WeChat Party 2013 di Neverland Kuala Lumpur

WeChat adalah aplikasi yang sedang hangat di Malaysia. Dari tahun 2012, WeChat telah berusaha menarik minat pelbagai peringkat usia pengguna dengan menawarkan aplikasi mudah sebegini. Menawarkan FREE chat, voice message, video message emoticons yang comel dan macam-macam lagi. Tetapi yang paling saya gemar guna adalah group live chat. Hehehe. Mudah dan pantas.

Saya memang busy kesana sini, dengan WeChat kalau saya sedang memandu dan menerima voice message saya boleh terus dengar dan apabila berhenti di trafik light merah, saya akan membalasnya dengan menekan button “hold to talk” lama-lama. Mudah kan?

Pada 2 April 2013 yang lalu bertempat di Nerverland, Kuala Lumpur telah diadakan Party WeChat 2013 yang mengumpulkan ramai rakan-rakan blogger. Ia ibarat KL Blogger Gathering yang di sponsor oleh WeChat. Memang seronok kerana kami pelopor penggunaan aplikasi WeChat, sebagai tanda penghargaan dari WeChat mereka mengadakan party tersebut. Banyak tujuan party ini diadakan, tetapi yang utama adalah memberitahu seluruh dunia bahawa WeChat benar-benar wujud dan mempunyai pengguna yang ramai! Yay!

Seawal jam 5.30 saya dan Tammy telah sampai ke Neverland kerana risaukan parking kereta yang hampir penuh. Alhamdulillah kami dapat parking dan berada di bahagian hadapan dan kemungkinan untuk “double park” oleh kereta lain sudah tentu tidak ada. Hehehehe. Sekitar jam 7.00 petang saya masuk untuk register kerana datang awal sangat sampai PR event suruh pergi minum kat kedai mamak. Tapi tak pergi pun kedai mamak. But but.. 1 jam lebih pergi berjalan di Pavilion sambil cuci mata di kiosk Pandora! Gila kan?? Hehehe.

Bertuahnya saya pergi WeChat Party 2013 tak perlu beratur panjang. Hehehehe. Terima kasih kepada PR yang menjaga kuuuuu.. Masuk dalam dapat goodies bag dan kemudian bergambar dan bergambar. Enjoy sangat! Paling saya suka kiosk photo booth ni. Souvenir bergambar berkumpulan dengan rakan-rakan blogger yang saya pun tak berapa kenal. Hahahha. Well, nice to meet you!

Photo Booth
Photo Booth

Kemudian bergambar di sini.. bersama dengan souvenir bantal WeChat. So cutee! Ofkoz untuk diletakkan di dalam kereta. 🙂

WeChat souvenir
WeChat souvenir

Makan malam disediakan dan menu seperti Nasi dan lauk, satay dan minuman bergas disediakan. Heavy dinner wehh.. Kenyang giler.

Rudy sebagai pengacara pula malam tu, memang lawak sponton la dia.

Rudy the emcee..
Rudy the emcee..

Ada penyanyi kecil molek menyanyikan lagu Christina Perry 1000 years. Meremang bulu roma!

Vivian Chua
Vivian Chua

Kemudian dihiburkan pula oleh penyanyi kacak Henley Hii. Ini bukan kpop tau ini anak jati Malaysia yang datang dari Sabah. Hensem kan? Kehkehkehkeh..

Henley Hii
Henley Hii

Selain dari persembahan oleh mereka, ada beberapa permainan dijalankan. Sambil saya makan tu boleh bergelak sakan dengan lawak mereka diatas pentas.

WeChat-Party-10

Sesi pertama pemenang dari kumpulan wanita. Mereka dapat Hard Disk 500GB! Tahniah!!

WeChat-Party-13

Sesi kedua bagi yang jawab dengan betul soalan berkenaan WeChat memenangi Ipad Mini. Ohsemmm..

Awi Rafael
Awi Rafael

Awi Rafael juga turut mendendangkan 3 buah lagu hits beliau.

Keseluruhan acara WeChat Party 2013 memang ternyata seronok. Dari persembahan artis, permainan di atas pentas, photo booth dan makanan memang terbaik. Paling best saya jumpa ramai blogger! Dari rakan blogger lama dulu dari nuffnang pun saya ada jumpa. Rakan blogger dari berlainan agensi pun saya sempat berkenalan. Terima kasih WeChat!

Add saya di WeChat ID : rabiatuladawiyahcom

xoxo!

sign5.png

10 thoughts on “WeChat Party 2013 di Neverland Kuala Lumpur”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.