Selamat Hari Guru 2013

      3 Comments on Selamat Hari Guru 2013

Bila tiba 16 May 2013. Teringat sambutan hari guru masa zaman sekolah dulu. Sudah 9 tahun saya meninggalkan alam persekolahan yang sememangnya kenangan alam remaja yang indah-indah belaka. Hehehe.

Masa sambutan hari guru, pasti perhimpunan lama giler. Seriously banyak ucapan  akan dibacakan. Dari pengetua, guru penolong kanan, kaunselor dan kemudian diikuti pengumuman guru contoh pada tahun tersebut. Akhir sekali adalah pemberian cenderamata kepada guru. Hari ini lah ramai cikgu senyum meleret sebab dapat hadiah banyak!

Dulu saya pernah beri hadiah kepada guru yang mengajar saya. Masa tu kami satu kelas kumpul duit. Memang bab beli hadiah untuk orang dewasa saya failed skit. Kalau untuk mak dan abah saya tahu la mereka suka apa kan. Ni untuk guru. Argghh. Dalam sepanjang 11 tahun di sekolah. Hadiah paling teruk saya pernah bagi adalah perhiasan kaca yang dah pecah berderai. Guru siap jumpa saya dan bagi tahu “Hadiah kamu pecah lah.”. Muka saya terus hampa. Takda mood nak belajar. Last sekali bagi pen je la kat guru tu. Beli jugak tu. Hahaha.

Guru yang paling saya sayang adalah Puan Noor Azlin. Kemana tah cikgu tu dah pergi. Lama saya cari, tapi masih lost contact. Tahu kenapa saya suka cikgu ni. Sebab beliau mengajar bahasa inggeris dengan garang sekali. Kemudian beliau percaya saya boleh menjadi pelajar yang bagus. Ya betul, saya dapat A di dalam bahasa inggeris sewaktu beliau mengajar untuk kelas saya. Tahun berikutnya beliau berpindah ke sekolah lain. Saya tidak sempat nak bertanya kemana beliau dipindahkan. Sedih sangat rasanya.

Mata pelajaran guru selain bahasa inggeris agak bosan sikit. Saya tidak suka matematik tambahan!!! Kesian cikgu tu mengajar sampai ada kelas khas pun saya blur lg, tetapi itulah perkara yang perlu dilalui tatkala menjadi seorang guru. Bila dah umur 26 tahun baru rasa menyesal kenapa tak belajar pandai-pandai lagi masa kat sekolah. Pelajaran di Malaysia kan percuma. Kenapa la saya tidak manfaatkannya. Hmm..

Selamat Hari Guru! Saya sayang cikgu!

xoxo!

sign5.png

About Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

3 comments on “Selamat Hari Guru 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge