Fast & Furious 6

Fast and Furious 6 atau Fast 6 atau dikenali di panggung wayang sebagai pantas dan garang ini telah menjadi satu siri francais filem yang hebat. Kali ini dengan aksi yang mantap, kereta yang laju adalah satu keutamaan. Fast-And-Furious-6-Poster Dalam siri ini, apabila Luke Hobbs dan Riley menyiasat kemusnahan konvoi tentera Rusia dilakukan oleh bekas anggota tentera khas British yang dikenali sebagai Owen Shaw. Hobbs lantas membuat keputusan berjumpa dengan Dominic untuk membantunya menyelesaikan masalah tersebut, sebab lain juga Hobbs mengeluarkan satu keping gambar yang menunjukkan Letty turut terjebat dengan Owen Shaw. Maka, Dominic mengambil keputusan untuk membantu Hobbs menyelesaikan masalah dengan syarat dapat pengampunan penuh bagi setiap jenayah yang pernah mereka buat. Dalam siri ini, banyak menunjukkan elemen kekeluargaan dan sepakat setiap orang. Filem ini menonjolkan aksi jalanan yang lain daripada biasa, mempunyai kenderaan seperti Formula 1 dan kereta kebal. Filem ini penuh dengan aksi jalanan yang mantap, lucu dan serius. Jadi, dapatkan Dom dan kumpulannya menumpaskan Owen Shaw untuk mendapatkan kebebasan mereka semula. Mari kita ramai-ramai ke pangung wayang yang berhampiran sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem kereta yang penuh aksi. Untuk filem ini saya bagi 7.8/10. Genre : Action-Thriller Pelakon : Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Chris “Ludacris” Bridges, Luke Evans, Elsa Pataky, Gina Carano Selamat menonton Pantas dan Garang 6! xoxo! sign5.png

6 thoughts on “Fast & Furious 6”

    • Titan > weekend macam ni ramai orang, pergi hari rabu lepas habis kerja. pastikan beli tiket awal tau.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.