Buffet Ramadhan 2013 – Park Royal Kuala Lumpur Hawker Temptations Ramadhan Feast RM 98

Ramadhan hampir tiba, makanya slot Buffet Ramadhan juga turut ada di dalam blog ruby.my. Hehehe.

Kali ini saya akan membawa anda semua untuk menikmati juadah dari Park Royal Kuala Lumpur bertemakan Hawker Temptations Ramadhan Feast. Hawker Temptations Ramadhan Feast diadakan di Chatz Brasserie bermula dari 10 Julai 2013 hingga 7 Ogos 2013 dari jam 7 malam hingga 10.30 malam setiap hari.

Harga buffet Ramadhan yang ditawarkan adalah RM 98++ untuk dewasa dan RM 49++ untuk kanak-kanak. 

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-28

 

Diantara Menu yang disediakan oleh Park Royal Kuala Lumpur – Hawker Temptations Ramadhan Feast adalah :

Makanan Laut – Tiram segar dan Kupang rebus beserta sos lemon dan limau nipis koktel & sos tomato pedas.

Salad dan Kuah – Salad Romaine, Thousand Island, Perancis, Itali

Ulam-ulaman – Petai, Jering, Kerdas, Ulam Raja, Kacang Botol, Daun Selom, Pucuk Ubi, Pucuk Pegaga, Kacang Bendi, Jantung Pisang, Terung Pipit, Terung Jari.

Aneka Kerabu – Pasembor Berlauk bersama kuah kacang, Nasi Kerabu, Kerabu Pucuk Paku, Umai Ikan, Kerabu Soo Hoon Berudang, Kerabu Perut, Kerabu Ayam Daun Kesom, Kerabu Jantung Pisang.

Aneka Sambal – Sambal Belacan, Sambal Mangga, Sambal Kelapa, Sambal Tomato, Cencalok

Bubur – Bubur Lambuk

Menu Utama – Udang Galah Goreng Mamak, Gulai Lemak Telur Itik, Kurma Kerbau, Ikan Duri Berlada, Ayam Percik Iftar, Pajeri Nenas, Acar Kedondong, Acar Buah

Roti Canai dan Murtabak – Roti Canai, Roti Telur, Murtabak Ayam, Roti Jala, Kari Ayam, Dalcha Sayur dan Serawa Durian

Ikan Bakar dan Kerang – Pelbaga Ikan dan Kerang Bungkus bersama sos buatan sendiri iaitu sos asam, sos kicap pedas, sos cili thai dan sos kalasan

Dim Sum – Jade dumpling kukus, Har Kau kukus, Swee Kau goreng

Stesen BBQ Kambing

Stesen Daging Segar

Stesen Char Keow Teow

Stesen Aneka Mee dengan bahan perasa

Stesen Nasi Ayam

Pencuci Mulut – Kuih Lopes, Puteri Mandi, Lepat Ubi, Ondeh-Ondeh, Kuih Talam Keladi, Puteri Ayu, Bingka Ubi, Kuih Tako, Lepat Pisang, Kuih Karas, Badak Berendam

Bubur Istimewa Ramadhan – Bubur Kacang Hijau Durian

Air Istimewa Ramadhan – Chatz Air Janda Pulang (campuran air kelapa dan sira gula palma

Stesen Ais Kacang dengan bahan perasa

Stesen Ais Krim dengan bahan perasa

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-26

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-9

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-8

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-10

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-11

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-21

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-22

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-25

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-13

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-12

 

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-24

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-19

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-20

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-1

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-17

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-18

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-29

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-30

Buffet-Ramadhan-Park-Royal-Kuala-Lumpur-27

Selain tawaran diatas, Park Royal Kuala Lumpur – Hawker Temptations Ramadhan Feast juga menawarkan pakej berbuka puasa dan Hari Raya beramai-ramai untuk minimum 50 orang dan ia bernilai RM 80++ seorang. Jika anda ingin menggunakan banquet hall, RM 95++ seorang sahaja.

ParkRoyal Hotel Kuala Lumpur
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : 0321470088
www.parkroyalhotels.com
www.facebook.com/Parkroyalkualalumpur 

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.