LARI

Filem Lari adalah sebuah filem aksi yang dilakonkan oleh beberapa pelakon tanahair yang sememangnya popular dengan cara lakonan masing-masing. Filem ini diarahkan oleh Pengarah tersohor iaitu Ahmad Idham.

Lari-2013-7

Sinopsis Filem Lari

KHALIF (AARON AZIZ) merupakan seorang bekas askar yang tidak lagi berkhidmat dalam bidang ketenteraan. Dia telah mendapat berita yang mengejutkan berkenaan bapanya yang telah meninggal dunia akibat dibunuh.

Semuanya bermula, apabila KHALIF pulang ke kampung, dan melihat orang ramai berada di rumahnya. Bila dihampiri, dia mengetahui bahawa bapanya telah dibunuh oleh sindiket, manakala adiknya, INA (ERIN MALEK) telah dilarikan oleh mereka, kerana membalas perjanjian yang tidak jadi antara bapanya dan kumpulan sindiket berkenaan.

Berdasarkan pengalaman yang pernah diperolehnya daripada latihan ketenteraan dahulu, naluri KHALIF ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarganya. Ini menyebabkan dia mula menyiasat apa yang berlaku, dan mula menemui petunjuk kepada kejadian tragik tersebut.

Dalam masa yang sama KJ (ERRY PUTRA) tidak menyenangi kehadiran KHALIF di kampung itu, kerana masih berdendam dengan kejadian yang berlaku dahulu, di mana KHALIF merupakan buah hati isterinya MAYA (DIRA ABU ZAHAR).

Kepulangan KHALIF juga membuat MAYA cukup bersimpati dengan apa yang terjadi, dia tekad mahu membantu KHALIF dalam menyelesaikan masalah tersebut. Pertemuan itu menyebabkan KJ semakin membenci KHALIF.

Petunjuk mengenai kejadian tragik itu membawa KHALIF memulakan perjalanan dalam mencari jawapan. Ketika tiba di perhentian keretapi, KHALIF merasakan kehadiran ahli sindiket, menyebabkan berlakunya pergaduhan dan dia cuba untuk melarikan diri. Dia terserempak dengan seorang pemandu teksi TAUGEH (HAZAMA AZMI), yang memang telah lama mempunyai impian untuk menjadi seorang wira.

Sejak itu, KHALIF dan TAUGEH bergandingan dalam mencari jawapan kepada apa yang berlaku terhadap bapanya dan juga INA. Kepulangan KHALIF dan TAUGEH ke kampung semula, telah menyebabkan MAYA ingin bersama mereka untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Ketika itu juga, KHALIF mendapat petunjuk bahawa sindiket itu didalangi oleh penyeludup dari negara seberang dengan rakan subahat iaitu KJ.

Ini telah menyebabkan KHALIF bersemuka dengan KJ untuk mengetahui di mana INA disembunyikan. Akhirnya KJ memberitahu mengenai hal sebenar. KHALIF, TAUGEH dan MAYA telah menuju ke sempadan dengan niat untuk melepaskan INA dari cengkaman sindiket itu. Di situ, KHALIF mengetahui bahawa adiknya telah dijadikan pelacur oleh sindiket penyeludupan manusia. Pelbagai rintangan telah dihadapi oleh KHALIF, TAUGEH dan juga MAYA dalam usaha melepaskan INA.

Berjayakah INA diselamatkan? Saksikan filem LARI dipawagam berdekatan anda bermula pada 6 Jun 2013.

Lari-2013-6

Setelah menonton filem ini, saya mendapati filem ni memberi satu lagi anugerah kepada pelakon Aaron Aziz dengan aksi melampau beliau membelasah orang. Pergghhh saya tidak henti menutup mata tiap kali adengan pergaduhan tu. Bagus lah Ahmad Idham kolubrasi bersama pengarah Ong Bak tu. Serius waktu mereka jatuh disebabkan dibelasah oleh Aaron Aziz sangat patah riuk ok! Tonton filem ini untuk 18 tahun ke atas ye. Jangan la bawa kanak-kanak. Hehehe.

Di antara babak-babak menarik di dalam filem Lari

Lari-2013-1 Lari-2013-3 Lari-2013-4 Lari-2013-5

Erin Malek semakin dewasa semakin cun dan cara lakonan beliau semakin best. Ekspresi muka dan gaya manja-manja seorang adik tu saya sangat suka. Good job adik!

Dira Abu Zahar pula semakin hari semakin pandai menjiwai watak. Makin suka dengan lakonan Dira. Walaupun dalam filem Lari scene beliau sedikit je, tapi memberi impak juga.

Hazama paling sempoi dalam filem ni, watak lawak yang beliau lakonkan pada asalnya macam buat semak skrin je kan. Sekali, dia lah pemberi penonton more relax tatkala menonton filem Lari. Yelah, filem ni ganas. Kalau berterusan ganas, takda la penonton wanita kat dalam panggung tu. Hehehe.

Selamat Mononton!

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.