Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 2

Selamat pagi! Tibalah entry kedua Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak untuk tatapan anda semua.

Trip ini dianjur oleh Malindo Air dan Sarawak Tourism Board. Walaupun hanya dijemput untuk cover cerita tentang Malindo Air, why not saya cover keseluruhan percutian ini. Tambahan pula, saya seronok sangat sepanjang percutian ini. Al maklumlah semuanya pertama kali! LOL!

Seawal 6 pagi saya sudah terjaga dari tidur. Rasanya di Sarawak ni, lagi mudah saya bangun tidur. Mungkin sebab mentari dah menyinar, azan subuh awal dan aktiviti hari pertama sebelum ini banyak free and easy which is sangat bagus untuk saya santai sahaja sepanjang percutian ini. Hehehe. Riverside Majestic Hotel memang best sangat. Saya ada buat “room inspection”. Anda boleh baca di SINI.

Jam 7.30 pagi saya sudah turun ke Riverside Majestic Cafe’ untuk menikmati sarapan pagi! Banyaknya juadah! Tapi seperti biasa mesti nak makan Turkey Ham! Nyummy!

Riverside-Majestic-Hotel-Kuching-16

Setelah selesai sarapan pagi. Kami di bawa ke Semenggoh Wildlife Centre yang menempatkan banyak spesis Orang Utan.

Orang-Utan-Semenggoh-Wildlife-Centre-4

Teringin rasanya ingin dukung anak Orang Utan, tapi.. takut pulaaa!

Orang Utan hanya berada di Borneo. Beruntungnya saya kerana Malaysia memiliki tempat penempatan Orang Utan. Sarawak juga negeri yang luas, usaha Semenggoh Wildlife Centre menjaga habitat Orang Utan dengan sebaiknya perlu kita salute! Bukan mudah nak jaga dan memahami karenah Orang Utan ni. Boleh dikatakan Orang Utan ni kuat merajuk juga. Kena marah sikit, dah berjalan bawa diri bersama anaknya. Lepas tu tunjuk protes. Seperti gambar dibawah ni.. Hehehe.

Orang-Utan-Semenggoh-Wildlife-Centre-8

Orang-Utan-Semenggoh-Wildlife-Centre-10

Orang Utan ini merajuk dan selepas 100 meter dia panjat pokok dan tidak mahu pengunjung balik. Hahaha. Comel tak? Untuk entry penuh anda boleh baca di SINI.

Selepas kami ke Semenggoh Wildlife Centre kami beransur ke Sinpiao untuk melihat-lihat kedai souvenir yang menjual pelbagai jenis hasil negeri Sarawak.

Sinpiao-Souvenir-Shop-3

Sinpiao-Souvenir-Shop-1

Sinpiao-Souvenir-Shop-2

Macam-macam ada disini, dari produk makanan, produk kraf dan t-shirt pun ada! Mungkin sebab masa yang diberikan terlalu pendek. So, tak banyak la barang saya borong. Sebab nak membelek tiap kraf pun saya ambil masa yang lama. Hahahaha!

Tetapi, saya sempat beli gelang tangan bernilai RM 6 dan sarung manik untuk telefon pintar bernilai RM 12.90. Berbaloi!

Kemudian sekitar jam 12 tengahari kami makan di Serapi Corner! Nyum Nyum Nyum!!

Serapi-Corner-1

Serapi-Corner-2

Subhanallah makanan dekat Serapi Corner ni sangat sedap! Cukup pedas, cukup garam dan cukup lemak santan. Teringat balik gulai lemak kuning tu.. Perghhhh.. Wajib ke Serapi Corner jika saya kembali ke Kuching Sarawak. 🙂

Sekitar jam 1 petang kami pergi ke Sarawak Cultural Village di Santubong. Sepanjang perjalanan itulah saya sering mencuci mata dengan keindahan alam. Yang bestnye, saya dapat lihat Gunung Santubong yang seperti muka manusia yang sedang berbaring.

