Trio Restaurant KL Gabungan Makanan Barat, Arab dan Parsi

Kebiasaanya sebagai kaki makan, pasti mencari lokasi restaurant yang mempunyai pelbagai menu makanan. Kalau boleh satu tempat tu, kalau dah lazat dengan pelbagai menu. Pasti itu lah lokasi tetap waktu untuk kita sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.

Jarang ditemui satu restoran yang besar menampilkan pelbagai menu dari pelbagai negara dan tidak dilupa juga menu tempatan juga turut disediakan. Trio Restaurant boleh menempatkan 500 tetamu dalam satu masa. Lokasi Restaurant ini sering menjadi tumpuan bagi majlis perkahwinan dan pelbagai keraian. ūüôā

Trio-Restaurant-3

Saya berkesempatan membuat ulasan makanan bersama Moola di “Trio Restaurant” yang terletak di¬†Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng yang sememangnya mudah untuk dicari jika anda penggemar makanan. Lokasi Trio Restaurant agak kedalam sedikit sebab mereka menerapkan hiasan dalaman seperti taman agar kesemua pelanggan selesa.

Konsep Trio Restaurant selain menu makanan yang pelbagai, mereka juga turut membina 5 ruang khas untuk pelanggan menikmati hidangan mereka mengikut mood.

Tropicana : Kawasan Tropicana ini menempatkan pokok-poko hijau dan air terjun. Pada waktu malamnya, bunyi air terjun serta lampu malap menjadi tempat utama bagi pasangan suami isteri menjadikan ia lokasi sambutan anniversary. Trio Restaurant sentiasa mendapat pesanan awal bagi ruangan ini. hehehe.

Middle East : Ruangan ini lebih kepada kerusi dan bantal yang ala-ala Casablanca tu.

Western : Ruangan ini menempatkan live band dan kerusi meja yang kebiasaanya di cafeteria.

Garden : Ruangan ini paling ramai suka, makan sambil melihat bunga-bungaan. Dating kat sini memang syahdu. Ada Gazebo lagi. Pergghhh.

Family : Ruangan family ini pula menempatkan meja besar yang jika anda family besar nak makan malam bersama tidak menjadi masalah.

Diantara menu makanan dari Trio Restaurant yang saya nikmati adalah :

Trio-Restaurant-Mandi-Chicken

Disediakan dengan nasi mandi bersama ayam yang di panggang. Tekstur ayam sangat lembut. Enak dimakan bersama sos cili Trio Restaurant.

Trio-Restaurant-Biryani-Lamb

Nasi Biryani yang dimasak menggunakan beras istimewa dan bau penaik dari daun ketumbar. Daging Kambing yang diperap, maka ia sangat lembut. Rasa sangat harmoni.

Trio-Restaurant-Chicken-Kebab-Sandwich-French-Frise

Ayam kebab ni lembut walaupun ia di panggang. Bagi yang menjaga berat badan, menu ini sangat sesuai. Jika tidak mahu kentang goreng pun tidak mengapa. Hehehe.

Trio-Restaurant-Sultani

Sultani adalah kombinasi daging kambing yang dibakar secara kecil-kecil dan lagi satu adalah kambing kebab Koobiden. Bagi pencinta daging! Inilah menu yang sangat sesuai untuk anda. Tekstur, persembahan, rasa semuanya harmoni.

Trio-Restaurant-Special-Pizza

Pizza ini direka khas mengikut perminataan pelanggan. Anda boleh pilih sos apa yang anda nak, atau cakap sahaja anda tidak makan daging tetapi inginkan pizza ayam yang sangat lazat. Nanti chef itu akan rekakan pizza khas untuk anda. Pastikan anda bertanya apa nama menu tersebut, agar next time boleh order lagi. ūüôā

Trio-Restaurant-8

Trio-Restaurant-Sekam-Jebin

Ini adalah kali pertama saya mencuba Sekam Jebin, minuman yang hanya dibuat jika ada permintaan. Di dalam menu tiada air ini. Hehehe. Sekam Jebin adalah air berasaskan Timun yang digemari oleh orang padang pasir. Air ini menambahkan kesejukan suhu badan. Untuk orang Malaysia pun sesuai. Sebab iklim kita pun panas. Air ini rasa masam-manis macam tu.

Trio-Restaurant-Virgin-Mojito

Virgin Mojito pula minuman berasaskan limau segar, sprite dan daun pudina. Tidak masam tetapi manis segar daun pudina. Macam grape water masa kita kecil-kecil dulu tu. Hahahaha.

Trio-Restaurant-6

Bergambar bersama pengurus Trio Restaurant

Keseluruhan taraf restoran adalah seperti berikut

(1-Kurang Memuaskan, 2-Selesa, 3-Terbaik, 4-Harmoni, 5-Saya Paling Suka):

Kebersihan : 5
Lokasi : 2
Hiasan Dalaman : 5
Penyediaan Makanan mengikut masa : 3
Kreativiti Penyediaan Makanan, Rasa, Tekstur & Kuantiti : 5

http://www.trio.my

https://www.facebook.com/triokl
Lokasi : 
No. 5, Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng. Kuala Lumpur 50450Malaysia
GPS : 0060 3 2161 61 16 | 0060 3 2181 12 57
Masa Beroperasi :
Isnin – Sabtu : 12 tengahari – 2 pagi
Ahad : 12 tengahari – 1 pagi

Selamat menjamu selera.

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

2 thoughts on “Trio Restaurant KL Gabungan Makanan Barat, Arab dan Parsi

    titan

    (June 1, 2013 - 9:35 pm)

    nampak macam menyelerakan je..
    titan¬īs last blog post ..Naif juga bagus.My Profile

      Rabiatul Adawiyah

      (June 9, 2013 - 4:51 pm)

      Titan > Trio restoran ni ada macam-macam. Better order pelbagai menu lepas tu share. Tak membazir. Hehehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.