Larian Amal Aaron Aziz Bersama Era.FM Dalam Membantu Yayasan AIDS Malaysia

Walaupun sibuk dengan jadual promosi filem LARI, pelakon kegemaran ramai, Aaron Aziz, masih sempat untuk melakukan kerja amal membantu Yayasan AIDS Malaysia (Malaysian AIDS Council) dalam mengumpul dana, dengan mengadakan satu larian amal, yang dijadualkan pada hari Rabu, 5hb Jun 2013, bertempat di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Lari-Amal-Aaron-Era

Dalam pada itu juga #LariAmalAaronEra merupakan salah satu usaha promosi filem LARI, lakonan Aaron Aziz yang akan mula ditayangkan pada 6 Jun, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura, merupakan sebuah filem aksi, yang mengangkat isu pemerdagangan manusia.

Selaku duta Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, Aaron Aziz berkata, program #LariAmalAaronERA bertujuan mengisi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia. Bagi mereka yang berminat membantu boleh membuat sumbangan ikhlas se-minimum RM 1.00 kepada tabung Yayasan AIDS Malaysia, seperti yang tertera di bawah. Manakala bagi setiap sumbangan berjumlah RM50.00 akan disertakan dengan resit pengecualian cukai bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Tambah Aaron lagi, “Setiap ringgit yang disumbangkan adalah merupakan langkah intervensi secara langsung yang dapat menyelamatkan nyawa serta mengubah nasib wanita, remaja serta kanak-kanak terpinggir yang terpaksa melalui pengalaman hidup yang getir sebagai Orang Yang Hidup Dengan HIV/AIDS. ”

Program #LariAmalAaronEra ini mendapat sokongan Era.FM selaku radio penyiar, dan acara ini akan dipancarkan secara langsung ke seluruh negara. Diharap, #LariAmalAaronEra ini mendapat sambutan dalam satu usaha murni oleh Aaron Aziz sendiri untuk mendapatkan dana, dalam membantu golongan yang memerlukan.

UNTUK SUMBANGAN:
Nama Akaun : Yayasan AIDS Malaysia 
No Akaun : 5141-0542-1257 (Maybank)
LOKASI LARIAN: 
Lokasi : Stadium Nasional, Kompleks Sukan Bukit Jalil 
Tarikh : 5hb Jun (Rabu), 2013 
Masa : 7.30 pagi
Hashtag : #LariAmalAaronEra 
Twitter : @myAIDSCouncil 
Facebook : Malaysian AIDS Council/Red Ribbon Youth Club
 

Jom sama-sama kita beramal. 🙂

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.