Sarawak Cultural Village

      18 Ulasan pada Sarawak Cultural Village

Sarawak terkenal dengan pelbagai budaya, kaum dan tradisi. Untuk melawat keseluruhan Sarawak yang sememangnya besar dan luas dalam 1 hari memang tidak boleh nak habis. Maka, usaha mantan Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu telah membina Sarawak Cultural Village agar memudahkan pelancong dalam dan luar negeri belajar dan tahu lebih mendalam tentang suku kaum di Sarawak.

Sarawak-Cultural-Village-1

Suku kaum tu bukanlah bermakna seperti orang yang membahayakan manusia. Cuma cara mereka hidup, makanan, pakaian dan tradisi sahaja berbeza. Mereka terdiri dari Kaum Bidayuh, Kaum Orang Iban, Kaum Orang Ulu, Kaum Orang Penan, Kaum Orang Melanau, Kaum Melayu dan Kaum Cina. Nampak tak? Saya yang melayu juga terdiri dari suku kaum yang berbeza juga. Jadi, Indah dapat duduk serumpun dalam tanah Malaysia yang sama kan?

Kami disambut dengan musik tradisi. Sangat damai.

Kami disambut dengan musik tradisi. Sangat damai.

Sarawak-Cultural-Village-6

Passport Sarawak Cultural Village

Sarawak-Cultural-Village-7

Dengan adanya passport, seronok sedikit ingin mengumpul cop. Sebab cop adalah berlainan dari tiap suku kaum. Bila sampai ke Kampung Budaya Sarawak ni, teringat dekat kawan kolej saya bernama John Raymond. Beliau orang Sarawak dan dari kaum orang Iban. Seronok melihat beliau menjadi guru tari untuk majlis convo KLMU dulu. Sekitar tahun 2007. Hehehe.

Rumah Bidayuh

Sebelum nak mulakan perjalanan melawat setiap rumah perlu lah rasa bagaimana mereka punya culture. Bila saya berjalan di atas jambatan Bidayuh ni, saya terfikir sebab apa mereka boleh menari dengan kaki bentuk “V” tu. Sebab cara berjalan ke jambatan perlu begitu juga. Kalau jalan lurus, rasa macam nak jatuh. Bila jalan bentuk V, rasa stabil badan. 🙂

Sarawak-Cultural-Village-8

Sarawak-Cultural-Village-9

Sarawak-Cultural-Village-10

Sarawak-Cultural-Village-12

Pakaian Suku Kaum Bidayuh

Sarawak-Cultural-Village-14

Sarawak-Cultural-Village-15

Sarawak-Cultural-Village-17

Sarawak-Cultural-Village-16

Sudah selesai belajar dan meronda satu rumah panjang Bidayuh, barulah minta cop dari aunty nih. Senyum manis je orang Bidayuh ni.

Rumah Iban

Rumah Iban nampak kecil dari luar, tetapi bila masuk dalam. Ada banyak ruang dan pintu. Saya ingatkan rumah orang Iban ni satu sudut yang kecil. Tapi bila dah masuk dalam, siap boleh bergolek-golek dan guling-guling! Luas betul!

Sarawak-Cultural-Village-19

Sarawak-Cultural-Village-20

Sarawak-Cultural-Village-22

Pakaian Suku Kaum Iban

Abang ni muka garang je. Takut saya nak tegur. Pastu senyum macam nak taknak aje. Seram tetiba. Hehehe. Walaupun dia geram, saya nak juga bergambar dengan dia. Pahlawan Besar Orang Iban ni, siapa tak mahu?? Ye tak?? 🙂

Sarawak-Cultural-Village-21

Dah pusing-pusing rumah, baru la dapat cop. 🙂

Rumah Penan

Sarawak-Cultural-Village-23

Suku kaum Penan ni terror bab menyumpit tau. Anda boleh belajar dan menyumpit disini juga. Seronok..

Sarawak-Cultural-Village-24

Pakaian Suku Kaum Penan

Dah selesai menyumpit, boleh dapatkan cop ye. Hehehehe. Seronok pula bila mengumpul cop nih. Macam zaman sekolah dulu. Ada treasure hunt kena kumpul-kumpul cop. Heheheh.

Rumah Orang Ulu

Sarawak-Cultural-Village-25

Sarawak-Cultural-Village-28

Pakaian Tradisional Orang Ulu. Macam Kebaya je. Cantik..

Sarawak-Cultural-Village-27

Sarawak-Cultural-Village-29

Sarawak-Cultural-Village-30

Pertama kali datang ke rumah orang ulu. memang tinggi! sampai gayat dibuatnya. kemudian, tangga sebesar peha saya je yang ada. Tangga itulah untuk naik, dan tangga itulah untuk turun. Sebagaimana anda naik, sebegitulah juga anda turun. Lihat kawasan lapang dibawah rumah seperti dilereng bukit. Pergghh gayat! Menjerit-jerit saya turun tangga. Hahahaha.

Rumah Melanau

Sarawak-Cultural-Village-31

Rumah Melanau ni ada tiga tingkat. Palng besar dan tinggi rumah ni. Tingkat atas sekali tu digunakan untuk persembunyian para wanita dan anak kecil jika berlaku serangan atau ada penjahat datang.

Kaum Melanau ini lah yang mencetus tarian menggunakan buluh tu iaitu Tarian Alu-Alu.

Disebabkan rumah Melanau ni tinggi dan banyak tangga. Saya tidak berkesempatan naik melawat kawasan rumah. Sakit lutut sudah menyerang. Arggg.. Tetapi sempat juga melihat tarian alu-alu tu.

Apr 5, 2013 | percubaan @yanayassin tarian alu-alu dari kaum melanau. lol! by rabiatuladawiya on Keek.com

Rumah Melayu

Sarawak-Cultural-Village-32

Rumah Melayu seperti biasa lah. Macam rumah kebanyakan di semenanjung Malaysia. Di dalam rumah ini ada sekali segala jenis permainan masa kita main waktu kecil dulu seperti congkak, batu seremban dan pakaian baju melayu lengkap pun ada. 🙂

Rumah Cina

Sarawak-Cultural-Village-33

Rumah Cina signboard tidak berapa jelas pula. Rumah Cina zaman dulu seperti kebanyakan rumah cina yang biasa saya lihat. Rumah tidak bertikar, hanya simen. Kemudian dilengkapi dengan kerusi rotan yang boleh berayun tu. Maknanya Orang Cina lah yang pencetus penggunaan kerusi rotan berayun tu kan.

Setelah selesai mengumpul kesemua cop. Jom kita tonton Cultural Shows.

Tarian dari Suku Kaum Iban 

Sarawak-Cultural-Village-36

Sarawak-Cultural-Village-37

Tarian dari Suku Kaum Bidayuh

Sarawak-Cultural-Village-38

Sarawak-Cultural-Village-39

Tarian dari Suku Kaum Melanau

Sarawak-Cultural-Village-40

Sarawak-Cultural-Village-41

Sarawak-Cultural-Village-42

Sarawak-Cultural-Village-43

Tarian dari Suku Kaum Penan

Sarawak-Cultural-Village-44

Sarawak-Cultural-Village-45

Sarawak-Cultural-Village-46

Sarawak-Cultural-Village-47

Sarawak-Cultural-Village-48

Sarawak-Cultural-Village-49

Tarian dari Suku Kaum Melayu

Sarawak-Cultural-Village-50

Sarawak-Cultural-Village-51

Joget Lambak bersama penonton. Hehehe.

Sarawak-Cultural-Village-52

Sarawak-Cultural-Village-53

Seronok sangat bila dapat lihat sendiri kebenaran bahawa suku kaum ini wujud. Masih ingat lagi sewaktu di Sekolah Rendah dan didalam kelas Kajian Tempatan. Cikgu ada beritahu kita semua duduk di Malaysia sangat beruntung kerana kita ada banyak tempat dan kaum untuk dikenali. Jika anda ingin ketahui tentang mereka semua. Jangan lupa datang ke Sarawak Cultural Village ok.

Waktu operasi :
9 pagi – 4.45 petang
Cultural Shows :
11.30 pagi – 12.15 petang
4 petang – 4.45 petang
Bayaran Masuk :
RM 60 (Dewasa)
RM 30 (Kanak-Kanak 6-12 tahun)
 
Lokasi :
Sarawak Cultural Village, Pantai Damai, Santubong,
Kuching, Sarawak
Tel :
+6082-846 108 / 846 078
http://www.scv.com.my
https://twitter.com/scv2u

xoxo!

sign5.png

18 comments on “Sarawak Cultural Village

    1. rabiatul adawiyah Post author

      PenaBerkala > Ko tak tau masa akak serbu kedai pakcik tu. Terus cakap “Alhamdulillah nasib baik pakcik ada”. Pastu tanya dia air apa ada? Pastu dia cakap air kelapa dan asam boi. Bila berenang dalam peti ais dia, takdok plak. tu yang dia terus duduk kat depan entertain uols. Sebab dah ramai sangat serbu.. Air kelapa banyak stok lagi rupanya! Ada kat lagi satu peti. pergghhh.. nyaman sekali dapat minummmmm…

      Reply
  1. Pingback: Malindo Air Media Familiarization Kuching Sarawak Day 2 | The LifeStyle Journalist

    1. rabiatul adawiyah Post author

      PenaBerkala > Air kelapa, air asam boi kalau takda. mau akak minum air tasik tu. Hahaha.

      Reply
    1. rabiatul adawiyah Post author

      Yana Yassin > takkan la tiap tahun nak ubah tengkorak tu kat tempat lain yana oiiiiii.. Hahaha! Dari tahun 90-an memang sama aje. LOL!

      Reply

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge