Warm Bodies

warm-bodies-poster

Filem Warm Bodies ni saya tonton sewaktu GSC Media Nite. Untuk jalan cerita filem ini bagi saya cerita ini banyak bermonolog dengan diri sendiri. Al maklumlah zombie dah mati, nak cakap pun tidak larat.

Kisah percintaan sebegini seperti biasa lah kan kalau bab melawan arus dan takdir, ia sememangnya wajib ada bagi filem luar negara. Mereka suka berimaginasi dan kelengkapan dah ada, so mereka boleh produce filem sebegini.

Sewaktu saya menonton filem ini, kebanyakan media telah meniggalkan panggung, sebab cerita ini slow sikit. Tapi bagi saya, bila cerita dah slow sebegitu, saya akan cari pula apa kelebihan lain dalam filem ini. Diantaranya adalah grafik yang digunakan. Grafik rangka yang boleh berlari dan zoom melihat muka mereka yang menakutkan seriously gempak!

Jalan cerita filem ini mengisahkan Julie dan rakan-rakan yang pergi mencari ubat untuk merawat zombie diatas arahan bapa Julie. Malangnya zombie ini boleh menghidu bau manusia hidup. Mereka serang rakan-rakan Julie dan pada waktu itu zombie bernama “R” terpesona dengan Julie. Tetiba kan? Boleh Zombie nak ada perasaan. Hahaha.

Zombie lain nak makan Julie, tetapi R telah menyelamatkan Julie. Sebelum insiden tersebut berlaku, R telah makan boyfriend Julie. Si Perry tu.. Setelah selamatkan Julis dan menempatkan Julie dalam cabin kapal terbang iaitu rumah penginapan si R tu. Kemudian R keluar untuk memberi ruang kepada Julie supaya bertenang, kerana Julie ketakutan. Dari situ R mula bermonolog dengan diri dia, apa perlu buat? macam mana nak pikat Julie dan macam-macam lagi.

Salah satu cara ialah dengan memakan otak Perry boyfriend Julie. Semua memory dari kecil sehingga sebelum Perry mati R boleh flash back. Masa tu sikit demi sedikit R dapat mendekati Julie. Tetiba jantung R berdegup selepas merasakan kasih sayang tu.

Zombie bertukar menjadi manusia normal kembali. Mustahil kah? Layan kan aje filem ini. Not bad tau!

Nicholas Hoult sebagai R memang tenyata berbeze dengan watak-watak beliau sebelum ni. Sebab beliau selalu berlakon watak skema baik-baik je…

Warm Bodies
Nicholas Hoult sebagai R
Jack The Giant Slayer
Nicholas Hoult di dalam filem Jack The Giant Slayer
X-Men First Class
Nicholas Hoult sewaktu di dalam filem X-Men First Class

Selamat menonton!

xoxo!

sign5.png