Gunung-Santubong-1

Gunung-Santubong-2

Gunung Santubong tu sentiasa redup dan berawan. Gambar datas seperti dalam lukisan kan??

Sekitar jam 2 petang kami tiba di Sarawak Cultural Village, Encik Winner sebagai pemandu pelancong kami sepanjang berada di dalam kawasan Sarawak Cultural Village ni.

Sarawak-Cultural-Village-5

Mr Winner berbaju merah tu. Banyak cerita dan sejarah setiap suku kaum dikongsikan. Peramah orangnya dan kadang-kadang gemar juga berjenaka.

Sarawak-Cultural-Village-7

Tidak lengkap jika ke Sarawak Cultural Village jika tidak mengumpul cop!

Dibawah adalah gambar kenangan bergambar dengan Orang Iban dan Orang Penan. 🙂

Sarawak-Cultural-Village-22

Pahlawan Oran Iban. Garang.

Sarawak-Cultural-Village-24

Orang Penan yang pandai menyumpit. Sharp shooter ni.

Sekitar jam 4 petang kami semua selesai melawat keseluruhan rumah Sarawak Cultural Village, seterusnya kami masuk ke teater untuk menonton Cultural Show. Ada tarian, ada show bagaimana Orang Penan berburu. Lenggok mereka seperti burung.

Sarawak-Cultural-Village-37

Tarian Orang Iban

Sarawak-Cultural-Village-45

Persembahan Orang Penan yang menyumpit belon. Hehehe. Muka masam aje pun mereka ni. Fokus dengan apa sahaja kerja mereka lakukan. Untuk keseluruhan cerita berkenaan Sarawak Cultural Village anda boleh baca di SINI.

Selepas tamat Cultural Show, kami pulang ke Riverside Majestic Hotel. Sekitar jam 6 petang sampai di hotel. Mandi, solat dan charge telefon pintar. Kemudian jam 7 petang turun ke lobi untuk makan malam di TopSpot Food Court. Actually ia dibelakang hotel sahaja. Tetapi Madam Rose nak bawa kami pusing Kuching dan buka mata kami bahawa Kuching ni mudah dan apa sahaja yang anda nak beli atau cari tempat makan, mudah sahaja dengan hanya berjalan kaki. Tidak akan sesat punya. Hahahaha.

Bukit-Mata-Seafood-Top-Spot-Food-Court-5

Bukit-Mata-Seafood-Top-Spot-Food-Court-4

Bukit-Mata-Seafood-Top-Spot-Food-Court-10

Di TopSpot Food Court kami makan malam di restoran nombor 25 Bukit Mata Seafood. Masakan disini enak sangat! Boleh dikatakan semua makanan yang dihidangkan saya pertama kali cuba juga. Hahaha. Inilah baru best, “pergi negeri orang, rasa makanan mereka”. Kalau sedap tambah lagi. Kehkehkeh. Untuk keseluruhan menu makanan di nombor 25 Bukit Mata Seafood, anda boleh baca di SINI.

Selesai makan, kami pulang ke hotel sekitar jam 9.30 malam. Berjalan sampai jumpa Kuching Statue. Kemudian keluar duit di CIMB berdekatan. Sebab esok nak shopping souvenir. Last day kan.. Hehehe.

Okay nantikan cerita hari ketiga saya pada entry akan datang. 🙂

Belum baca entry hari pertama dan ketiga? Anda boleh baca dengan klik link dibawah..

Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 1

Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 3

xoxo!

sign5.png

10 comments on “Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 2

    1. rabiatul adawiyah Post author

      PenaBerkala > ramai pastu duduk pun berlaga ngan kerusi jiran sebelah. Boleh tersedak jiran tu. hahahhaha!

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      KiD > Ruby ingatkan jauh bebenor le Top Spot tu. Hahaha. Nasib baik hotel kita tu tinggi, senang lah nak balik. 🙂

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      PenaBerkala > semua makanan sedap. tp akak tak tau apa nama pun. sampai la Madam Rose bagi tahu.. Hahaha. Luckily restoran ini halal. so telan je la semua. :p

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge