Absalute Tribal Restaurant & Sarakraf Pavilion

Pergi ke negeri Sarawak, banyak makanan enak yang saya sudah rasa. Tetapi di Absalute Tribal lagi menyediakan sajian yang hebat-hebat untuk waktu makan tengahari pada hari terakhir saya di Sarawak.

Konsep Sarakraf Pavilion ini adalah menjadikan ia pusat kepada keseluruhan budaya, seni, tradisi dan makanan orang Sarawak. Ada restoran Absalute Tribal, ada ruang makan berkonsepkan rumah Iban, ada tempat pembuatan kraf seperi manik dan kain tenun Sarawak tu dan tidak lupa ada kedai yang terdapat pelbagai souvenir. Semuanya under one roof! Mudah kan!

Sarakraf-Pavilion-1

Pertama sekali jom kita makan masakan orang Sarawak di Absalute Tribal Restaurant.

Sarakraf-Pavilion-2

Sarakraf-Pavilion-3

Sarakraf-Pavilion-4

Sarakraf-Pavilion-5

Lihatlah makanan tengahari kami semuanya made in Sarawak dan kebanyakannya berasaskan nenas. Sarawak kan kaya dengan sayuran dan buah-buahan segar.

Absalute-Tribal-Sarawak-Pineapple-Fried-Rice

Absalute-Tribal-Terong-Dayak-with-Fish-Curry

Absalute-Tribal-Umai-Sarawak

Absalute-Tribal-Stir-Fried-Vegetables-with-Prawn

Absalute-Tribal-Pansoh-Chicken

Absalute-Tribal-Appertizer-Sarawak-Tribal-Salad

Absalute-Tribal-Crispy-Vegetables

Absalute-Tribal-Lemon-Mint-Drink

Rasa-rasanya kalau dah menu sedap seperti diatas ni berapa ringgit ye? Saya lupa nak tanya dekat Madam Rose berapa ringgit satu meja 10 orang ni. Sebab makanan tak mejurus ke seafood sangat. Mungkin RM 200 satu meja? Hehehe.

Saya suka melihat cara kerja seni orang Sarawak. Topi yang kebiasaannya kita lihat penuh dengan manik, pernah tak kita terfikir bagaimana mereka buat?? Seperti aunty dibawah ni, saya kagum melihat beliau membuat topi tersebut dengan menggunakan manik pelbagai warna lepas tu selang seli pula. Satu topi itu mengambil masa 3 bulan dan perlu disiapkan dengan disiplin! beliau setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 5 petang sudah mula menghadap topi itu sahaja. Kerja seperti ini memerlukan fokus agar dapat menghasilkan corak yang sama rata tanpa gagal.

Sarakraf-Pavilion-6

Songket seperti dibawah ini sangat cantik dan halus seninya. Kebanyakan yang aunty ini tenun adalah songket tempahan dari orang kenamaan dan pelancong.

Datuk Seri Michelle Yeoh juga telah membeli kain disini beberapa helai dan total bayaran adalah RM 9000. Berapa pasang kain lah agaknya beliau beli. Songket Sarawak corak dia lebih cantik berbanding dengan semenanjung. Anda boleh lihat salah satu contoh kain di belakang aunty tu.

Sarakraf-Pavilion-7

Jika anda ingin ke Sarakraf Pavilion, ia berada di :

78, Section 43, Jalan Tabuan , 93100, Kuching, Malaysia

Tel : 082-234 655

https://www.facebook.com/sphomestayandtriballodge?fref=ts

xoxo!

sign5.png

 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

11 thoughts on “Absalute Tribal Restaurant & Sarakraf Pavilion

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.