dalam Double Deck Carousel.

Sebenarnya permainan yang saya tidak sanggup untuk main selepas tamat zaman sekolah dulu adalah Space Shot, Corkscrew, Pirate Ship dan Rolling Thunder Mine Train. Cukuplah masa zaman muda mencuba permainan itu. Sekarang main permainan yang rehat kan minda je. Hahaha.

Flying Coaster

Kifli dan kawan beliau sewaktu beratur untuk bermain Flying Coaster. 2 jam beratur.

Semangat mereka nak main Flying Coaster. Hehehehehe..

Blogger Genting

Jom balik!

xoxo!

sign5.png

6 comments on “The Waves dan WeCARE di Resort World Genting Highlands Theme Park

  1. FadVerVer

    Saya lagi laaa suka picture2 tu semua lagi2 pic last tu kannn kekekekee… TQ so much kak hehehehe… and it was fun, enjoy dan penatzzzzz kannn hehehehee…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge