Konsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park ‘LIVING THINGS’ Di Malaysia

Selepas hampir sedekad mengadakan konsert di Malaysia, kumpulan metal, Linkin Park bakal kembali beraksi di sini sempena konsert jelajah dunia ‘Living Things’ yang bakal diadakan pada 19 Ogos 2013 di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 8:00 malam.

Linkin Park Pic

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk anugerah platinum khusus untuk kumpulan rock ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Linkin Park yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini turut berjaya menjual album mereka lebih 50 juta unit di seluruh dunia dan menjadi kumpulan muzik terbesar di Facebook apabila berjaya mengumpul seramai 53 juta peminat. Jumlah itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa. Semasa mereka melahirkan album pertama berjudul Hybrid Theory, 13 tahun lalu, Linkin Park mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis pertama yang mempunyai 10 single yang berjaya mendaki carta popular stesen radio Alternatif di Amerika Syarikat.

Kini dengan terhasilnya album terbaru berjudul Living Things (Machine Shop Recordings /Warner Bros) Linkin Park sekali lagi membuktikan mereka lebih hebat daripada kumpulan lain di abad ini apabila album terbaru itu mencapai jualan nombor satu di lebih 20 buah negara. Kecemerlangan kumpulan yang terkenal dengan lagu In The End, Numb dan Somewhere I Belong ini bukan saja dari segi muzik tetapi juga dari segi kerja amal yang dilakukan.

Linkin Park World Tour Live in Malaysia 2013

Pada tahun 2005, Linkin Park menubuhkan Music For Relief 501 © (3) iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan. Organisasi itu berjaya mengutip lebih lebih 5 juta dolar dan kutipan itu akan diagihkan kepada mangsa bencana alam dan projek alam sekitar. Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web www.musicforrelief.org

Dari videografi hinggalah kepada persembahan pentas ikonik yang tidak
dilupakan, Linkin Park sentiasa memiliki paparan visual yang sesuai dengan muzik mereka sekaligus menjadikan mereka berbeza dengan band lain yang sedia ada. Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things’’ ini dibawakan oleh The Wonderland+.

Peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara. Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

Linkin Park Living Things World Tour Live in Malaysia 2013

Tiket berharga RM95, RM195 dan RM295 dikategorikan sebagai tempat duduk bebas manakala untuk tempat berdiri bebas tiket dijual dengan harga RM350 (Zon Playground), RM450 (Zon Rock), RM550 (The Pit) dan RM680 untuk kategori VIP. Bagi mereka yang membeli lebih awal iaitu sepanjang tempoh pra jualan bermula 21 hingga 30 Jun depan, diskaun sebanyak 10 % akan diberikan kepada mereka. Mereka yang berminat boleh melayari laman www.ticketcharge.com.my atau hubungi talian (+60) 3 9222 8811 atau www.facebook.com/thewonderlandplus.

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.