Lingham Konvoi Ke Seluruh Negara Sempena Ulangtahun ke-100

Lingham? Siapakah Lingham? Kenapa beliau nak konvoi ke seluruh negara? Hebatkah beliau? Itu lah persoalan dari diri ini setelah menerima jemputan ke acara tersebut. Hahahahaha.

Lingham adalah jenama sos cili yang sudah bertapak di Malaysia sejak tahun 1908. Ia adalah produk tempatan Malaysia. Tetapi kenapa tidak digunakan oleh orang Malaysia sendiri sebagai sos pilihan ramai? Saya memang berasa pelik. Sebab kalau nak diikutkan cara sesuatu produk menjadi popular adalah jika dalam rumah mereka memiliki sos cili Lingham. Gunakan sos cili Lingham ketika makan ayam goreng, cekodok ikan bilis dan keropok lekor ke. Ternyata Lingham memerlukan lebih pendedahan. Mungkin dari iklan TV, Blogger dan Socal Media. Diharap peranan Media dari Mercatus dapat menggalakkan lagi pendedahan terhadap produk Lingham. Yelah sos cili dia lagi sedap dari Maggi dan Life.

Sos Cili Lingham telah melancarkan kempen terbarunya iaitu konvoi ke seluruh negara. Sebanyak 24 buah kereta berjenama akan mengelilingi Malaysia bagi memberi pendedahan jenama dan lebih dikenali oleh orang ramai di luar sana.

Mr Yeoh Jin Beng, Pengarah Urusan Lingham & Sons (M) Sdn Bhd
Mr Yeoh Jin Beng, Pengarah Urusan Lingham & Sons (M) Sdn Bhd
Mr Yeoh Jin Beng sewaktu perlancaran.
Mr Yeoh Jin Beng sewaktu perlancaran.
Mr Yeoh Jin Beng bersama kereta konvoi berjenama Volkswagen
Mr Yeoh Jin Beng bersama kereta konvoi berjenama Volkswagen

Yeoh Jin Beng, Pengarah Urusan Lingham & Sons (M) Sdn Bhd berkata, “Konvoi itu akan terus mengukuhkan jenama kami yang telah wujud selama lebih 100 tahun. Lingham yang terkenal di seluruh dunia dan ia adalah satu cara yang baik untuk membolehkan rakyat Malaysia tahu jenama Lingham sewaktu konvoi nanti. Semua kereta dicat dengan warna cap dagang Lingham, kuning cerah bersama-sama dengan logo kami “.  “Kami akan menganjurkan peraduan serentak di laman Facebook kami untuk melibatkan orang awam. Peraduan bermula pada bulan ini, melawat satu negara pada satu masa,” katanya.  Konvoi Lingham  bertujuan untuk menarik perhatian generasi muda serta berkongsi dengan mereka pelbagai sos cili yang unik dan berkualiti dan merupakan salah satu jenama beberapa di dunia yang hanya menggunakan semua bahan-bahan semula jadi. Lingham adalah satu jenama tempatan yang menjual produk mereka di lebih 20 buah negara dan terus memenangi peminat di seluruh dunia. “Kami ingin semua orang di dunia dapat menikmati rasa unik, eksotik, manis dan pedas sos cili kami iaitu Lingham,” kata Yeoh.

Lingham telah ditubuhkan pada tahun 1908 oleh seorang warga India yang bernama Lingham dengan nama beliau di Pulau Pinang. Perniagaan ini telah dijual kepada sebuah keluarga Cina pada tahun 1945 selepas Perang Dunia Kedua dan selepas beberapa perubahan, syarikat ini Lingham & Son (Malaysia) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1971. Sejak itu, jenama telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu pengeluar sos cili yang terkemuka di negara ini. Rangkaian pengedaran Lingham di seluruh dunia kini menjangkau Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Denmark, Finland, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Belanda, New Zealand, Pakistan, Filipina, Singapura, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Thailand, United Arab Bersatu, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Sos Cili Lingham dikenali di Amerika adalah sebagai Lingham’s Hot Sauce.

Lingham-Chilli-Sauce-Convoy-Nationwide-8

Lingham memiliki 5 variasi sos cili iaitu Lingham Sos Cili, Lingham Garlic, Lingham Ginger Garlic, Lingham Ginger dan Lingham Extra Hot. Ksemua varian sos cili mempunyai 100% cili merah dan bahan-bahan semula jadi dan disahkan Halal, US FDA dan Persatuan Vegetarian.

Sewaktu perlancaran konvoi bersempena 100 tahun Lingham. Saya telah menerima sekotak chocolate. Seronok bukan kepalang lagi. Hahahaha.

Lingham-Chilli-Sauce-Convoy-Nationwide-7 Lingham-Chilli-Sauce-Convoy-Nationwide-6

Inilah produk terkini iaitu Lingham Chocolate Chilli. Pedas. Bayangkan makan chocolate yang manis pahit tu tiba-tiba disusuri rasa pedas. Pergghhh. Good idea Mr Yeoh Jin Beng. Cepat-cepat keluarkan di pasaran, nanti kena ciplak pula dengan jenama lain walaupun memang dah ada banyak produk begini di luar negara, why not di Malaysia ni Lingham mulakan dulu. Seperti permulaan Lingham pada tahun 1908. 🙂


Untuk maklumat lanjut mengenai Sos Cili Lingham, layari

www.lingham.com

atau

Facebook

www.facebook.com/lingham.sauces

xoxo!

sign5.png

Post Author: Ruby

Ruby is a writer, entrepreneur and youtuber. The content of this blog consisting sponsor and personal experience. As i'm write something might different from other bloggers, alas different type of ideas give different result. Think and stay positive to keep our mind clean and healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.