The Apprentice Asia

      3 Comments on The Apprentice Asia

The Apprentice adalah rancangan realiti tv yang berjaya membuka mata ramai anak muda bahawa bukan mudah untuk berjaya dan bukan susah untuk berjaya jika terus berusaha.

Dari The Apprentice yang famous quote “You Are Fired” dari Mr Donald Trumph. Kini The Apprentice menjadi satu lagi rancangan realiti tv yang bakal membuka mata anak-anak muda khususnya di Asia. Kali ini The Apprentice Asia diserikan dengan 12 peserta. Big Boss adalah Tan Sri Tony Fernandes, Group Chief Executive Officer AirAsia.

The Apprentice Asia

Difilemkan di Singapura dan Kuala Lumpur, adaptasi dari rancangan siri realiti Amerika Syarikat berdasarkan format yang dicipta oleh guru realiti TV Mark Burnett (The Voice, Survivor) dan dihasilkan secara tempatan oleh Fremantlemedia Asia, sebuah syarikat hiburan global yang terkemuka. Penyeri rancangan ini adalah hartawan syarikat penerbangan dan penerima anugerah Forbes Asia 2010 ‘Asia Businessman of the Year iaitu Tan Sri Tony Fernandes, yang dikenali sebagai seorang pencetus penerbangan tambang murah dan berjaya menaikkan keuntungan syarikat penerbangan AirAsia dalam tempoh setahun pengambil alihan.

Kathleen Tan (Chief Executive Officer, Expedia Asia), Tan Sri Tony Fernandes (Group Chief Executive Officer AirAsia), Mark Lankester (Tune Hotels’ Group Chief Executive Officer)

Kathleen Tan (Chief Executive Officer, Expedia Asia), Tan Sri Tony Fernandes (Group Chief Executive Officer AirAsia), Mark Lankester (Tune Hotels’ Group Chief Executive Officer)

12 calon dari seluruh Asia akan bersaing untuk merebut takhta menjadi Apprentice yang pertama di Asia, pemenang juga berpeluang untuk bekerja bersama Tan Sri Tony Fernandes di salah satu perusahaan beliau. Mungkin di dalam syarikat baru beliau? Jadi CEO? Hehehe.

The Apprentice Asia Group Photo with The Boss!

The Apprentice Asia Group Photo with The Boss!

Juga turut diadili oleh penasihat Tan Sri Tony Fernandes iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Hotel, Mark Lankester dan Ketua Pegawai Eksekutif Expedia Asia, Kathleen Tan. Kedua-duanya sangat berjaya di dalam bidang masing-masing. Kejayaan Tune Hotels mencapai’pertumbuhan kepada 27 hartanah di rantau ini, Mark baru-baru ini memenangi “Outstanding Entrepreneurship Awards 2012” di Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik. Manakala sebelum Kathleen menyertai Expedia Asia, Kathleen telah memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan komersil AirAsia, menjuarai kejayaan di pasaran China. Beliau juga telah dinobatkan sebagai ‘Marketer of The Year‘ di Web In Travel Annual Conference 2012.

AXN telah mencari usahawan perniagaan yang terbaik dan berminat bekerja untuk Tan Sri Tony Fernandes. Mewakili tujuh negara di rantau ini (Singapura, Malaysia, China, India, Indonesia, Thailand dan Filipina), 12 peserta dari pelbagai latar belakang yang menarik dalam hiburan, makanan dan minuman, perhotelan, teknologi maklumat dan dunia undang-undang dan kewangan telah dipilih. Dari berusia antara 25 hingga 38 tahun. Ada diantara mereka yang masih dalam pekerjaan pertama mereka. Manakala beberapa orang dari peserta sudah memiliki perniagaan yang berkembang maju di negara mereka sendiri. Peserta juga memiliki keistimewaan masing-masing, ada yang pandai dalam perniagaan, ada yang aktif dalam bidang seni dan ada yang dikenali telah bekerja di dalam bidang pemasaran dan keusahawanan di negara masing-masing.

Sepanjang musim ini, calon-calon akan diuji kemahiran mereka dalam bidang jualan, perundingan, kreativiti, pengurusan, penjenamaan dan kepimpinan. Pada permulaan, calon-calon yang akan berpecah kepada dua kumpulan berdasarkan jantina. Perhatikan episod pertama yang menjadikan rancangan ini sangat baik – sebagai calon, mereka diberi tugas yang mencabar untuk menjual ikan! Ini adalah satu pengalaman yang amat berharga memandangkan kebanyakan daripada mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar basah. Penasihat Tan Sri Tony Fernandes iaitu Mark dan Kathleen memantau setiap pasukan sewaktu mereka menyelesaikan tugas, dan pendapat mereka berdua memainkan peranan yang penting dalam keputusan siapa yang bakal dipecat oleh Tan Sri Tony Fernandes.

Apa yang membuat musim sulung The Apprentice Asia sangat memukau adalah drama yang berlaku sewaktu peserta melakukan tugasan. Seperti yang boleh dijangkakan apabila sekumpulan watak-watak yang bercita-cita tinggi menjadi satu kumpulan, maka ada pertembungan idea, tidak sepakat dan ini bakal membuatkan The Apprentice Asia sangat mendebarkan ketika sesi boardroom di mana salah seorang daripada mereka akan pulang ke rumah, dengan tangan kosong.

(The Apprentice Asia_Bosses & Contestants):- (L-R): Dian Krishna Mukti (Indonesia), Nik Aisyah (Malaysia), Jonathan Allen Yabut (Philippines), Andrea Loh Ern-Yu (Singapore), Nazril Idrus (Malaysia), Alexis Lothar Baudin (China), Kathleen Tan, Tony Fernandes, Mark Lankester, Samuel Rufus Nallaraj (India), Dussadee Oeawpanich (Thailand), Celina Le Neindre (Philippines), Hendy Setiono (Indonesia) and Hanzo Ng Kian Tat (Malaysia)

(The Apprentice Asia_Bosses & Contestants):-
(L-R): Dian Krishna Mukti (Indonesia), Nik Aisyah (Malaysia), Jonathan Allen Yabut (Philippines), Andrea Loh Ern-Yu (Singapore), Nazril Idrus (Malaysia), Alexis Lothar Baudin (China), Kathleen Tan, Tony Fernandes, Mark Lankester, Samuel Rufus Nallaraj (India), Dussadee Oeawpanich (Thailand), Celina Le Neindre (Philippines), Hendy Setiono (Indonesia) and Hanzo Ng Kian Tat (Malaysia)

Tonton AXN pada 22 Mei 2013 untuk mengetahui siapa yang bakal dipecat oleh Tan Sri Tony Fernades dan menyatakan “bloody disaster” dan “a weapon of mass destruction” dan nilai pertaruhan anda kepada calon yang mungkin berakhir dengan menjuarai The Apprentice Asia!

The Apprentice Asia dipersembahkan oleh AirAsia, Expedia, Hilton Hotels & Resorts, IG, telefon pintar rasmi BlackBerry dan kereta rasmi Volkswagen Malaysia

The Apprentice Asia premieres on 22 May 2013
Every Wednesday at 9.05pm (SG, MY, HK, PH) 8.05pm (JKT)

First and Exclusively on AXN

xoxo!

sign5.png

3 comments on “The Apprentice Asia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge