Medan Niaga Satok Sarawak

      16 Comments on Medan Niaga Satok Sarawak

Satok memang terkenal. Semenanjung Malaysia pun tahu pasar ni murah! Destinasi wajib pergi. Tapi kali ini saya dibawa oleh pemandu pelancong ke tempat   penempatan pasar Satok yang baru. Lebih besar, lebih banyak peniaga dan lebih banyak persaingan!

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-2

Semasa saya ke sini, kebanyakan pengunjung pergi ke bahagian belakang pasar yang para peniaganya menggunakan payung lipat. Berbanding di dalam kawasan pasar yang mempunyai blok kedai. Sebab disini telah diasingkan bahan basah dibahagian sinun, bahagian sayur dibahagian sana dan lebih teratur la. Tetapi rambang mata nak buat perbezaan harga. Ada yang jual murah tetapi jauh nak menapak. Adoii penat kaki berjalan.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-13

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-12

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-11

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-10

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-6

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-5

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-3

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-4

Walau apa pun, saya pasti kebanyakan pengunjung di sini sudah pandai memilih kedai. Kedai yang bolehh tawar menawar dan semua keperluan lengkap untuk memasak ada. Pasti kedai itu ramai pengunjung. Hehehe. Di Medan Niaga Satok ni, banyak sangat hasil laut segar, sayuran segar dan teruja melihat sayuran gemok-gemok. Hahahaha.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-8

Bunga Kantan – RM 1 seikat.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-14

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-9

Sepanjang saya meronda di kawasan Medan Niaga Satok, mesti anda tertanya-tanya apa saya beli. Hehehe. Saya beli Lemang Bertawi, Baju T-Shirt untuk ahli keluarga, Kain Batik Borneo dan Kain Pelekat. Total keseluruhan habis duit dsini adalah RM 100. Hahaaha!

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-17

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-16

Selain daripada itu, saya ada la snap gambar si Faizal. Dia beli Popia Canai yang bernilai RM 2! Cisdel! Saya tak jumpa pun Popia Canai tuuu.. Wuwuwuwuwu.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-19

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-20

Ada jagung! Argghh.. Apakah rasa makanan ini.. Hmmm.. Tak dapat saya nak ulas. LOL!

Oleh kerana trip ini anjuran Malindo Air. Ini Kek Lapis khas untuk anda! Hehehe. Kek Lapis berasaskan Strawberry, Nenas dan Chocolate! Sedap juga, masam-masam coklat tu. Kak Anis ada beli. Habis dia makan dalam bas bersama Kak Eli dan Kak Irine.. Hahaha.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-7

Itu semua pengalaman saya di Medan Niaga Satok. Tidak termasuk lagi barang basah yang saya order melalui pemandu pelancong saya. Saya order Ikan Terubuk Masin 12 ekor. 3 ekor RM 10. Kemudian Telur Ikan Terubok sekeping RM 20 dan Udang Galah 1 kilogram RM 50. Pergghh RM 110 hinggit kesemuanya. Hahaha. Untuk bawa terbang ke Malaysia, mereka pandai bungkus dan lihatlah cara mereka pack seperti briefcase. Hahaha.

Medan-Niaga-Satok-Sarawak-22 Medan-Niaga-Satok-Sarawak-23 Medan-Niaga-Satok-Sarawak-21 Medan-Niaga-Satok-Sarawak-24 Medan-Niaga-Satok-Sarawak-25 Medan-Niaga-Satok-Sarawak-26

 

Udang Galah ni, mak saya masak keesokan hari untuk makan tengahari. Segar, crunchy lagi. Nyummy!

Kalau ke Satok memang tidak sah kalau tidak keluar duit. Murah murah.. 🙂

Tapi apa yang saya perasan keadaan pasar ni macam tidak terancang la pula. Tempat parking padat giler! Kenapa tidak bina Medan Niaga Satok bertingkat ye? Mungkin ada yang tidak larat nak naik turun lift or ramai pengunjung. Takda sesiap ke boleh bagi plan seperti pasaraya Giant dan Tesco? Mereka guna escalator yang mendatar tu. Walau pun pasar, why not sselenggara bertingkat dan ada escalator. For sure parking space banyak. Lepas tu rental sesebuah kedai tak payah la mahal-mahal sangat kan. Sian mereka mencari rezeki. At least dapat tarik pelancong dalam luar negeri dah cukup bagus. Tambahan bawa blogger macam saya, liputan meluas lagi tau. Hehehe.

Okaylah walau apa pun, orang Sarawak memang ringan tulang!

xoxo!

sign5.png

 

16 comments on “Medan Niaga Satok Sarawak

    1. rabiatul adawiyah Post author

      PenaBerkala > Kempunan la sangat.. nak pegi Kuching lagi kan? ko pergi beli, pastu dtg rumah akak. Meh ku tolong masakkan. :p

      Reply
  1. Pingback: Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 3 | The LifeStyle Journalist

    1. rabiatul adawiyah Post author

      KiD > Besar udang galah tu. Ingatkan 1 kilogram dapat 2 ekor je ke kan. Sekali dapat 5 ekor. Seronok adik-adik ruby makan udang tu.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.