Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah

Hari ini nak bercerita berkenaan makanan. Ini merupakan hari ketiga saya berada di Sarawak. Selain melihat tradisi dan budaya orang Sarawak. Kek Lapis juga merupakan perkara dalam senarai penting apabila mula merancang bercuti ke Sarawak. Orang KL tak ada yang pandai buat Kek Lapis ke? Mungkin peminat kek lapis pun tahu keunikan kek lapis ni sehinggakan walau jauh macam mana pun Sarawak. Tetap juga nak dapatkan Kek Lapis Sarawak no matter what happen. Hehehehe. Seperti saya juga laaa..

Sebenarnya saya mula makan Kek Lapis Sarawak dari kecil lagi. Semua tu pemberian saudara mara dan pemberian oleh kenalan rapat masa bekerja di KL dulu. Yang menjadi feveret saya adalah Masam Manis tu. Tetapi rasa kek Masam Manis dah lain, tidak macam dulu. Susah nak dapat yang banyak isi manisan duit 5 sen tu. Kalau anda tahu pengusaha kek lapis yang mana masih mengekalkan kesedapan Kek Lapis Masam Manis sila roger saya ye.

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-1

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-3

Okaylah berbalik kepada tajuk diatas. Ini adalah pertama kali saya membeli Kek Lapis Sarawak dari pengusaha itu sendiri di negeri Sarawak. Excited! Rombongan kami memilih Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah. Kek Lapis Sarawak dari Dayang Salhah ni memang terkenal. Sebab beliau suri rumah yang pertama pencetus perniagaan Kek Lapis Sarawak. Beliau masih menjual kek lapis dengan harga yang sama walau bertahun lamanya.

Di Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah, mereka memberi pelanggan mencuba setiap jenis Kek Lapis. Macam-macam ada, sehinggakan tidak tahu nak beli yang mana satu! Tapi jangan la dah rasa semua tetapi tidak beli langsung kan. Support la sikit… RM 10 satu pun jadi la. Hehehe.

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-4

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-7

Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah mempunyai tekstur kek yang lembut dan rasa yang enak. Tambahan pula mereka simpan di dalam peti sejuk. Jadi, saya lagi suka kek yang sejuk so-so tu.

Jadi setelah makan dan rasa dan makan lagi setiap contoh kek lapis dari Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah. Maka saya telah memilih 3 kek! Iaitu Kek Lapis Cadbury Cheese, Kek Buah dan Kek Lapis Oreo. Tetiba kek buah masuk dalam senarai kan. Hahaha. Ntah lah sedap pula kek buah tu. Sebenarnya saya minat giler dengan Cadbury Cheese. Suami saya pun minat. Bila pulang ke Kuala Lumpur, Kek Lapis Cadbury Cheese dah setel waktu breakfast. Huwaaaa..

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-6

Saya beli Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah dan kongsi dengan rakan blogger. Si Yana Yassin, Faizal, Anuar, Kelly dan Shakiddo untuk dapatkan FREE lag 3 kek! Total keseluruhan hampir RM 300 hinggit kesemua kek yang kami beli bersama! Bila share macam tu, satu Kek Lapis biasa yang bernilai RM 10 dapat la discount dalam RM 8. Hahahaha.

Tapi pening gak nak kira. Hahaha. Serahkan kepada akauntan si Yana untuk kira. LOL!

Total 4 kek saya beli. Sebab yang FREE tu pun kami kira. Hehehe. Sebab tu jadi murah. 🙂

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-9
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah – Cadbury Cheese RM 25
Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-10
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah – Cheese Ice Cream RM 20
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah - Kek Lapis Oreo RM 10
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah – Kek Lapis Oreo RM 10
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah - Kek Buah RM 20
Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah – Kek Buah RM 20

Semasa saya makan Kek Buah di Pungasaha Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah, kek dia gebu dan padat. Bila sampai KL, bersepai pula. Tapi, best juga. Makan kek macam makan nasi. Macam suami ku amalkan dibawah. Hahaha.

Kek-Lapis-Sarawak-Dayang-Salhah-12

Jadi kepada anda yang ingin membeli Kek Lapis, silalah singgah ke Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah atau beli secara online di website mereka.

Lokasi : No. 40, Kampung Gersik, Petrajaya, Kuching 93350, SARAWAK.
Tel : 082 – 445040
 
OPERATING HOURS
Mon – Sun
8:30am – 10.30pm
 
EMAIL
dsfood33@gmail.com
keklapisdayangsalhah@gmail.com
 

http://dayangsalhahkeklapis.com/

https://www.facebook.com/DayangSalhah.Kek.Lapis.Sarawak

 

xoxo!

sign5.png

12 thoughts on “Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah”

  1. Lebih kurang sama macam Dayang Salha punye kek lapis gak.. Kat Meera ade kek lapis Dato K, kek lapis mael lambung, Kek lapis micheal jackson & mcm2 gaks laa.. tak sure kat Dayang Salha ada nama mcm tu or tak.. 🙂

    • PenaBerkala > makan la. Kek Lapis Sarawak Dayang Salhah kak tiada bahan pengawet. Nanti simpan dalam peti sejuk berminggu-minggu, kulat tetap tumbuh. kalau sayang, ko pergi proses kek tu untuk dijadikan hiasan. LOL!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.