Live Life Large LG’s Blogger

      2 Comments on Live Life Large LG’s Blogger

Jenama LG sememangnya menjadi kegilaan ramai suri rumah tangga sebab boleh dikatakan tiap alat elektronik dari LG saiz besar-besar. Hahaha. Rumah saya menggunakan peti sejuk beku LG No Frost Door Cooling GR322SBF. Mak beli dari tahun 2004, hingga kini masih berkhidmat dengan baiknya. Hehehe.

LG Ultra TV

Kini, saya dijemput ke acara Live Life Large LG’s Blogger yang bakal diadakan pada 8 June 2013 jam 10 pagi di  The Curve! Disana saya akan teroka TV paling besar di dunia! Giant TV! Siapa ada TV 84 inch? Kalau saya memiliki TV besar ni, boleh la saya buat “Hari Menonton Filem Sedunia tiap hari Sabtu”. Ajak semua sedara mara sekali. Hahaha.

Disamping dari LG TV, di acara Live Life Large LG’s Blogger juga turut diadakan aktiviti, permainan dan hadiah-hadiah hebat oleh LG untuk dimenangi. Berdoa agar dapat “Peti Sejuk Beku” untuk rumah baru ku pula. Hahahaha! Nak kena banyak membaca, agar boleh jawab soalan berkenaan produk LG. Atau mungkin kena exercise bagi meningkatkan stamina untuk game LG ke? Hehehe.

Tidak sabar ingin mengetahu ciri-ciri TV 84 inch dan mencuba spek mata 3D dari LG. Selain dari acara Live Life Large LG’s Blogger pada 8 June 2013, pameran bergerak juga turut diadakan di The Curve bermula dari 7-9 Jun 2013, 10 pagi hingga 10 malam.

Jadi jom serbu The Curve untuk berkenalan dengan LG 84inch UltraTV.

xoxo!

sign5.png

2 comments on “Live Life Large LG’s Blogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge