Nasi Hadramot Bukit Bintang

Dah lama tak berkongsi cerita berkenaan makanan kan. Kali ini kita cuba menu makanan timur tengah bersama dengan Moola! Restoran Nasi Hadramot sememangnya lokasi restoran yang mudah untuk anda semua. Turun sahaja dr Monorail Bukit Bintang dan melintas jalan ke arah Mc Donald’s Bukit Bintang dan kemudian jalan terus ke arah seperti gambar model dibawah. Hahaha.

Nasi-Hadramot-Restaurant-1

Nasi-Hadramot-Restaurant-3

Pintu masuk Restoran Nasi Hadramot. Naik tangga ni elok-elok ye. 45 darjah. Hahaha.

Nasi-Hadramot-Restaurant-4

Suasana di Restoran Nasi Hadramot sangat selesa dan seakan berada di Casablanca. Cuma tiada penari je. Hahahaha!

Nasi-Hadramot-Restaurant-6

Nasi-Hadramot-Restaurant-7

Jom makan, lapar perut ni kalau duk membebel je kan. Hahaha. Jika anda ke restoran timur tengah ni, mereka terkenal dengan roti pita. Roti ini disediakan kepada pelanggan dalam keadaan panas-panas lagi.

Nasi-Hadramot-Restaurant-8

7 Hidangan kami cuba. Heheheehehehe. Kenyang tidak terkira! Jom layan.

Nasi-Hadramot-Restaurant-9

Nasi-Hadramot-Restaurant-10

 Diantara Menu Makanan yang saya cuba.

Nasi-Hadramot-Restaurant-Beryani-Shrimp
Beryani Shrimp

Beryani Shrimp seperti gambar di atas sudah menunjukkan bahawa nasi beryani bersama udang. Hahaha. Tekstur nasi beryani yang lembut dan rasa manis udang pun ada. Udang itu hanya udang goreng sahaja. Jadi, makan begini pun dah sedap.

Nasi-Hadramot-Restaurant-Flafel
Flafel

Flafel ini kekacang. Hasil dari kacang hijau. Kemudian kacang hijau dibuat seperti kuih. Lebih kurang macam kuih India yang pakai kacang dal. Hehehe.  Tekstur Flafel ni agak keras sedikit. Mungkin kalau makan panas-panas sedap kot. Hehehe.

Nasi-Hadramot-Restaurant-Foul
Foul

Foul pula adalah kekacang yang sering dimakan sebagai sos pencicah. Kebiasaannya dimakan bersama roti arab atau makan dnegan salad sayur. Rasa kekacang sangat enak!

Nasi-Hadramot-Restaurant-Fried-Kuba
Fried Kuba

Fried Kuba adalah daging hancur yang di bulat-bulat, kemudian disalut dengan tepung dan terus goreng. Sedap sangat kalau makan panas-panas.

Nasi-Hadramot-Restaurant-Hadramot-Mix-Grill
Hadramot Mix Grill

Mix Grill adalah menu kegemaran di Restoran Nasi Hadramot kerana ia adalah menu lengkap bagi penggemar makanan style grill begini. Kombinasi daging, kentang, 1 skewer kebab daging kambing, kebab daging ayam, shistaouk, lamb chop dan 1/2 daging sandwich kambing. Banyak tak? Dalam sepinggan ada semua tu kenyang kan. Hehehe.

Mathlotha Lamb
Mathlotha Lamb

Mathlotha Lamb ni Nasi  yang dimasak berlapis-lapis bersama daging kambing. Rempah ratus beserta roti dan tortillas dibahagian bawah sekali. Maka bila menikmati Mathlotha Lamb ni, pastikan anda makan sampai habis. Hehehe.

Messaka'ah
Messaka’ah

Messaka’ah pula terung, tomato, bawang dimasa bersama puree sos. Rasa masam-masam macam spaghetti sos sangat teserlah. 🙂

Jom menikmati Restoran Nasi Hadramot! Enjoy!

Famous Arabic resturant in Kuala lumpur

www.facebook.com/NasiHadramoot

Lokasi : Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Malaysia

Masa Beroperasi : Mon – Sun 10:00 – 03:00

No tel : 03-2110 1136

xoxo!

sign5.png

1 thought on “Nasi Hadramot Bukit Bintang”

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.