L’Occitane Iris Angelica – Rias Wajah Secara Natural Dan Minimum

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan darI kita sebagai wanita penat membuat survey untuk memilih produk kecantikan apa yang perlu anda miliki. Sama ada ia organik atau penuh dengan bahan kimia?

Kesukaran itu juga dapat saya rasai kerana faktor iklan yang sangat teruja dengan kecantikan si model dan makanya kita cenderung membeli produk berjenama dan penuh dengan bahan kimia.

Agak mustahil tiap produk kecantikan tidak mempunyai bahan kimia, tetapi untuk kepastian kesihatan kulit lebih baik kita mencari produk berasaskan organik.

Memperkenalkan L’Occitane Iris Angelica yang merangkumi 2 produk penting iaitu L’Occitane Iris Angelica – Essence Sublime dan L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream. Maksud Sublime adalah wajah yang cantik tetapi tidak berseri. Macam wajah ku. Wakakakaa. Jadi kita serikan dengan L’Occitane Iris Angelica.

Loccitane-Sublime-5

Regimen Penggunaan L’Occitane Iris Angelica

 

Loccitane-Sublime-2

Gunakan L’Occitane Iris Angelica – Essence Sublime agar memberi kesegaran dan makanan tambahan kepada kulit anda.

Loccitane-Sublime-3

Loccitane-Sublime-1

Sapu dan ratakan di sekitar kulit sehingga rata dan kering sepenuhnya agar boleh anda meneruskan pemakaian L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream.

L’Occitane Iris Angelica – Essence Sublime 30 ML – RM 195

L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream

L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream terdapat dalam dua tona iaitu Medium dan Light. Saya memilih tona Medium agar ia lebih natural. Sebenarnya anda boleh mix keduanya agar ia ballance dengan warna kulit anda. Kulit muka saya ni kemerahan, saya campurkan keduanya. Maka hasilnya natural. Kalau hanya warna medium sahaja, ia akan menjadi gelap. Jika hanya warna light sahaja, ia akan jadi cerah sangat. hehehe.

Loccitane-Sublime-6

Loccitane-Sublime-10

Dan hasilnya voila.. Heehehehee.. Natural tak?? Aplikasikan L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream tebal sedikit agar dapat menutupi parut dan jerawat kecil-kecil tu. Hehehehe.

Loccitane-Sublime-13

L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream ini memiliki SPF 30 dan tekstur ia sama dengan BB Cream. Mudah meresap dan kemas.

L’Occitane Iris Angelica – Sublime Beauty Cream 40 ML – RM 135

www.facebook.com/loccitane.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge